Pengurusan risiko mesti ada dalam semua jenis perniagaan, termasuklah trading Forex. Pernah saya katakan sebelum ini, rugi itu pasti. Apa yang membezakan berjaya atau tidak seorang trader adalah bagaimana dia menguruskan kerugian tersebut.
Di kalangan Forex trader, pengurusan risiko lebih dikenali sebagai “money management” (pengurusan kewangan) atau lebih ringkas “MM“. Tetapi kurang tepat sebenarnya kerana MM hanyalah sebahagian dari pengurusan risiko yang merangkumi skop lebih luas.
Istilah “main forex” seharusnya ditukar kepada “trading forex”.
Sekiranya anda main Forex, itu dah sama seperti berjudi. Ingat, Forex adalah satu perniagaan, bukannya pelaburan skim cepat kaya atau yang seumpamanya.
Drawdown
Dalam Forex, kerugian selalunya dikenali sebagai drawdown (DD). Katakan anda ada modal $10,000 dan telah rugi $5,000. Berapa peratus akaun anda rugi?
50%. Itulah yang dinamakan drawdown.
Perbandingan risiko
High risk, high return!
Pernahkah anda terfikir untuk trade dengan risiko tinggi? Sila perhatikan jadual berikut dan pertimbangkan semula hajat anda.
Risiko per trade: 2% vs 10%
Trade | Baki modal | 2% | Trade | Baki modal | 10% |
---|---|---|---|---|---|
1 | $20,000 | $400 | 1 | $20,000 | $2,000 |
2 | $19,600 | $392 | 2 | $18,000 | $1,800 |
3 | $19,208 | $384 | 3 | $16,200 | $1,620 |
4 | $18,824 | $376 | 4 | $14,580 | $1,458 |
5 | $18,447 | $369 | 5 | $13,122 | $1,312 |
6 | $18,078 | $362 | 6 | $11,810 | $1,181 |
7 | $17,717 | $354 | 7 | $10,629 | $1,063 |
8 | $17,363 | $347 | 8 | $9,566 | $957 |
9 | $17,015 | $340 | 9 | $8,609 | $861 |
10 | $16,675 | $333 | 10 | $7,748 | $775 |
11 | $16,341 | $327 | 11 | $6,974 | $697 |
12 | $16,015 | $320 | 12 | $6,276 | $628 |
13 | $15,694 | $314 | 13 | $5,649 | $565 |
14 | $15,380 | $308 | 14 | $5,084 | $508 |
15 | $15,073 | $301 | 15 | $4,575 | $458 |
16 | $14,771 | $295 | 16 | $4,118 | $412 |
17 | $14,476 | $290 | 17 | $3,706 | $371 |
18 | $14,186 | $284 | 18 | $3,335 | $334 |
19 | $13,903 | $278 | 19 | $3,002 | $300 |
Apakah yang berlaku sekiranya anda rugi secara berterusan (losing streak) sehingga trade ke 19?
- Dengan 2% risiko per trade akaun anda rugi sebanyak 30%. Masih ada baki sebanyak $13,903.
- Manakala dengan 10% risiko per trade akaun anda rugi sebanyak 85%. Baki cuma tinggal sebanyak $3,002.
Kalau dah rugi sebanyak 85% memang susahlah nak cover semula. Anda perlu cari untung sebanyak 566% dari baki yang tinggal!
Lihat jadual di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang berapa percent untung anda perlu cari untuk breakeven (BE).
Breakeven = Nilai modal asal
Kerugian | Keuntungan diperlukan untuk breakeven |
---|---|
10% | 11% |
20% | 25% |
30% | 43% |
40% | 67% |
50% | 100% |
60% | 150% |
70% | 233% |
80% | 400% |
90% | 900% |
Jadi berapa peratus risiko yang terbaik?
