Belajar Forex: Broker

Broker forex adalah sebuah syarikat yang berfungsi sebagai orang tengah antara anda dengan interbank (rangkaian bank) atau liquidity provider. Jadi segala transaksi jual beli anda akan melalui broker terlebih dahulu sebelum masuk ke pasaran sebenar.

Mengapa perlu ada broker? Kenapa tak deal terus dengan bank?

Tujuannya adalah untuk membolehkan kita sebagai trader kecilan membuka akaun dan berdagang. Jika trading terus dengan bank, modal yang diperlukan adalah sangat besar kerana leverage yang diberikan adalah kecil atau tiada langsung. Tambahan pula bukan semua orang ada kelayakan serta boleh melepasi syarat dan peraturan dari pihak bank.

Jenis broker Forex

Market Maker (Dealing Desk)

Price (Exchange rate) currency di broker ini adalah artificial. Maksudnya price yang anda lihat di dalam chart adalah datangnya dari internal broker itu sendiri, bukannya dari interbank atau liquidity provider (LP). Tetapi disebabkan persaingan yang sengit antara broker untuk menarik pelanggan, price yang mereka berikan hampir sama dengan dengan interbank. Market maker membuat keuntungan dari spread dan trading berlawanan (hedging) dengan pelanggan mereka.

No Dealing Desk (NDD)

NDD ada dua jenis:

Straight Through Processing (STP)

Katalah broker NDD berhubung dengan 3 LP. Jadi mesti ada 3 pricing yang berbeza dalam sistem mereka.

Liquidity ProviderBidAsk
A1.29981.3001
B1.29991.3001
C1.30001.3002

Broker akan padankan price yang terbaik + sedikit caj. Contohnya dalam table di atas bid 1.3000/ask 1.3001 adalah price terbaik, price yang diberikan kepada trader adalah 1.2999/1.3002 setelah di markup 1 pip oleh broker. Jadi jumlah spread yang dikenakan kepada trader adalah 3 pips. Disebabkan perbezaan spread dari liquidity provider berbeza, maka kebanyakan broker STP menawarkan variable spread. Jika spread antara liquidity provider membesar, maka spread yang sampai kepada trader juga akan membesar. Ada juga broker STP yang menawarkan fixed spread.

Electronic Communication Network (ECN)

Lebih kurang seperti broker STP. Bezanya broker ECN mengenakan komisen sebagai caj. Tiada markup pada spread. Pricing datang dari beberapa LP dan peserta ECN yang lain.

Jenis akaun Forex

Akaun Demo

Akaun percuma untuk praktis dengan duit virtual. Jika rugi semua atau akaun expired (tidak login lebih dari 3 bulan), anda boleh buka akaun demo yang lain. Anda hanya perlu download Metatrader 4 dan buka akaun terus dari software tersebut.

Ada juga broker yang mewajibkan pendaftaran akaun demo dibuat di website mereka terlebih dahulu. No akaun dan password akan diberikan setelah berjaya mendaftar dan masukkan di dalam software MetaTrader anda untuk login.

Akaun Real

Broker biasanya memberikan beberapa pilihan jenis akaun yang bergantung dengan modal anda. Pendaftaran boleh dibuat di website broker anda. Mudah dan cepat. Setelah buka akaun, proses pengesahan (verification) perlulah dibuat sebelum anda boleh deposit modal dan trading.

Forex regulator

Oleh kerana pasaran Forex tiada pusat, maka agak sukar untuk mengawal selia aktiviti yang dijalankan. Dengan itu, sesetengah negara di dunia telah menubuhkan badan-badan pemantau yang berfungsi untuk memastikan urusniaga dijalankan dengan adil.

Syarat yang ketat dikenakan ke atas broker, IB (Introducing Broker), signal provider dan lain-lain yang terlibat. Lesen hanya boleh didaftarkan mengikut negara di mana broker tersebut beroperasi. Broker akan diberikan lesen sekiranya mampu menjalankan perniagaan dengan baik dan mempunyai dana yang mencukupi bagi menjalankan kontrak tukaran wang asing.

Mereka terikat dengan audit dan penilaian yang memaksa untuk mengekalkan standard industri, jika tidak lesen akan ditarik balik. Regulator memastikan kepentingan trader dijaga dengan mengkehendaki broker mengembalikan wang pelanggan sekiranya bankrup.

Setiap regulator beroperasi dengan cara mereka sendiri mengikut undang-undang negara masing-masing. Tidak semestinya broker yang regulated adalah selamat dan boleh dipercayai. Anda sebagai trader seharusnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum melabur.

Di Malaysia kita ada Securities Commission Malaysia (SC). Berikut adalah senarai regulator yang popular di dunia:

Klik sini untuk senarai penuh: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_financial_regulatory_authorities_by_country

Aspek penting dalam pemilihan broker

1. Keselamatan dana

Pilih broker yang regulated. Fungsi agensi regulator ini adalah untuk memantau aktiviti broker tersebut dan menjaga kepentingan para trader.

2. Jenis akaun

Ada menawarkan jenis akaun yang sesuai dengan keperluan dan modal anda. Biasanya broker menawarkan tiga jenis akaun, iaitu Standard, Mini dan Micro.

3. Kos transaksi

Pilih broker yang mengenakan caj spread atau komisen yang rendah.

4. Deposit dan Withdrawal

Dapat mengendalikan proses deposit dan withdrawal dengan mudah dan pantas.

5. Swap free

Menawarkan pilihan akaun tanpa swap kepada pelanggan muslim.

6. Execution

Kepantasan memasukkan order adalah mustahak kerana setiap pips yang lambat akan menjadi kos kepada anda.

