4 Langkah Mudah Trading Forex

Ramai yang bertanyakan kepada saya berkenaan “cara mudah trading forex”, “cara main forex”, dan seumpamanya. Isunya mereka masih belum faham apa itu Forex trading walaupun telah cuba membaca bab belajar Forex.

Memang saya akui banyak bahagian nak kena belajar.

Jadi saya buat keputusan menulis tutorial khas di blog ini untuk memberi gambaran kasar bagaimana urusniaga Forex dijalankan oleh individu.

Sebelum bermula pastikan ia dilakukan pada hari bekerja, bukannya hari Sabtu dan Ahad.

Chart anda tidak akan bergerak dan akaun demo tidak akan dapat didaftar pada hari tersebut kerana server tutup, broker cuti.

Cara lama, untuk rujukan sahaja...

1. Download MT4

Anda boleh download dari mana-mana broker mengikut pilihan sendiri. Tetapi di sini saya gunakan broker InstaForex.

download link mt4 instaforex

2. Install dan daftar akaun demo

* Sesetengah broker tidak membenarkan akaun demo dibuka terus dari MT4, anda perlu daftar di website mereka dahulu.

Sekiranya anda menggunakan Insta seperti saya, teruskan langkah di bawah.

Setelah siap install, buka metatrader 4 tersebut. Pilih server demo.

trading servers

Sekiranya tiada paparan di atas, klik File > Open an Account

open account

New demo account

select account type

Isi form

personal details

Finish > Ok

registration complete

Update! Ok bawah ni cara baru;

Malangnya nak setup demo account di MT4 sekarang dah tak semudah dulu. Sekarang kena daftar di website dahulu.

Contoh di sini saya gunakan broker InstaForex dengan trading platform MT4.
(Boleh juga guna broker lain. Tapi caranya mungkin berbeza… terpulang)

1. Daftar akaun demo

Klik link ini untuk mendaftar. (Pastikan maklumat betul)

Kemudian nombor akaun dan password akan diberikan (juga dihantar ke email).

Buka Demo Acc

2. Download > install > login

Download & Install MT4.

Untuk download boleh gunakan link untuk daftar tadi. Scroll ke bawah akan jumpa section seperti dalam screenshot di bawah:

(atau boleh juga download guna link alternatif ini)

Download Mt4

Kemudian buka MT4 tersebut dan login menggunakan maklumat yang diberikan semasa pendaftaran tadi.

File Login

Login Mt4

3. Tekan buy atau sell

New order

new order

Pilih Sell atau Buy

buy sell

Kemudian biarkan seketika dan perhatikan apa yang berlaku pada chart dan profit.

terminal

4. Close trade tersebut

close order

Untung atau rugi? – Perkara terakhir yang paling penting dalam apa jenis perniagaan pun, sama juga dengan Forex.

profit loss

Itu sahaja. Anda boleh ulang step 3 dan 4 untuk mencuba.

Jika tidak mengambil kira faktor lain, sebenarnya trading forex hanyalah;

open trade (buy/sell) dan close sahaja, 2 step.

Sekiranya anda sudah mahir, 2 step inilah yang akan anda hadapi setiap kali anda trade.

Mudahkan? Tapi anda harus ingat itu hanya preview sahaja. Bukan cara trading yang sebenar, banyak perkara yang kita abaikan di atas.

Trading yang sebenar memerlukan proses analisis untuk menentukan sama ada buy atau sell, bukannya main tekan ajer. Bahagian inilah banyak perlu belajar dan praktis.

Button buy, sell, close atau button order lain hanya ditekan setelah kita betul-betul yakin dengan analisis yang dibuat.

Sekiranya anda dah “nampak” sekarang bagaimana urusniaga dijalankan, saya sarankan anda kembali semula ke kelas belajar Forex. Cuba fahamkan bahagian demi bahagian.

Setelah itu bolehlah cuba teknik/strategi trading yang saya senaraikan atau buat sendiri.

Peringatan awal sebelum beralih ke akaun real:

  • Pastikan anda telah belajar basic kesemuanya.
  • Pastikan anda boleh mengendalikan MT4 dengan cekap.
  • Pastikan anda telah trade dengan konsisten untung di akaun demo selama beberapa bulan sekurang-kurangnya.

Dah boleh ke akaun real, jangan pula terus hentak dengan modal besar. Cuba dahulu dengan modal kecil kerana situasi psikologi demo dan real jauh berbeza. Cubalah sendiri, nanti anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Jangan gopoh, semua ini mengambil masa.

Sekiranya penerangan saya ini masih belum dapat membantu anda untuk bermula, jelas sekali anda memerlukan bantuan face to face (mentor). Cara paling mudah adalah dengan mencari kenalan yang sudah ada basic Forex.

