Salam sejahtera,
Sepatutnya ada contact form sahaja di sini.
Tapi ada beberapa isu yang perlu saya perjelaskan…
Saya hairan dan pelik mengapa ramai yang letak dummy email semasa contact saya. Saya tak faham apa yang anda cuba lakukan sebenarnya. Haha
Mohon kerjasama anda supaya masukkan email sebenar. Jika tak, email balas saya tidak akan sampai kepada anda.
Jangan risau, semua maklumat anda selamat. Saya tidak akan spam atau sebarkan email orang.
Saya akan cuba balas email anda secepat mungkin, bergantung dengan kelapangan masa.
Maaf kalau terlambat.
Soalan yang kerap ditanya
Pastikan email anda tidak berkaitan dengan soalan lazim (FAQ) yang tersenarai di bawah kerana dah ada jawapan di situ.
S = soalan, J = jawapan
S: Saya berminat nak invest, macam mana? Tuan tolong trade untuk saya boleh?
J: AMARAN KERAS: Saya hanya trade sendiri sahaja. tidak ada buat program investment/managed account atau seumpamanya. Saya nasihatkan anda supaya jangan sesekali terlibat dengan aktiviti tersebut. Cubalah belajar dan trade sendiri, kalau dah banyak kali failed, mungkin forex bukan untuk anda. Tukarlah kepada perniagaan yang lain. Ingat, forex bukan untuk semua orang.
S: Mohon no. phone tuan? Whatsapp tuan apa yer?
J: Maaf untuk mereka yang cuba minta no. contact saya atau suruh saya call anda (ya, memang ada yang suruh macam ni.. haha). Buat masa sekarang segala urusan dalam blog ini hanya melalui email sahaja. No. tel saya hanya untuk urusan peribadi sahaja. Maaf sekali lagi.
S: Kenapa mesej saya di ruangan komen blog post tiada jawapan?
J: Jika saya dapati mesej tersebut menyentuh isu-isu sensitif atau personal, saya akan reply secara direct ke email anda. Lagi satu, sekiranya sistem detect ada unsur-unsur spam, mesej anda akan automatik kena delete oleh sistem email.
S: Tuan ada jual ebook? PDF? Macam mana saya nak print?
J: Tiada. Semua info saya bagi free jer. Anda boleh generate PDF dan download guna printfriendly. Disamping itu boleh jimat dakwat printer anda. Tapi jangan pergi jual pulak.
S: Mohon kebenaran untuk share? Boleh ke kalau nak copy/paste?
J: Boleh, sangat dialu-alukan untuk panduan bersama. Tapi pastikan anda share link/url nya sekali. Jadi kalau ada update terbaru (atau ada pembetulan) dapatlah mereka baca direct dari sumber asalnya (caripips.com).
S: Macam mana nak join kelas tuan?
(soalan paling top setakat ini… haha)
J: Maaf saya tak ada buat kelas online mahupun offline (face to face). Saya just share apa yang saya tahu melalui Caripips ini sahaja.
S: Ada youtube, fb, twitter, ig? group whatsapp, telegram atau lain2?
J: TIADA. Jika anda ada terjumpa mereka yang gunakan id Caripips atau Bomoh Pip (BP), itu tiada kaitan dengan saya. Ingat, hanya di caripips.com SAHAJA.
S: Macam mana ni. Tak dapat login ke broker. Nak buka website pun tak boleh.
J: Semak page ini: https://www.caripips.com/forex-brokers/ untuk url/link terbaru. Broker selain dari dalam senarai itu saya tak tahu. Sila hubungi IB/support anda.
S: Abang shareholder ke dalam mana2 broker?
J: Haha, saya ni bukan siapa2 dik oi. Saya ni bilis jer.
Checking...
Retry »
Sending message...
Enquiry Form
Fill in the form below and we will be in touch soon
Oleh kerana sistem email yang agak sensitif, contohnya Gmail, ada masa email balas saya mungkin di “filter” sebagai SPAM atau Promotion. Oleh itu sila semak inbox anda dalam folder Spam atau Promotion.
Alihkan (drag) email balas tersebut ke folder Primary supaya di masa depan tiada lagi isu berkenaan.
Cara alternatif: Select email tersebut dan klik Not Spam atau Not Promotions