Ia bergantung dengan diri masing-masing kerana tahap kemampuan dan toleransi kita berbeza. Namun jika anda ingin bertahan lama dalam bidang ini, kurangkanlah risiko sebaik mungkin kerana kerugian adalah sebahagian daripada trading.
Pentingnya stop loss
Terdapat dua jenis SL yang biasa digunakan. Yang pertama adalah mental SL, iaitu dengan setkan SL di dalam minda. Apabila price sampai kepada had tersebut, trade akan ditutup secara manual oleh trader sendiri. Berbeza pula dengan hard SL, iaitu dengan setkan ke dalam order sebelum menekan butang Buy atau Sell. Apabila price mengena had tersebut, trade akan ditutup secara automatik oleh server broker.
Sekiranya anda seorang trader berpengalaman, tiada masalah untuk menggunakan mental SL. Kelemahannya adalah terdedah dengan perkara yang tidak dijangka seperti terputus talian internet, platform trading freeze, masalah komputer, tiada elektrik dan sebagainya. Mental SL juga boleh terganggu akibat emosi dari trader itu sendiri sekiranya tiada disiplin yang kuat.
Hard SL pula lebih mudah kerana tiada unsur kelemahan seperti mental SL. Hard SL dijalankan pada server broker. Jadi tiada masalah sekiranya anda menutup trading platform sekalipun.
Cara menghitung stop loss
Bagi saya calculator sangat penting dalam trading. Jika anda lebih mahir, boleh masukkan formula berikut ke dalam Excel spreadsheet (xls) atau boleh cuba google dan download percuma, rasanya dah banyak orang share.
Alternatif lain boleh guna Position Size Calculator online:
- https://www.babypips.com/tools/pip-value-calculator
- http://www.myfxbook.com/forex-calculators/position-size
{(% risiko) x ($ modal)} / (saiz SL dalam pips) = nilai position per pips dalam $
Contoh:
Modal $1000
Risiko 10% = $100
Stop loss = 50 pips
100/50 = $2 per pip
Jadi position size adalah 0.2 lot sekiranya menggunakan akaun mini.
Cara menempatkan stop loss
Cara yang betul untuk menempatkan stop loss adalah dengan menggunakan support & resistance. Tetapi bukan tepat di atas atau bawah line S&R tersebut. Bagilah sedikit ruang untuk price “bernafas” sebab ia cenderung untuk membuat fakeout.
Risk Reward ratio
Apabila dah tahu berapa stop loss, automatik anda akan terfikir berapa pula target yang sepatutnya?
Ratio reward:risk yang minimum adalah 1:1. RR yang baik adalah 2:1 ke atas.
Dalam kata lain; nilai reward mestilah sama atau lebih besar dari risk.
Contoh stop loss anda 20 pips, maka target seharusnya 40 pips, bergantung dengan analisis anda. Jika ia kurang dari 1:1 maka abaikan signal tersebut, tidak berbaloi kerana untuk jangka masa panjang anda akan net rugi.
Kadang-kadang ratio ditulis terbalik; risk vs reward. Sama sahaja sebenarnya, janji anda sendiri faham ok.
Fahami kiraan akaun di MetaTrader
Jika anda pengguna MetaTrader 4, mesti anda biasa lihat paparan seperti di bawah:
Apakah makna setiap kiraan tersebut?
Floating profit loss = Trade yang sedang running. Perhatikan column Profit di MT4 anda.
Balance = Jumlah modal anda sebelum atau setelah trade.
Equity = Balance + atau – Floating profit loss. Jika trade anda sedang profit, maka equity juga akan meningkat dan sebaliknya untuk trade yang sedang rugi.
Margin = Jumlah modal yang perlu untuk membuka position. Saiz margin bergantung dengan leverage. Setelah anda close position jumlah margin ini tadi akan dipulangkan semula ke akaun balance anda.
Contoh akaun $5,000 dengan leverage 1:1 (tiada leverage)
Anda ingin membeli 1000 EUR (1000 unit = 0.01 lot). Berapa jumlah USD yang perlu anda bayar?
