Belajar Forex: Intermarket Correlations

Setiap instrumen di pasaran kewangan mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Situasi di satu pasaran akan membawa kesan kepada pasaran yang lain. Intermarket correlation boleh dijadikan sebagai panduan untuk mendapat gambaran umum tentang pasaran.

Pastikan analisis anda tidak bergantung 100% kepadanya kerana sifat pasaran yang dinamik digerakkan oleh pelbagai faktor, adakalanya correlation akan berubah.

Jenis correlation

Positive correlation

Pergerakan pasaran sama antara satu sama lain.

positive correlation

Contoh currency pair positive correlation:

  • EUR/USD vs GBP/USD
  • EUR/USD vs AUD/USD
  • EUR/USD vs NZD/USD
  • USD/CHF vs USD/JPY
  • AUD/USD vs NZD/USD

Negative correlation

Pergerakan pasaran bertentangan antara satu sama lain. Juga dikenali sebagai inverse correlation.

negative correlation

Contoh pair yang bergerak secara berlawanan:

  • EUR/USD vs USD/CHF
  • GBP/USD vs USD/JPY
  • USD/CAD vs AUD/USD
  • USD/JPY vs AUD/USD
  • GBP/USD vs USD/CHF

Zero correlation

Pergerakan pasaran yang bergerak secara rawak dan tidak mempengaruhi satu sama lain.

Profile negara major currency

Faktor ekonomi sesebuah negara banyak memainkan peranan dalam correlation. Mari kita lihat profil ringkas antara negara kuasa ekonomi dunia.

United State (US/Amerika)

  • Merupakan kuasa ekonomi terbesar dunia.
  • Mempunyai defisit tinggi kerana lebih banyak import berbanding eksport.
  • Ekonomi US boleh membawa kesan kepada negara lain di seluruh dunia kerana banyak negara ada hubungan perdagangan dengannya.
  • Hampir semua negara menyandang mata wang mereka dengan USD.
  • Lazimnya pelabur akan memindahkan pelaburan mereka ke emas apabila mendapati dollar mengalami susut nilai (atas sebab inflasi).
  • Wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/United_States

Euro Zone

  • Merupakan wilayah ekonomi terbesar dunia.
  • Terdiri daripada 19 negara iaitu; Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, Perancis, Germany, Greece, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia, dan Sepanyol.
  • Rakan dagangan terbesar adalah US.
  • Apabila ada negara anggota yang bermasalah (contoh pada masa sekarang: Greece) akan membawa kesan kepada yang lain di dalam Euro Zone.
  • Wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/European_Union

United Kingdom (UK)

  • Merupakan sebahagian dari kesatuan Eropah. Tetapi menolak untuk bersatu sebaliknya menggunakan mata wang sendiri, pound sterling.
  • US dan Euro Zone (atau lebih spesifik, Jerman) adalah rakan dagangan terbesar.
  • UK adalah pengeluar tenaga walaupun diketahui sumber tenaganya terhad. Harga minyak dan gas memberi kesan secara lansung ke atas ekonomi UK.
  • Wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom

Japan

  • Jepun merupakan negara paling maju dalam teknologi.
  • Mempunyai kepadatan populasi dan inflasi yang tinggi. Walaupun begitu, ekonomi Jepun tidak pernah lumpuh.
  • Sumber terhad atas faktor bentuk muka bumi yang bergunung-ganang.
  • Ekonomi bergantung sepenuhnya dengan eksport.
  • Mengimport hampir 100% sumber tenaga.
  • Wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Japan

Australia

  • Negara yang terkenal sebagai pulau terbesar dunia.
  • Ekonomi berasaskan komoditi seperti perlombongan emas, penternakan dan pertanian.
  • China adalah negara pengimport terbesar. Ekonomi China membawa kesan lansung kepada Australia.
  • Wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Australia

New Zealand

  • Menjalankan industri pertanian dan pelancongan yang hampir sama dengan Australia.
  • Ekonomi New Zealand banyak bergantung dengan eksport seperti bahan logam, lembu dan tenusu.
  • Negara kedua selepas Singapura yang digelar sebagai mesra perniagaan dan menerima pelaburan dari luar kerana kelonggaran polisi.
  • Wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/New_Zealand

Canada

  • Antara negara yang paling membangun di dunia.
  • Banyak bergantung dengan sumber tempatan untuk dieksport.
  • Mempunyai simpanan tenaga (minyak dan gas) terbesar.
  • Wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Canada

Switzerland

  • Salah satu negara terkaya dengan pendapatan per kapita yang tinggi.
  • Mempunyai ekonomi dan mata wang yang stabil.
  • Syurga kepada penyimpan wang dan terkenal sebagai negara bank.
  • Wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Switzerland

US Dollar Index

Ia digunakan untuk mengukur kekuatan US dollar berdasarkan purata peratusan dengan mata wang lain (rakan dagangan terbesar dengan US).

  • Euro (EUR), 57.6%
  • Japanese yen (JPY), 13.6%
  • Pound sterling (GBP), 11.9%
  • Canadian dollar (CAD), 9.1%
  • Swedish krona (SEK), 4.2%
  • Swiss franc (CHF), 3.6%

Simbol: USDX atau DXY

us dollar index usdx dxy

Hubungan Forex dengan pasaran lain

Saham

Juga dikenali sebagai Equity Market. Mata wang tempatan diperlukan untuk membeli saham dari sesebuah negara. Contohnya, untuk membeli saham di US, pelabur Eropah perlulah menukar Euro ke USD. Lebih banyak demand terhadap saham negara tersebut, maka semakin banyak tukaran mata wang asing akan berlaku. Sekiranya saham merudum, pelabur akan memindahkan dana mereka ke tempat yang lebih baik.

