Forex adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Jumlah dagangan sekarang telah mencecah $5 trilion sehari, 200 kali lebih besar dari pasaran saham seluruh dunia.
Sejak Forex dibuka kepada umum pada tahun 1996, dagangan boleh dilakukan secara atas talian. Mudah kerana semuanya di hujung jari sahaja.
Apa itu Forex dan bagaimana cara kerjanya
Forex (FX) adalah singkatan kepada Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Mata Wang Asing.
Asas Forex adalah sama seperti mana perniagaan lain iaitu membeli satu mata wang pada harga rendah dan menjualnya semula setelah ada kenaikan harga untuk mendapat keuntungan.
Kelengkapan asas Forex trading
Desktop (PC) atau Laptop
Gunakan mana-mana yang anda rasa sesuai. Jika anda inginkan skrin yang besar, gunalah PC. Kalau nak senang bergerak, gunalah laptop. Tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi.
Internet
Kelajuan internet yang biasa pun dah memadai. Yang penting sambungan internet anda adalah stabil dan tidak mudah terputus. Terpulang sama ada nak gunakan broadband atau pun talian tetap.
Printer & Scanner
Kebanyakan printer pada masa sekarang sudah dilengkapi dengan scanner sekali. Printer boleh anda gunakan untuk mencetak maklumat penting. Scanner pula perlu untuk scan IC, lesen, bil dan sebagainya semasa membuka akaun dengan broker Forex. Sebagai alternatif, anda juga boleh gunakan kamera handphone atau kamera digital.
Mata wang didagangkan dalam pair
Terdapat 8 mata wang utama dalam Forex:
Singkatan | Maksud | Negara | Nickname |
---|---|---|---|
USD | US Dollar | United States | Greenback |
EUR | Euro | Euro zone | Fiber |
GBP | Great Britain Pound | United Kingdom | Cable |
CHF | Swiss Franc | Switzerland | Swissy |
JPY | Japanese Yen | Japan | Yen |
CAD | Canadian Dollar | Canada | Loonie |
AUD | Australian Dollar | Australia | Aussie |
NZD | New Zealand Dollar | New Zealand | Kiwi |
Pair terdiri daripada Base currency dan Quote currency.
Contoh: GBP/USD. Base = GBP, Quote = USD
3 kategori pair yang paling banyak didagangkan:
Major Pair
Currency yang berpasangan dengan USD.
- EUR/USD
- USD/JPY
- GBP/USD
- USD/CHF
- USD/CAD
- AUD/USD
- NZD/USD
Minor Pair
Major currency yang berpasangan dengan selain USD. Juga dikenali sebagai Cross Pair.
Euro Cross | Yen Cross | Pound Cross | Lain-lain |
---|---|---|---|
EUR/CHF | EUR/JPY | GBP/CHF | AUD/CHF |
EUR/GBP | GBP/JPY | GBP/AUD | AUD/CAD |
EUR/CAD | CHF/JPY | GBP/CAD | AUD/NZD |
EUR/AUD | CAD/JPY | GBP/NZD | CAD/CHF |
EUR/NZD | AUD/JPY | NZD/CHF | |
NZD/JPY | NZD/CAD |
Exotic Pair
Major currency yang berpasangan dengan currency lain.
- USD/HKD
- USD/SGD
- USD/ZAR
- USD/THB
- USD/MXN
- USD/DKK
- USD/SEK
- USD/NOK
Struktur pasaran Forex
Jika nak trade saham, transaksi anda mestilah melalui pusat saham seperti NYSE (New York Stock Exchange). Kalau kita nak jual beli saham di Malaysia pula mesti melalui Bursa Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai KLSE – Kuala Lumpur Stock Exchange).
Forex agak berbeza, tiada pusat (decentralized). Ini kerana mata wang yang berlainan di setiap negara. Dagangan Forex melibatkan ramai pihak bermula dari retail trader sehinggalah Central Bank di negara masing-masing. Tak hairanlah sebab apa pasaran Forex lebih besar dari saham.
Masa trading Forex
Pasaran mata wang tidak akan pernah berhenti selagi duit masih diguna pakai. Walaupun Forex berjalan 24/7, tetapi anda hanya boleh trade dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja (5 hari). Ini disebabkan oleh broker tutup pada hujung minggu, termasuk hari cuti umum. Jadi hanya 20 hari sahaja anda boleh trade dalam setiap bulan.
