Senarai Teknik Forex

Dalam Forex trading tak ada topik lain yang lebih hangat dari teknik Forex. Tak kira online atau offline, trader baru atau lama… soalan tentang strategi trading ini tak akan pernah lekang dari pertanyaan.

Adakah anda mencari teknik holy grail, tanpa loss, 100% tepat, atau seumpamanya?

Maaf, saya tak pasti benda macam tu ada di sini. :)

Ramai beranggapan teknik Forex adalah faktor terbesar untuk berjaya (profitable) dalam trading.

Mungkin ada betulnya,

Sebabnya jika trading semata-mata dengan money management atau disiplin sahaja memang susah untuk berjaya.

Tetap akan rugi dalam jangka masa panjang kerana secara asalnya edge lebih memihak kepada broker atas faktor spread, slippage…etc.

Saya tak pasti anda bagaimana, tapi itulah pengalaman saya sendiri setelah mencuba bermacam-macam cara untuk konsisten dalam trading.

Kerap juga saya tengok trader suka berpuak2 oleh kerana teknik/fahaman yang berbeza. Dekat forum/medsos pun boleh bergaduh pasal nak pertahankan fahaman masing2. Haha

Nasihat saya janganlah menjadi terlalu ekstreme terhadap satu teknik. Trading bukannya bergantung dengan teknik teknikal semata-mata.

Sebenarnya tiada pun teknik yang “terbaik”. Yang terbaik adalah teknik yang paling sesuai dengan diri kita, yang mana kita tahu pro/con teknik tersebut.

Ramai yang tersalah anggap tentang teknik forex. Teknik sebenar yang dimaksudkan bukan hanya terhad kepada analisis teknikal, malahan merangkumi skop yang lebih besar seperti fundamental dan psikologi.

Mengapa perlukan teknik untuk berjaya?

Ia adalah untuk meningkatkan kebarangkalian supaya lebih memihak kepada kita (edge).

Macam yang saya kata sebelum ini; asalnya forex adalah 50/50 (jika tak ambil kira spread/slippage). Orang kata 50/50 tu macam lambung syiling la. lol

Oleh kerana saya ada masa free sekarang, maka saya tulis semula strategi yang pernah saya gunakan sepanjang berForex selama ini. Saya pun dah hampir lupa, terlalu banyak dah saya cuba.

Kebanyakannya lebih kepada analisis teknikal, manakala hanya sebahagian kecil untuk analisa fundamental. Ada untuk scalping, ada juga hanya sesuai untuk swing.

Saya harap anda sudah ada asas yang kuat. Jika tak, mungkin agak susah nak faham perkara yang saya tulis dalam page ini. Jika belum boleh belajar dan mula di sini.


Senarai teknik Forex yang saya senaraikan di sini BUKAN saya yang buat. Tetapi hasil perkongsian trader lain di forum (kebanyakannya dari forexfactory.com), blog dan website popular.

Jadi, kredit sepatutnya untuk mereka.

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang tidak jemu-jemu berkongsi ilmu. Salute…


Pada pendapat saya, tak perlu buang masa buat sendiri dari zero (from scratch), lebih baik belajar dan improve (atau modify, gabung, mtf…etc) dari orang yang pernah menggunakannya. Disamping itu boleh juga tengok apa kata trader sebenar yang telah mencubanya.

Semoga ia dapat memberi inspirasi sebagai permulaan untuk membuat teknik trading sendiri mengikut kesukaan anda.

Ada banyak juga teknik yang TIDAK saya senaraikan di sini kerana:

  • Terlampau kompleks
  • Berserabut dengan indicator
  • Teori pelik yang tak masuk akal – contoh: Ramalan guna bulan bintang planet, guna alamat mimpi, guna bomoh, guna sotong ajaib…etc. (maaf, tiada niat untuk menyinggung mana-mana kepercayaan – sekiranya ada)

Teknik Forex Einstein

Harap anda dapat gunakan kreativiti masing-masing dengan bijak untuk mengolah teknik yang ada supaya sesuai dengan cara anda. Jangan bergantung 100% dengan apa yang diberikan. Setiap teknik ada kelemahannya. Cuba kenal pasti dan perbaiki supaya menjadi lebih berkesan dan menguntungkan.

Kebanyakannya adalah strategi evergreen yang digunakan majoriti trader online dari dulu lagi. Sekiranya anda mula trading dari 2006-2007 mesti dah biasa dengar nama-nama teknik tersebut.

Untuk makluman anda, ada thread yang sudah tiada update untuk sekian lama. Tapi kandungannya masih boleh digunakan sehingga sekarang – masih relevan.

Awas! ada di antaranya sangat berisiko. Saya tuliskan di sini hanya sekadar berkongsi info tentang bermacam cara bagaimana membuat keuntungan dalam Forex.

Risiko atas trader sendiri.

Price Action

PA lebih dikenali sebagai teknik forex Naked (bogel) atau Tanpa Indikator. “Simple but deadly” kata mat salleh. Kadang-kala dikenali sebagai KISS (keep it simple stupid).

Support Resistance (S n R)

SnR tak perlu diperkenalkan lagi, memang dah jadi asas dalam trading. Kalau tak ada SnR tak tahulah macam mana nak trade.

Supply Demand (S n D)

Konsep yang agak berbeza sedikit daripada SnR. SnD diperkenalkan oleh Sam Seiden, kemudiannya dipopularkan oleh redsword11 di FF dalam thread Price is Everything (PIE).

Beberapa tahun lepas tu semakin banyak kemunculan variasi baru teknik ini hasil gabungan dengan beberapa teknik lain. Istilah baru pun semakin banyak digunakan sampai saya sendiri dah tak ter”follow”. Saya hanya gunakan SnR sampai sekarang.