Positive correlation dengan currency:

  • Harga saham naik, nilai mata wang akan naik.
  • Harga saham turun, nilai mata wang akan turun.

s&p500 vs usd

NegaraSahamSimbol
USDOW (Dow Jones Industrial Average)DJIIndeks prestasi 30 syarikat terbesar di US.
USS&P 500 (Standard and Poor 500)SPXIndeks yang terdiri dari 500 syarikat terbesar di US.
JepunNikkeiNI225Hampir sama seperti DOW. Indeks terdiri dari 225 syarikat terbesar di Jepun.
UKFTSEUKXTerdapat beberapa versi (contoh: FTSE 100 atau FTSE 200), bergantung dengan jumlah syarikat yang termasuk.
Euro ZoneDAX (Deutscher Aktienindex)DAXIndeks 30 syarikat "blue chip" iaitu yang mengeluarkan barangan dan servis berkualiti tinggi.
Euro ZoneDow Jones Euro Stoxx 50SX5EIndeks 50 saham untuk sektor terbesar di Eropah.

Emas

gold vs audusd

  • Positive correlation dengan AUD/USD dan USD/CHF.
  • Australia adalah negara pengeluar emas ketiga terbesar di dunia.
  • 25% mata wang Switzerland disandarkan pada emas.

Minyak

oil vs usdcad

  • Negative correlation dengan USD/CAD.
  • Minyak mentah juga dikenali sebagai “black gold”.
  • Canada merupakan pembekal terbesar minyak kepada US. Hampir 2 juta tong sehari.

Bond

Merupakan perjanjian hutang oleh kerajaan atau syarikat kebangsaan. Pinjaman biasanya dibuat ke atas bank atau individu. Sekiranya anda pemilik bond, maksudnya kerajaan telah meminjam wang daripada anda. Walaupun pulangan yang kecil, tetapi merupakan perdagangan yang paling selamat kerana keuntungannya dijamin oleh kerajaan. Setelah mencapai tempoh matang, principal akan dikembalikan bersama dengan faedah yang lebih dikenali sebagai bond yield.

bond vs stock

Bond yield

  • Negative correlation dengan harga bond.
  • Positive correlation dengan pasaran saham. Jadi apabila demand saham meningkat, maka nilai mata wang akan meningkat juga.
  • Boleh digunakan sebagai indicator untuk menjangka turun naik interest rate sesebuah negara.

Kategori instrumen

High Yield

  • Instrumen dagangan yang memberikan pulangan tinggi.
  • Berisiko tinggi dan volatile.
  • Saham, komoditi dan mata wang dengan interest rate tinggi seperti GBP, NZD dan AUD.

Low Yield

  • Instrumen dagangan yang memberikan pulangan rendah.
  • Berisiko rendah dan stabil. Juga dikenali sebagai instrumen “Safe Haven“.
  • Emas, bond dan mata wang dengan interest rate rendah seperti JPY dan USD.

Situasi pasaran

Risk On

  • Juga dikenali sebagai Risk Appetite.
  • Greed: Keadaan di mana tiada apa yang membimbangkan trader. Mereka yakin dengan pasaran dan cuba untuk membuat keuntungan yang banyak secepat mungkin.
  • Mereka akan memindahkan dana dari instrumen low yield ke high yield.

Risk Off

  • Juga dikenali sebagai Risk Aversion.
  • Fear: Keadaan di mana trader tidak mahu mengambil sebarang risiko. Sama ada mereka panik atau bimbang terhadap sesuatu yang telah terjadi kepada pasaran.
  • Mereka akan memindahkan dana dari instrumen high yield ke low yield.

Carry trade

Konsep carry trade adalah dengan meminjam (menjual) instrumen interest rate rendah dan gunakannya untuk membeli instrumen interest rate tinggi. Masihkah anda ingat dengan situasi pasaran Risk On?

Keuntungan dibuat dari perbezaan interest rate dua instrumen yang terlibat. Contohnya:

  1. Anda meminjam dari bank dengan syarat perlu membayar 1% interest setiap tahun.
  2. Kemudian anda menggunakan wang pinjaman tersebut untuk membeli bond yang dijanjikan interest (keuntungan) 5% setahun.

Jadi berapa untung bersih dagangan anda?

Ya, 4%. Mudah bukan?

Positive Carry TradeNegative Carry Trade
Buy interest > Sell interestBuy interest < Sell interest
Untung (anda dapat interest)Rugi (anda bayar interest)

Dalam Forex keuntungan carry trade adalah berganda kerana adanya leverage dan interest dibayar setiap hari selepas berakhirnya US session (juga dikenali sebagai swap atau rollover). Ianya dikira berdasarkan interest rate semasa currency tersebut, leverage dan saiz position (lot). Interest ini tetap dikenakan atau dibayar tidak kira apa position trading anda selagi ianya belum ditutup (atau terkena SL).

Anda bayar interest jika Sell currency, anda dapat interest jika Buy currency.

Contohnya interest rate USD = 4% dan JPY = 0.5%. Kemudian anda long USD/JPY (maksudnya Buy USD / Sell JPY). Jadi keuntungan anda = 4% – 0.5% = 3.5%.

Tiga kemungkinan dalam carry trade

  1. Mendapat interest + untung, jika position betul mengikut trend pasaran.
  2. Mendapat interest sahaja, jika price ranging atau tidak berganjak.
  3. Mendapat interest tetapi rugi, jika salah position.

Cara memaksimakan keuntungan carry trade

  • Pilih perbezaan interest rate yang tinggi.
  • Pastikan market dalam uptrend.