Dalam sehari bukan sepanjang waktu market aktif. Ada waktu rancak, ada waktu perlahan. Dalam gambar di bawah menunjukkan 4 sesi utama ekonomi dunia. Sesi London & New York paling aktif. Dalam dua sesi tersebut ada pula jam paling aktif, iaitu waktu overlap (pertembungan), maksudnya kedua-dua sesi London & New York sedang aktif. Sesi pasaran dapat digunakan sebagai panduan untuk mengetahui mata wang mana yang banyak didagangkan.
Waktu siang dan malam yang berbeza mempengaruhi waktu rancak ekonomi negara-negara tersebut. Pertengahan minggu (Selasa, Rabu dan Khamis) adalah hari paling aktif. Kebiasaannya hari Isnin adalah paling perlahan, mungkin faktor baru mula bekerja. Mood bercuti belum habis lagi. Hari Jumaat paling susah untuk dijangka kerana ia adalah hari terakhir dalam setiap minggu dan trader lebih cenderung untuk menutup posisi masing-masing pada hari tersebut.
Leverage
Dengan adanya leverage kita mampu trade seolah-olah ada modal besar. Sebab itu jangan hairan mengapa kita boleh buka lot besar dengan modal kecil. Besar atau kecil leverage bergantung dengan apa yang broker tawarkan. Ada yang offer maximum 1:50 dan ada juga sampai 1:2000.
Sebagai contoh, leverage 1:100 (1% dari modal).
Nisbah itu menunjukkan margin atau downpayment atau deposit yang broker kenakan, selebihnya broker dahulukan (pinjam). Katalah anda cuba trade $100,000, jadi broker perlukan $1000 deposit dari anda untuk membuka position itu. Maksudnya anda mampu membuat pinjaman dagangan 100 kali ganda dari modal anda ($1000×100=$100,000).
Leverage jika silap guna memang boleh membawa padah. Leverage yang tinggi bermaksud risiko pun tinggi (sekiranya diguna secara maksimum).
Jenis akaun, unit & lot
Nilai untuk satu pips untung rugi adalah bergantung dengan beberapa faktor:
- Jenis akaun
- Saiz lot yang dibuka
- Pair yang didagangkan
Jenis Akaun | Unit | Nilai 1 pips per lot * |
---|---|---|
Standard | 100,000 | $10 |
Mini | 10,000 | $1 |
Micro | 1000 | $0.10 |
Nano | 100 | $0.01 |
* anggaran kasar, bergantung dengan faktor di atas.
Trading platform
Trading platform adalah software yang digunakan untuk melaksanakan segala urusan dagangan Forex seperti membuat analisa dan membuka/menutup posisi. Software yang paling banyak digunakan adalah MetaTrader 4. Namun dalam perkembangan teknologi yang semakin canggih, pengguna tidak lagi terikat dengan aplikasi komputer sahaja, malahan trading boleh dilakukan dengan aplikasi mobile. Ada juga platform yang berasaskan web tanpa memerlukan apa-apa pemasangan. Anda boleh dapatkan/download semua trading platform ini secara percuma di internet.
Long/Short (Buy/Sell)
Oleh kerana pasaran Forex dua hala, ramai yang keliru dengan istilah yang digunakan. Jika Buy memang logik kerana membeli sesuatu. Tetapi bila masuk position Sell, mulalah confuse sambil garu kepala.
“Eh, nak jual apa? Takde apa tiba-tiba nak jual pulak.”
Sebab itu saya lebih suka dengan istilah Long dan Short. Baru nampak apa yang dijual beli. Contohnya kita Long EUR/USD, maksudnya kita beli base currency (EUR) dan jual semula ke quote currency (USD). Manakala untuk Short pula adalah sebaliknya. Kebanyakan trading platform pada masa sekarang menggunakan Buy/Sell dalam aplikasi mereka.
- Long = buy base / sell quote
- Short = sell base / buy quote
Bid/Ask & Spread
Bid = Harga anda short (sell).
Ask = Harga anda long (buy). Nilai ask semestinya lebih tinggi dari bid.
Spread = Perbezaan Ask-Bid (caj broker kepada anda). Spread berbeza antara pair dan ditentukan oleh broker. Ada broker mengenakan spread dalam bentuk tetap (fixed) dan ada juga dalam bentuk terapung (variable/floating), sentiasa berubah-ubah setiap masa. Broker yang menggunakan pricing 4 decimal mengenakan caj dengan fixed spread. Manakala broker 5 decimal pula dengan variable spread. Lazimnya broker dengan variable spread mengenakan caj yang lebih murah. Tetapi ada juga broker yang menawarkan pilihan kedua-dua jenis spread tersebut.