Tetapi saya yakin, sekiranya anda berusaha bersungguh-sungguh anda akan faham dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Ramai yang dah berjaya melakukannya.

61 thoughts on “4 Langkah Mudah Trading Forex”

  1. Assalamualaikum bomoh pip,

    Saya betul2 berminat untuk belajar lebih dalam tentang forex. Saya dah cuba untuk belajar sendiri dengan membaca laman2 atau blog tentang forex tapi agak sukar untuk faham. Bomoh Pip ada buat class ke untuk beginner? Kalau ada, bagaimana utk saya mendaftar? Saya ada juga tempat untuk belajar forex, tp kebanyakannya memerlukan kos yg mahal.

    Sila hubungi saya di removed (Syed)

    Terima kasih.

    1. W’salam Syed,
      Maaf tuan, saya takda buat kelas. Saya nasihatkan supaya hati2 kalau nak join mana2 kelas. Kalau boleh tanya atau dapatkan pandangan dari mereka yang dah pernah pergi ke kelas tersebut. Terlalu banyak scam dalam Forex sekarang. Orang2 baru macam tuan Syed lah sasaran mereka.

      Kalau pembacaan agak susah, cuba tengok video. Ada banyak di Youtube kalau tuan search. Saya sendiri pun belajar macam ni dulu.

      p/s: Saya terpaksa remove no. phone tuan. Harap lepas ni kalau nak tinggalkan phone atau email dekat mana2 laman web, gunakan contact form. Kalau tinggal secara terang-terangan, ada yang ambil kesempatan untuk spam iklan nanti kat phone tuan. Harap maklum.

  2. Salam Bomoh Pip, saya pon baru dlm bidang ni. Saya ingat nak mulakan dengan PAMM Instaforex. Ada any recommendation utk trader mana yg ok kat Instaforex. Terima kasih.

  3. Assalamualaikum bomoh pip. Saya nak tanya berapa modal minimum untuk buka real acc? Saya dah install MT4 tapi dekat phone. Boleh ke buka real acc guna phone? Saya masih baru dalam forex. Sudah 2 bulan bermain dgn demo acc.

    1. Wsalam, modal minimum bergantung dengan broker, biasanya minimum 10 USD. Tentang buka akaun real guna phone saya tak pasti. Setakat ini belum pernah lagi saya buka akaun guna phone.

  4. Salam tuan.. Mohon izin untuk gunakan ilmu yang tuan ajar dalam blog tuan ye. Saya baru nak mengenal forex. ^_^

  5. Saye akan belajar bersungguh-sungguh dan ambil pengalaman dalam masa 3bulan untuk trade dalam demo dulu, terima diatas tunjuk ajar, jasamu dikenang bro, thanks a lot.. :-)

    1. Ahmad cuma nak bagi tau jer acc demo dgn real dia punya feel lain…
      nak tak nak kena bukak real acc sbb biasa demo ni selalu untung hehehehe.
      spammy text;deleted

  6. Saya dah lama mencari blog berbahasa Melayu yang mengajar asas forex. Saya berani cakap yang blog Bomoh Pip yang terbaik. Banyak benda baru yang saya baru faham. Pernah baca babypips tapi almaklumlah dalam English, susah sikit nak faham. Tapi dalam blog tuan ini memang banyak info yang berguna untuk newbies macam saya.

    Terima kasih atas blog ini, Bomoh Pip. Mohon halalkan ilmu yang saya ambil di dalam ini.

    Saya doakan Bomoh Pip dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dan keluarga yang bahagia.

  7. Sama macam tuan bomoh pip saya pun gunakan broker InstaForex. Selesa untuk buat urusan deposit dan withdraw dengan broker ni sebab kita boleh pilih mana2 IB yang berdaftar dalam laman web Instaforex. Ib yang listed dalam web InstaForex boleh dipercayai dan ada kerjasama yang rasmi sebab tu saya pilih.

  8. Salam Tuan,
    Ada tak teknik yang senang untuk trade, maksudnya cara yang dipakai yang paling selamat dah mudah, actually saya baru MC huahuahua. So im seeking the new style dan cari the safest technique, harap tuan boleh kongsikan, dan tuan pakai teknik apa ye?

    1. MC tu asam garam dalam forex tuan.. hehe. Sebenarnya takde teknik yang betul-betul konsisten tuan. Sebabnya keadaan market itu sendiri dinamik (sentiasa berubah-ubah). Jadi kita sebagai trader kena follow keadaan market. Teknik yang profitable semasa trending memang akan fail masa market ranging, dan sebaliknya.

      Saya just guna basic je tuan. Tak tetap, kalau market range saya banyak pasang perangkap breakout. Kalau tengah trending cantik, tunggu pullback (fakeout) untuk masuk. Tapi saya banyak baca fundamental, teknikal just untuk saya timing masuk/keluar.

