Sebelum belajar forex atau terlibat dengannya, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Saya percaya anda datang ke sini setelah mendengar banyak perkara yang menarik tentang Forex.
Tetapi sebelum itu saya nak ingatkan bahawa…
Forex bukan untuk semua orang. Risikonya sangat tinggi.
Contents
Berikut adalah REALITI yang anda perlu jawab secara jujur dengan diri sendiri sebelum memulakan langkah pertama ke dalam bidang ini:
Jangan trade Forex jika anda…
Pemalas dan cepat putus asa
Ok, anda seharusnya berhenti di sini. Ini adalah untuk kebaikkan anda sendiri. Jika anda teruskan juga, saya 100% pasti anda akan lebih kecewa nanti kerana tiada benda cepat & senang di sini. Hanya orang yang betul-betul rajin dan tabah sahaja boleh bertahan.
Tak mahu rugi langsung, satu sen pun tak nak
Mana ada business yang tak rugi, masing-masing ada risiko. Dalam 10-100 kali trade mesti ada trade yang rugi. Mustahil nak perfect 100%. Pasang surut dalam perniagaan tu biasalah kan. Jika anda tak mampu terima kerugian, baik jangan mula.
Sedang dalam kesusahan dan ada masalah kewangan yang teruk
Forex adalah perniagaan berisiko tinggi. Jadi sebaiknya trade bila dah ada duit lebih untuk buat modal dan tidak membebankan kehidupan anda.
Anggap Forex sebagai skim cepat kaya dan semudah ABC
Memang tak mustahil untuk cepat kaya atau jadi jutawan Forex. Tapi skill dan pengalaman itu bukan boleh dapat dalam sehari sahaja. Semua kena belajar dan praktis sampai betul-betul faham.
Tiada ketahanan mental dan ada penyakit kronik
Orang yang mudah terganggu emosi dan ada masalah jantung tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam bidang ini.
Ada plan untuk scam orang lain
Dah banyak terjadi kes penipuan ini kat Malaysia. Tak kurang juga yang buat Forex macam MLM, skim ponzi, dsb. Golongan inilah yang banyak mencemarkan nama Forex. Biasanya “sifu” yang pung-pang sana sini sibuk promote skim itu ini adalah berpotensi scammer. Tak semua, tapi selalunya macam tu lah.
dan bukannya “pelaburan Forex”?
Kerana ia adalah dua perkara yang berbeza!
Masyarakat kita sudah terlalu biasa dengan bermacam jenis skim pelaburan sampaikan menganggap Forex adalah salah satu dari cabang pelaburan tersebut. (yang biasanya berakhir dengan kejadian scam)
Maaf, di sini kita hanya cerita tentang trading, tiada cara senang labur dan goyang kaki.
Nak senang, kenalah usaha.
Kelebihan Forex
Ok, jika anda BEBAS daripada perkara di atas, bolehlah mula tengok apa yang best sangat tentang forex sehingga menyebabkan ramai berangan nak jadi full time forex trader.
- Majoriti ilmu di sini juga boleh digunakan untuk berdagang pasaran lain seperti saham dan kripto. Tak rugi pun belajar.
- Boleh buat di mana-mana yang anda suka, janji ada internet. Sekarang trade di handphone pun boleh.
- Tiada bos yang arah itu ini. Anda sendiri bos, anda sendiri kuli.
- Nak buat full time atau part time ikut suka masing-masing.
- Tiada orang tengah. Tak perlu cable-cable, bodek sana-sini.
- Modal kecil dan kos transaksi murah.
- Modal minima, keuntungan tanpa batas. (jangan lupa rugi pun ada)
- Boleh buat bila-bila anda suka, pasaran buka 24 jam sehari.
- Tiada persaingan seperti perniagaan konvensional. Maksudnya tak perlu nak berebut-rebut pelanggan.
- Tiada siapa boleh monopoli market. Ingat senang ke nak pusing market $5 trilion tu?
- Risiko terhad. Anda hanya boleh rugi modal yang didagangkan sahaja.
- Banyak material percuma; boleh belajar forex online, download ebook (buku pdf), ada demo account untuk praktis, video tutorial dan ada juga broker yang bagi account bonus percuma tanpa deposit.
Tapi anda harus ingat, proses belajar Forex haruslah dilakukan secara berperingkat (step by step). Tak boleh main lompat-lompat (skip) atau terjun macam tu jer.
Forex jika kita lihat on paper memang nampak senang. Tapi realitinya agak susah.
Berapa lama belajar forex?