Pips dan Pipettes
Pip = Nilai perubahan pada harga satu pair. Jika kita perhatikan price chart 5 decimal adalah lebih aktif, nampak perubahan yang lebih kecil pada price.
Contohnya EUR/USD:
4 decimal: dari 1.3400 naik ke 1.3500 = 100 pips
5 decimal: dari 1.34000 naik ke 1.35000 = 1000 pipettes
Nampak tak yang 5 decimal ada lebih satu digit di belakang? Yang itu lah kita panggil pipettes (fractional pips).
1 pips = 10 pipettes
Rollover (Swap)
Caj yang dikenakan oleh broker sekiranya ada position yang belum ditutup dan dibawa ke hari berikutnya. Positif atau negatif swap bergantung dengan jumlah lot, jenis pair dan posisi yang dibuka. Swap positif bermaksud broker membayar kepada anda, manakala negatif pula adalah sebaliknya. Kadar swap juga berubah dari masa ke semasa. Untuk mengelakkan caj rollover, anda boleh membuka akaun Islamic (swap free).
Cara membuat untung
Contohnya kadar tukaran (selalunya disebut sebagai “price”) EUR/USD semasa adalah 1.3200. Esoknya anda tengok dah naik ke 1.3300. Jadi perbezaan di situ adalah 0.0100 iaitu 100 pips. Nilai inilah yang tentukan berapa jumlah anda untung atau rugi.
Dalam situasi di atas, anda menjangkakan EUR/USD akan naik. Maksudnya nilai EUR lebih mahal berbanding USD. Jadi anda membuka position Long pada 1.3200 dan close pada 1.3300, anda untung 100 pips. Jika position Short, anda akan rugi 100 pips.
Jadi berapa pula nilai untung dalam dollar? Nilai 1 pips bergantung dengan besar lot anda. Jika tadi anda long 1.0 standard lot (nilai per pips = $10). Jadi 100 pips x $10 = $1000 untung.
Jenis pasaran
Trader boleh mengambil keuntungan dalam kedua-dua jenis pasaran kerana Forex adalah pasaran dua hala.
- Bullish Market = Harga pair yang sedang menaik secara keseluruhan.
- Bearish Market = Harga pair yang sedang menurun secara keseluruhan.
Jenis order
Antara order yang biasa digunakan ketika trading Forex.
Market Order (Instant Execution)
Buy atau Sell pada harga semasa. Order ini anda mesti execute sendiri secara manual.
Pending Order
Order ini akan execute secara automatik di server (tidak perlu buka platform di pc) apabila price berada di paras yang anda tetapkan.
Pending order terbahagi kepada dua:
Limit orders
Buy limit = Buy bawah dari harga semasa.
Sell limit = Sell atas dari harga semasa.
Take profit = Untuk letak target.
Stop orders
Buy stop = Buy atas dari harga semasa.
Sell stop = Sell bawah dari harga semasa.
Stop loss = Untuk hadkan kerugian. Contohnya anda buy EUR/USD pada 1.3500 dengan stop loss pada 1.3400 (100 pips). Kemudiannya EUR/USD turun ke 1.3400. Jadi trade anda telah ditutup secara automatik dan loss 100 pips.
Trailing stop = Untuk melindungi keuntungan anda. Order ini dilaksanakan oleh trading platform, oleh itu ia perlulah dibuka (run) pada masa tersebut.
Contohnya anda sell EUR/USD pada 1.3500 dan anda set trailing stop 50 pips. Kemudian EUR/USD jatuh ke paras 1.3400. Stop anda sekarang mesti dah beralih ke 1.3450. Selepas itu EUR/USD jatuh lagi ke 1.3350. Jadi sekarang stop dah beralih ke 1.3400. Trailing stop ini execute secara automatik setiap 50 pips atau lebih. Katakan EUR/USD naik semula ke 1.3400, jadi trade anda akan ditutup oleh kerana ada stop di 1.3400 tadi. Keseluruhannya anda untung 100 pips sahaja (1.3500-1.3400) walaupun sebelum ia ditutup tadi telah mencecah 150 pips (1.3500-1.3350).
Jenis analisis
Tujuan kita membuat analisis adalah untuk menjangkaan hala tuju pair yang kita dagangkan, sama ada akan naik atau turun. Untuk menjadi trader yang berjaya, anda mesti fahamkan kedua-duanya sekali kerana ia saling berkaitan.
Analisa Teknikal (TA) = Analisa yang dibuat berdasarkan graf mata wang pada trading platform.
Analisa Fundamental (FA) = Kajian tentang perubahan dalam ekonomi, politik dan sosial yang mempengaruhi nilai mata wang.