Update: Dengarnya Sam Seiden scam orang (sumber). Pulak dah! Terpulang nak pakai ke tidak SnD sebab bagi saya teknik ni lebih kurang jer dengan SnR basic tu.

Trendline/Channel

Antara favorite trading tool sehingga sekarang walaupun ia agak old school.

Candlestick

Walaupun Candlestick ialah sejenis indicator, tapi rasanya lebih sesuai jika diletakkan di sini (price action).

Anda juga boleh belajar pattern CS dalam link SnR & SnD di atas. Ada kalangan trader menggunakan nama berlainan, tetapi masih merujuk kepada pattern yang sama. Jangan keliru ok, malah kalau anda nak namakan ikut suka sendiri pun tiada masalah.

Untuk mudah faham asas candlestick, saya sarankan anda tengok video oleh Lance Beggs – Complete Candlestick Charting Patterns Video Series

Divergence

Divergence ni memang best kalau digabungkan bersama dengan SnR atau SnD. Gunakan kreativiti dan kebijaksanaan masing-masing.

Chart Pattern

Bagi saya ada pattern tertentu yang perlu diambil perhatian (penting). Contohnya pattern Falling/Rising Wedge.


Volume / Order Flow / DOM

Yang ini lebih kepada pemahaman bagaimana cara market (pro) bekerja. Satu penambahan yang sangat baik untuk trading.

Order Flow Trading / Depth Of Market (DOM)

Dulu bukan main susah lagi nak cari info tentang benda ni. Tapi sekarang info tentang OF & DOM banyak bertebaran di internet.

VSA (Volume Spread Analysis)

Jesse Livermore, Richard Wyckoff, Tom Williams… nama-nama besar dalam dunia trading dan sentiasa menjadi sebutan dalam VSA.

Spread monitoring

Ya, ada hidden info di sebalik spread yang turun naik tu. Bukan fixed spread ya, tapi floating spread.

Saya masih ingat lagi post ini (by Scotty B) yang membuka mata saya pertama kali tentang spread walaupun tak banyak info lagi masa tu.


Box (Kotak) / Breakout

Kotak ini asasnya SnR juga. Sesuai untuk capture movement selepas ranging (market yoyo).


Matematik

*Harap anda faham dengan risiko sesetengah strategi ini, terutamanya Martingale a.k.a teknik kamikaze.

Money Management (MM) / Risk Reward / Edge

Tak tahu nak letak bawah kategori apa. Yang ini lebih kepada asas dalam trading. Info yang sangat bagus.

Arbitrage/Synthetic Hedging

Semua yang berkaitan dengan tajuk di atas.

Martingale/Hedging/Grid

Teknik gandaan paling bahaya (martingale) – PASTI untung atau PASTI rugi. Tapi lebih kepada pasti rugi, cepat atau lambat jer. Haha

Masih ramai yang suka bermain dengan cara ini. Risiko masing-masing kan…

Ada bermacam variasi tapi konsep tetap sama.

Averaging/Layer/Scaling in

Ada masanya perlu juga guna averaging sekiranya anda betul yakin dengan analisis. Rakan Forex di Malaysia gelar cara ini sebagai pukat, layer, kek lapis atau tambah lauk. Hehe

Compounding

Sekiranya anda seorang ultimate trader a.k.a sharp shooter (perfect entry) dalam trading, compounding adalah cara paling cepat untuk menggandakan keuntungan.


Korelasi

Setiap currency saling berkaitan antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi jika ekonomi yang dijalankan adalah hampir sama.

Berikut adalah teknik untuk memanfaatkan korelasi dalam trading.

Intermarket Analysis / Basket Trading

Nak kaut beribu pip? atau pening nak pilih pair mana? Teknik kuda/currency strength inilah jalannya. Trade semua pair dalam satu masa.

Sekiranya anda suka tengok pelbagai gadget (indicator) lip-lap di skrin anda boleh teknik ini.

Positive Correlation

Cara ini mungkin dah tak berapa relevan kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu antara negara major currency pada zaman sekarang. Bolehlah kalau nak belajar konsepnya. “Teknik overlay” kata orang kita.


Fibonacci

Apa itu Fibonacci? Baca ini: Fibonacci number – Wikipedia


Teori

Ada pelbagai teori dalam Forex (termasuk instrument lain). Antaranya:


Indicator Based

Teknik indicator based inilah paling banyak dikongsikan dalam internet. Tetapi saya hanya masukkan yang penting sahaja.

…dan banyak lagi. Selebihnya cuba search sendiri ya.


FA/News/Economic

Macam biasa, part ini paling kurang info. Biasalah kita ini lebih suka tengok graf turun naik berbanding membaca berita ekonomi. Tapi FA rasanya lebih mudah jika sudah faham asas. Cuma perlu alert dan follow berita semasa/terkini.

Ada juga antaranya perlu menggunakan broker yang betul-betul pantas dan kurang slippage.


Kesimpulan

Saya harap page ini dapat menjadi batu loncatan dan menjimatkan masa anda untuk mencari teknik yang sesuai.

Ramai juga yang email bertanyakan tentang teknik yang saya guna sehingga sekarang. Sejujurnya saya hanya gunakankan basic price action + fundamental + psikologi (sentiment).

Jika anda rajin mencari online, ada beribu teknik free yang boleh dicuba. Ada juga yang berbayar. Mohon berhati-hati jangan sampai kena tipu terbeli teknik rahsia cap ayam. Haha

Jangan amalkan tabiat bertukar-tukar teknik, buruk akibatnya.

Cuba buat SATU strategi yang paling sesuai dengan diri anda dan gunakan sampai anda master betul-betul teknik tersebut.

Semoga membantu! :)