Kejayaan takkan datang tanpa usaha yang keras, dan semestinya mengambil masa.
Berdasarkan penglamanan sendiri dan juga rakan2, majoritinya 6 bulan ke atas barulah boleh faham basic pasaran.
Bergantung dengan keupayaan individu dan rezeki masing-masing juga, ada yang boleh berjaya dalam masa singkat dan ada yang perlahan.
Tujuan sebenar belajar Forex adalah bagaimana untuk membuat keputusan yang betul untuk meminimumkan kerugian.
Pengenalan kepada Forex
Mesti persoalan ini bermain dalam kepala anda sejak dari awal lagi:
Apa itu Forex?
Bagaimana nak buat untung?
Bagaimana nak mula?
Ok, kalau nak jadi Forex trader, anda akan lalu step di bawah:
- Belajar forex dan cuba fahami sebaik mungkin.
- Buka akaun demo (percuma) dan praktis sambil ulang kaji.
- Buka akaun real (modal kecil) dan praktis lagi sehingga konsisten.
- Trade akaun real dengan modal yang lebih besar dan jana keuntungan.
Dah nampak flow dia kan?
Kalau berminat, bolehlah mula belajar. Tarik nafas dalam-dalam, kerana perjalanan yang bakal anda tempuh adalah sangat panjang dan mencabar.
Sebagai permulaan, anda boleh baca secara sepintas lalu berkenaan Forex dan sejarahnya di wikipedia.
Preview
Sekiranya anda mula rasa pening dengan info yang terlalu banyak, maka eloklah fahami preview ini terlebih dahulu sebelum belajar sepenuhnya.
Di sini saya cuba ringkaskan cara mudah trading forex.
Step 1: Open position (buy/sell)
Step 2: Tunggu dengan sabar, sementara tenung chart turun naik
Step 3: Close position (untung/rugi)
Klik sini untuk demo yang lebih detail beserta gambar.
Jika anda dah pro suatu hari nanti dan ingin menggunakan akaun sebenar, sila rujuk link ini untuk bermula.
Semoga berjaya!
Kelas belajar Forex dalam Bahasa Melayu
Asas Forex
- Apa itu Forex dan bagaimana cara kerjanya
- Kelengkapan asas untuk trading
- Mata wang didagangkan dalam pair
- Struktur pasaran Forex
- Masa trading Forex
- Leverage
- Jenis akaun, unit & lot
- Trading platform
- Long/Short (Buy/Sell)
- Bid/Ask & Spread
- Pips dan Pipettes
- Rollover (Swap)
- Cara membuat untung
- Jenis pasaran
- Jenis order
- Jenis analisis
Forex Broker
- Apa/Siapa itu Forex broker?
- Jenis Forex broker
- Jenis akaun Forex
- Forex regulator
- Aspek penting dalam pemilihan broker
- Keperluan asas untuk daftar akaun real/live
- Bermula dengan akaun demo
MetaTrader 4
- Apa itu MetaTrader 4?
- Cara menggunakan order MetaTrader 4
- Cara menggunakan technical tools
- Cara setting indicator forex
- Cara mengendalikan object
- Cara memasang custom indicator, script dan robot/EA (Expert Advisor)
- Cara disable One Click Trading
- Cara install portable MT4
Analisa Teknikal (TA)
- Apa itu analisis teknikal?
- Jenis chart
- Swing high low
- Struktur pasaran
- Support & Resistance
- Chart pattern
- Asas candlestick
- Candlestick pattern
- Forex gap
- Indicator asas
- Divergence
- Multiple time frame
- Breakout & fakeout
- Round number
- Average range
Analisa Fundamental (FA)
- Apa itu analisis fundamental?
- Central Bank (Bank Pusat)
- Fiscal dan Monetary Policy
- Interest rates
- Inflation & employment
- Quantitative Easing
- Negative interest rates
- Faktor yang mempengaruhi nilai mata wang
- Kalendar ekonomi
- News & Market data
Intermarket Correlation
- Jenis correlation
- Profile negara major currency
- US Dollar Index
- Hubungan Forex dengan pasaran lain
- Kategori instrumen
- Situasi pasaran
- Carry trade
Pengurusan Risiko
- Drawdown
- Perbandingan risiko
- Pentingnya stop loss
- Risk Reward ratio
- Fahami kiraan akaun di MetaTrader
- Perbezaan margin call dan stop out
- Trading news dan risikonya
Trading Plan
- Perkara penting dalam trading plan
- Jenis trader
- Cara membuat trading system
- Trading journal
- Kekuatan mental sebagai benteng psikologi
- Akhir kata