      Tak apa tuan, belajar lagi. Praktis sampai lebam orang kata. :)

      1. tuan bomoh pip. mungkin tuan boleh buat dalam entry baru ke macam mana tu yang tuan kata kan ” kalau market range, pasang perangkap breakout” & ” kalo trending cantik, tunggu pullback” secara lebih detail teknik tu. saya tak faham sebenar nya sebab masih baru. MC pun dah berkali kali..hahaha tapi tetap nak cuba untuk cari stail trade.

  9. Assalam Tuan,
    Terima kasih di atas tunjuk ajar yg tuan berikan dlm blog ni. Mmg terbaek sbb byk yg saya dpt tahu ttg forex ni. Cuma saya masih ade soalan pd tuan. Boleh tak klau tuan dpt contact saya melalui email dibwh. Terima kasih byk2 tuan. Jasamu tak dpt dibalas. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dn memberkati hidup tuan dunia dan akhirat…Aamiin.

    1. Wsalam,

      Maaf lambat reply tuan. Saya terlalu sibuk, sampai lupa dan nak jenguk2 kat sini. Sama2 tuan, saya hanya share perkara asas je tuan.

  10. Ini pengalaman aku buka akaun dengan InstaForex, masa mula-mula nak buka akaun ada dua jenis pilihan akaun samada akaun standard atau akaun Eurica. Macam aku lebih selesa buka akaun standard sebab pengiraan dia gunakan spread. Mula-mula aku saja-saja nak cuba terminal mt4, aku mulakan dengan deposit USD100 dan layak terima bonus USD30, so ekuiti aku dah meningkat jadi USD130. Sepanjang aku trade selama 6 bulan ni aku kagum aku belum pernah alami requote dan trading order cukup pantas, rupanya senarai server trading InstaForex tersangat banyak. Lagi satu yang bagusnya broker InstaForex ni, lepas je aku register akaun boleh kata tiap-tiap bulan aku akan terima call daripada pejabat InstaForex, staff mereka rajin tanya khabar dan buat follow-up jika aku ada apa-apa masalah teknikal dan mereka akan update segala peraduan dan berita terbaru syarikat InstaForex.

    1. Wsalam, copy trade ni untuk follow trade orang lain tuan. Tapi kita sebagai follower boleh tetapkan berapa lot nak masuk, pair apa nak copy, dsb.

    1. Wsalam, saya tak boleh nak suggest mana2 ebook tuan. Sebabnya saya sendiri pun tak pernah beli ebook. Tapi bahan2 free banyak kalau tuan rajin cari mcm di forexfactory.com

  11. Mohd Yusoff bin Mohd Zain

    Salam tuan, apa pendapat tuan mengenai platform yg disediakan oleh broker? Sbb sy tengok ada satu platform bforex sngt menarik krn ia mempunyai ciri2 protection dari kerugian, sykt based di UK.. Minta pendapat kalau nak invest dgn broker tersebut. Lagi satu minta pendapat mengenai auto-trade (does it really work)
    tk

    1. Wsalam, saya tak pasti tuan dengan broker Bforex.

      Tentang negative balance protection tu, saya sendiri masih ragu-ragu sebenarnya sebab dalam keadaan market sebenar agak mustahil benda tu. Yang saya perhatikan banyak broker dah mula guna “protection” atau “insurance” sejak kejadian black swan hari tu (CHF). Mungkin hanya gimik pemasaran untuk kembalikan kepercayaan trader. Entahlah, harap ada trader yang lebih berpengetahuan kat sini boleh terangkan. :)

      Auto-trade bergantung dengan trader/money manager tu tuan. Kene tengok trading history dia sebelum ini macam mana.

    1. Wsalam, IB ini ejen broker tuan. Untuk mudahkan broker handle client ikut lain-lain negara.

      Mengapa perlu ada IB?
      1. Perbezaan bahasa & tempat.
      2. Mempercepatkan urusan deposit/withdrawal – boleh transfer $ guna local bank.
      3. Untuk luaskan pasaran dengan lebih cepat dan kos efektif. Tak perlu upah alih bahasa atau buat kelas bahasa melayu untuk officer dari Rusia contohnya. Hehe

      Jadi kalau lantik ejen contohnya di Malaysia, client baru yang nak buat urusan atau ada apa-apa masalah boleh contact terus IB local & cakap bahasa melayu je. :)

      Tapi tak semua broker ada IB ya…

  12. 1) salam tuan untuk IB tersebut kita kna cari sendiri ke macam mana, @ kita register je real acount automatik dah ada,

    2) Waktu terbaik kita nak trade forex pukul barapa tuan

    1. 1) Wsalam, boleh cari di website broker. Di page mana tu tak tentu tuan, bergantung dengan broker.Tapi selalunya ada tersenarai dalam form untuk deposit/withdrawal. Kalau tak jumpa juga, boleh tanya customer support (live chat).
      Contoh: https://www.instaforex.com/offices.php

      2) Biasanya kita trade semasa market aktif, kalau ikut jam Malaysia sekitar pukul 2 petang hingga 12 malam. Jam paling aktif pula semasa tengah “overlap” (ada saya tulis dalam Asas Forex).