7. Tiada sekatan

Membenarkan semua jenis strategi dan tiada rule pelik seperti tidak boleh trade semasa news release, tidak boleh untung lebih dari 10% per trade dan sebagainya.

8. Leverage dan Margin Call

Pastikan anda tahu berapakah tahap leverage dan margin call broker anda. Pilih leverage yang sesuai dengan strategi dan risiko anda.

9. Trading platform

Mudah digunakan dan ada menawarkan multi platform untuk mobile, web dan sebagainya.

10. Customer service

Ini adalah penting untuk anda berhubung jika ada apa-apa isu. Majoriti broker sekarang ada live chat di website mereka. Anda boleh cuba tanya soalan berkaitan dan lihat sendiri maklum balas mereka.

11. Bonus

Jangan terpedaya dengan offer bonus yang tinggi. Bonus sebenarnya ibarat meningkatkan lagi leverage yang anda guna. Jika anda ingin mengambil bonus, pastikan anda tahu terma & syarat yang telah ditetapkan oleh broker anda.

Keperluan asas untuk membuka akaun real/live

Sebelum anda membuka akaun real/live dengan broker pilihan anda, sebaiknya sediakan dahulu keperluan di bawah. Pastikan anda memberikan maklumat yang betul. Jangan ada sebarang kesalahan ejaan sebab sesetengah broker amat teliti dalam proses pengesahan dokumen. Jika mereka tidak berpuas hati mereka akan meminta anda menghantarnya semula.

1. Email

Jika anda belum ada email, sila buka sekarang di Gmail atau Yahoo Mail secara percuma. Email diperlukan untuk pengesahan pertama bagi menghidupkan akaun anda di website broker. Segala maklumat berkaitan akaun anda akan dihantar melalui email.

2. IC/Lesen

Untuk pengesahan identiti. Pastikan anda mendaftar nama yang sama seperti di dalam IC.

3. Bil/Penyata

Untuk pengesahan alamat. Pastikan usia bil tersebut tidak lebih dari 3 bulan. Seeloknya scan yang terbaru sekali. Pastikan anda mendaftar nama dan alamat sama seperti di dalam bil tersebut.

4. Telefon

Untuk keselamatan. Sesetengah broker pada masa sekarang sudah menggunakan sistem yang biasa kita guna pada perbankan online (two-factor authentication). Setiap kali melakukan withdrawal, kod pengesahan akan dihantar ke telefon pemilik akaun terlebih dahulu. Jika anda pengguna telefon pintar seperti Android atau Iphone, ia adalah satu kelebihan kerana trading juga boleh dilakukan pada telefon tersebut.

5. Printer

Ada juga broker yang memerlukan anda untuk menandatangani surat perjanjian dan kemudian scan semula untuk diemailkan kepada mereka. Printer juga boleh digunakan untuk mencetak maklumat akaun anda sebagai hard copy.

6. Scanner/Kamera digital/Kamera telefon

Diperlukan untuk scan perkara #2 dan #3. Pastikan anda scan dokumen original depan belakang termasuk sisi dan bucu dokumen tersebut. Jangan edit dengan software seperti Paint dan sebagainya. Biarkan ia nampak natural. Scanner juga perlu sekiranya anda ingin deposit menggunakan kad kredit. Mereka akan meminta anda scan kad kredit tersebut. Scanner biasanya memang ada built-in di dalam printer. Tetapi bagi yang tiada scanner boleh menggunakan kamera digital atau pun kemera telefon untuk mengambil gambar dokumen tersebut. Pastikan gambar tersebut jelas dan pencahayaan yang cukup terutamanya bagi pengguna kamera telefon.

7. Modal

Pastikan anda tahu berapa jumlah modal yang akan digunakan. Ini kerana pemilihan jenis akaun adalah bergantung dengan modal.

8. Akaun bank online

Sebaiknya anda telah memiliki akaun bank online seperti maybank2u atau cimbclicks atau lain-lain. Ini akan memudahkan segala urusan deposit dan withdrawal nanti.

Bermula dengan akaun demo

Sebelum boleh meneruskan pembelajaran kita ke topik seterusnya (cara menggunakan MetaTrader), perlu setup chart terlebih dahulu. Jadi kita perlukan trading platform. Boleh download secara percuma dari website broker.

*Sesetengah broker memerlukan pendaftaran dibuat melalui website mereka.

Ok untuk tutorial ini kita gunakan MetaTrader 4 dari MetaQuotes (company yang buat MT4). Kalau anda nak guna MT4 dari broker pilihan sendiri pun tiada masalah. Cara install MT4 sama sahaja untuk mana-mana broker.

Sebagai alternatif, anda boleh pilih sendiri dari page Senarai Forex Broker.

Untuk pengetahuan anda, dalam page itu juga ada diterangkan tentang perkara di bawah:

  • Perkongsian pengalaman & review
  • Proses biasa untuk bermula (akaun real/sebenar)
  • Kriteria pemilihan broker forex
  • Perkara lain berkaitan dengan broker
Langkah setup akaun demo MT4 MetaQuotes:

  1. Download: www.metatrader4.com
  2. Dah siap, buka fail tersebut (mt4setup.exe) dan install.
  3. Kemudian buka program MT4 dan ikut seperti screenshot di bawah:
Trading servers
* Jika paparan ini tidak keluar, sila buka dari File > Open an Account

New demo account

Demo account details

login password investor

Daftar akaun demo metatrader
Akaun yang telah siap. (sila klik untuk zoom-in)

Setelah selesai mendaftar akaun demo, pastikan anda save details akaun tersebut di tempat yang selamat. Boleh digunakan sebagai backup sekiranya anda terdelete akaun di dalam MT4 atau reformat pc.