Katakan rate EURUSD 1.3500. Maksudnya 1 EUR = 1.35 USD.
Jadi 1000 EUR = 1000 x 1.35 USD = 1350 USD
$1350 inilah yang kita panggil margin, $5000-$1350 = $3650 pula adalah free margin. Apabila anda close position, 1350 USD tadi akan masuk semula ke akaun balance anda.
Free margin = Equity – Margin. Jika anda tiada trade, maka semua modal (balance) anda adalah free margin. Jika anda ada trade dan trade tersebut sedang profit, maka semakin banyaklah free margin anda.
Margin level = (Equity / Margin) x 100. Margin level sangat penting untuk menentukan sama ada anda dibenarkan membuka position lagi atau tidak.
Perbezaan margin call dan stop out
Margin call (MC) dan stop out (SO) adalah mimpi ngeri bagi setiap trader. Sangat mudah untuk berlaku sekiranya trader tidak mengambil berat tentang pengurusan risiko.
Level % margin call dan stop out adalah bergantung dengan broker. Sila semak dengan broker anda untuk mengetahui level tersebut kerana setiap broker ada ketetapan mereka sendiri.
Margin call
Amaran semasa margin anda telah berada di bawah paras margin minimum yang telah ditetapkan oleh broker. Kita dapat melihat amaran ini di MetaTrader 4 ruangan Terminal > Trade bertukar menjadi warna merah.
Pada masa ini anda masih boleh close mana-mana trade yang sedang aktif. Tetapi anda tidak boleh membuka position baru melainkan equity anda telah meningkat semula melebihi paras margin call yang ditetapkan.
Stop out
Broker akan menutup trade anda dimulai dengan trade yang paling banyak rugi sehingga margin meningkat dari paras stop out tersebut.
Contoh: Margin call = 30%, Stop out = 20%
Anda akan mendapat amaran (MC) sekiranya margin level di bawah 30%. Apabila margin level anda terus turun sehingga ke 20% maka trade anda akan ditutup (SO) secara automatik dimulai dengan trade yang paling banyak rugi. Proses penutupan trade akan berhenti apabila margin meningkat semula di atas 20%.
Sesetengah broker hanya menggunakan margin call sahaja (stop out tidak dinyatakan). Dalam situasi ini MC = SO. Maksudnya apabila anda MC maka secara automatik juga akan SO.
Risiko trading news
Trading semasa news release sangat mengujakan kerana gerakan pasaran biasanya besar, beratus pips dalam masa singkat. Mesti anda terbayang-bayang berapa banyak untung boleh dibuat. Sangat menarik bukan? Tetapi trading news sebenarnya agak berbahaya kerana banyak perkara yang diluar kawalan kita. Antaranya:
Spread membesar dengan ekstrem
Contoh EUR/USD semasa market normal dalam 0.2-1.8 pips. Tetapi semasa news boleh naik ke 10-15 pips.
Slippage (gelinciran)
Contohnya anda buy EUR/USD pada 1.3400. Kemungkinan trade order anda akan masuk lambat, mungkin sekitar 1.3410.
Requote/Offquote/Common Error
Situasi yang menyebabkan tiada position dapat dibuka.
Platform freeze/disconnect
Jarang berlaku, tetapi kalau terjadi trader tidak akan mampu berbuat apa-apa.
Whipsaw
Price bergerak dengan volatility tinggi, spike atas bawah.
Priced-in
Reaksi market/trader terhadap news tidak semestinya tepat pada jam yang dijadualkan. Kadang kala awal sehari, 4 jam, 15 minit dan sebagainya. Sebab itu jangan hairan jika anda melihat price sudah bergerak ratusan pips sebelum news release. Situasi ini dikenali sebagai “priced-in”, yang bermaksud majoriti trader dapat menjangka apa result news tersebut. Jadi waktu sebenar news release price hanya bergerak sedikit dan cenderung membuat reversal.