      Tetapi sebenarnya banyak bergantung dengan strategi atau teknik masing-masing. Contoh; kalau scalping, waktu paling sesuai semasa market tenang (takde news besar, waktu awal pagi, etc). Kalau teknik breakout pula beberapa minit sebelum news release (boleh tengok economic calendar pukul berapa). Kalau trade swing (long term) pula tak kisah bila pun, janji trend dah nampak dengan jelas (fundamental). Kalau yang trade based on indicator pulak tunggu signal dari indicator tu sendiri. Banyak lagi tuan kalau nak cerita kat sini.

  13. Salam tuan. Maaf mengganggu, nak tanye la.. camner kuasai ‘chart’ dari segi turun naik?

    Saye masih kurang paham tentang ‘chart’ ni.. mohon penerangan.. Ok terima kasih

  14. Salam tuan.sy br nak mula membaca demi menambah ilmu dlm dunia forex. Soalan mungkin kelihatan bodoh…mungkin…
    Brp minimum permulaan modal yg boleh dilabur dlm forex ni?

    1. Wsalam, tak bxxxh pun tuan. Saya sendiri pun tanya macam tu dulu. Hehe. Ok, modal minimum bergantung dengan broker tuan. Tapi biasanya mula dari 10 USD. Tuan boleh semak sendiri di website mereka.

  15. as salam tuan.. bangga saya ada orang tak kedekut ilmu..
    saya baru2 je nak main..laaa ni tengah mc. masa main demo untung bukan main mencanak..
    main real.. losssss tuan.. sedihnya..hahahaha

    soalan saya,..berapa kali sehari kita patut trade? katakan untung 3x..adakah patut main lagi?
    tunggu keesokan pula..ke camana..

    soalan kedua..tentang penggunaan timeframe.. yang mana lebih afdal penggunaannya..saya biasa m15 & m30.. boleh jelaskan sikit tak..

    tima kasih

    1. Wsalam, memang psikologi trading mcm tu tuan. Trade real banyak pengaruh dengan emosi (tamak/takut). Sebab tu ramai newbie kecundang mula2 lagi. Hehe. Part control emosi ambik masa untuk master betul2.

      Jawapan untuk soalan pertama: Sebaiknya stop trade tuan. Kalau langgar jugak tu dah overtrade namanya. Potensi untuk “kelaut” sangat tinggi kalau dah overtrade ni…emosi2. Situasi sama jugak untuk “revenge trade” (balas dendam). Haha

      Untuk soalan kedua, agak subjektif sebenarnya.. bergantung dengan cara trade atau strategi masing2. Contoh mcm saya tak suka tenung chart lama2, jadi saya banyak swing trade guna tf h4 ke atas.

  16. Salam tuan…saya ucapkan terima kasih kepada tuan diatas segala usaha tuan utk mewujudkan blog ini yg banyak memberikan manafaat dan mudah utk difahami. Hanya Allah S.W.T. sahaja dapat membalas segala usaha tuan ini kerana ilmu ini boleh membantu sesiapa sahaja yg ingin mempelajarinya. Saya juga bercadang utk mengadakan kelas kepada penduduk kejiranan saya dan memohon kebenaran tuan utk menggunakan sebahagian drp kandungan ini dlm sesi pengajaran saya nanti seperti slide, teks, cetakan serta lain2. Harap mendapat kebenaran dari tuan dan terima kasih.

    1. Wsalam, sama2 tuan. Silakan tuan.. Harap lebih ramai orang macam tuan ni. Sedikit sebanyak dapat bagi kesedaran kat masyarakat tentang apa sebenarnya Forex.
      Banyak sangat dah kes penipuan pelaburan yang gunakan nama forex sehingga sekarang. Tapi semua tu just skim cepat kaya atau ponzi sahaja.

      Harap tuan buat rujukan di tempat lain juga ya. Saya rasa kandungan website saya ni masih banyak lagi kekurangannya. :)

  17. Assalamualaikum tuan saya masih baru di sini macam lagi memudahkan banyak lagi yang saya tak berapa faham macam mana nak trader

  18. Assalam tuan… Sy pun newbie gak… Ada akaun tp masih lum apa2 dagangan lg… Masih lg cari ilmu… Tuan punya penerangn mmg jelas dan mudah utk difahami… Doakn yg terbaik utk sy…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *