Bagaimana membuat trading plan yang berkesan?
Sebelum bermula, pastikan anda tahu apa tujuan sebenar anda trading Forex.
Trading plan bukanlah untuk menjamin kejayaan, tetapi untuk membantu anda bertahan dalam Forex lebih lama berbanding trader lain.
“Gagal merancang, bermakna anda telah merancang untuk gagal.”
Perkara penting dalam trading plan
1. Disiplin
Jika merancang sahaja tanpa dipatuhi dengan disiplin, ia tidak akan membawa apa-apa makna. Dengan adanya disiplin segala kesilapan semasa trading dapat dikurangkan.
2. Sasaran
Sasaran haruslah logik dan mampu dicapai. Jangan terpengaruh dengan screenshot yang dipaparkan di internet dengan ribuan % untung. Hanya anda sendiri tahu tahap kemampuan diri anda. Jangan lupa, rezeki setiap orang tidak sama.
3. Risiko
Ketahui risiko yang anda sanggup ambil dan yang paling penting jangan menganggap Forex sebagai sesuatu yang pasti. Bersedialah untuk menerima segala kemungkinan dan urus risiko sebaik mungkin.
4. Trading system
Gunakan trading system yang sesuai dengan diri anda. Adakah anda faham dengan setiap selok belok sistem tersebut? Pastikan anda sudah mengujinya di akaun demo. Jika anda boleh konsisten maka tiada masalah untuk anda trade duit sebenar.
5. Broker
Sebelum membuka akaun real, buat kajian terlebih dahulu tentang broker anda.
Jenis trader
Apakah jenis trader diri anda?
Setiap orang adalah unik, masing-masing ada personaliti yang tersendiri. Keunikan inilah yang akan mempengaruhi trading style anda. Pilihlah haluan anda sendiri dan jangan sesekali cuba untuk “copy” orang lain.
4 kategori trader:
Jenis Trader | Ciri-ciri |
---|---|
Scalper | Trader jenis ini menetapkan target yang sedikit tetapi dengan kekerapan trading yang tinggi. Masa yang diambil adalah singkat, sekitar beberapa minit sahaja. Strategi mereka banyak bergantung dengan analisis teknikal. |
Day Trader | Trade mereka selalunya akan berlanjutan selama beberapa jam, tetapi tidak melebihi sehari (intraday). |
Swing Trader | Mereka lebih kurang sama seperti day trader tetapi trade mereka akan ditutup dalam masa beberapa hari dan tidak lebih dari seminggu. |
Position Trader | Position trader merupakan trader yang paling lama berada di dalam market. Analisis mereka banyak bergantung dengan faktor fundamental. Trade akan berlajutan sehingga beberapa minggu atau beberapa bulan lamanya. |
Tips: Jadilah seorang trader yang kreatif dan tidak hanya bergantung dengan buku atau nasihat dari trader lain.
Cara membuat trading system
Trading system yang baik seharusnya mudah digunakan dan tidak bercelaru dengan pelbagai tools. Tetapi anda harus ingat, tanpa dipatuhi dengan disiplin yang kukuh maka sia-sialah trading system tersebut.
Kerap juga kita mendengar pertanyaan rakan-rakan tentang “teknik forex”. Soalan mereka itu bermaksud apakah trading system yang anda guna.
Langkah untuk membuat trading system:
- Bila anda akan trade?
- Berapa risiko per trade?
- Berapa banyak profit yang dicari?
- Bagaimana untuk open trade?
- Bagaimana anda menguruskan trade yang sedang aktif?
- Bagaimana untuk exit trade?
Jika trading system anda berpotensi untuk berjaya, seharusnya ia dicuba terlebih dahulu di akaun demo untuk beberapa bulan dalam situasi pasaran yang berbeza. Result back test dan forward test adalah tidak sama sekali.
Klik sini untuk lihat contoh teknik forex
Trading journal
Trading journal berfungsi sama seperti buku rekod. Ia penting untuk memantau dan menganalisa prestasi trading anda. Dengan adanya journal anda mampu untuk memperbaiki setiap kesilapan yang anda lakukan. Percayalah, anda akan cepat maju dalam bidang ini berbanding dengan mereka yang trading semata-mata tanpa ada rekod.
Beberapa perkara yang perlu ada dalam trading journal anda:
1. Analisis sebelum trade
- Apakah pair yang anda trade?
- Apakah bias anda? Bullish atau bearish?
- Apakah potensi trade tersebut? Adakah risk reward berbaloi?
2. Entry
- Sebab apa anda masuk trade?
3. Risiko
- Berapa besar position anda?
- Berapa peratus dari modal?
4. Close
- Sebab apa anda close trade?
5. Analisis selepas trade (post-mortem)
- Apakah kesilapan anda?
- Apakah langkah yang anda ambil untuk trade yang seterusnya?
Kekuatan mental sebagai benteng psikologi
Sifat pasaran yang tidak menentu menjadikan dagangan Forex suatu benda yang boleh mendatangkan stress.
Seperti yang kita tahu, psikologi memberi pengaruh yang sangat besar dalam trading. Walaupun anda telah merancang rapi setiap strategi trading, tetapi jika anda tidak membuat persiapan mental semua itu akan musnah disebabkan oleh emosi yang tertekan semasa trading. Anda hanya akan tersedar setelah terkena margin call.
Ingat, masalah paling besar dalam trading adalah diri trader itu sendiri. Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri. Sebab itu minda kita perlu dilatih secara berperingkat. Jangan sesekali terjun ke akaun real dahulu jika anda tidak pernah tahu apa itu akaun demo.
Dengan latihan yang baik dan mencukupi anda akan menjadi lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sebab itu pentingnya ada trading plan dan mematuhinya dengan disiplin. Disiplin jika dilatih lama-kelamaan akan menjadi tabiat kebiasaan.
Elakkan dari trading jika anda ada masalah yang perlu diselesaikan. Trading hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana anda cenderung membuat keputusan melulu. Potensi untuk anda membuat silap adalah tinggi kerana fikiran anda tidak dapat fokus sepenuhnya dengan trading.
Rancanglah masa anda dengan baik kerana badan kita bukannya mesin. Rehat yang cukup adalah penting untuk memastikan kita mampu berfikir dengan baik. Apalah gunanya kekayaan jika kita tidak dapat menikmatinya dengan kesihatan yang baik?
Akhir kata
Ok, nampaknya setakat ini sahaja Siri Belajar Forex. Rasanya perkara basic yang diterangkan dalam siri ini sudah mencukupi sebagai langkah permulaan anda menjadi trader. Sekiranya anda ingin belajar perkara yang lebih advance bolehlah cuba selak bahagian blog.
Sekarang anda sudah tamat belajar semua teori Forex. Jadi langkah seterusnya adalah praktikal.
Langkah 1: Praktis di akaun demo terlebih dahulu.
(Baca: 4 Langkah Mudah Trading Forex)
Langkah 2: Bila dah pandai dan konsisten, barulah beralih ke akaun sebenar.
(Baca: Bagaimana untuk bermula)
Oh sebelum terlupa, saya nak ingatkan bahawa dalam Forex juga terlalu banyak scam yang disasarkan kepada orang baru seperti anda. Hati-hati jangan mudah terpedaya.
Ingat, anda jangan berhenti setakat ini sahaja. Rajinlah mencari ilmu kerana dunia trading sangat luas, bukan ada Forex sahaja.
Semoga berjaya! :)