MetaTrader 4 (MT4) adalah trading platform yang paling popular dan paling banyak digunakan. Walaupun MetaTrader 5 (MT5) telah lama diperkenalkan oleh MetaQuotes, namun MetaTrader 4 tetap menjadi pilihan ramai. Ini sebabnya:
- Interface yang mudah digunakan (user friendly).
- Boleh buka banyak chart dalam satu masa.
- Boleh buka beberapa MetaTrader dalam satu masa walaupun berlainan broker.
- Saiz fail yang kecil dan senang untuk di install.
- Tidak memerlukan internet berkelajuan tinggi. Hanya perlu talian yang stabil sahaja.
- Support pelbagai jenis indicator.
- Support multiple time frame.
- Support banyak currency pair dan symbol yang lain.
- Boleh trading dengan bantuan script dan robot/EA (expert advisor).
- Custom indicator, script, EA banyak yang boleh di download secara percuma.
- Boleh program indicator, script atau EA sendiri dengan MetaEditor.
- User yang ramai, sebarang penyelesaian masalah boleh dicari dengan google.
- Ada dalam versi mobile.
Dalam pelajaran yang sebelum ini kita telah berjaya membuka akaun demo. Sekarang, kita akan menggunakannya untuk belajar dan mencuba pelbagai fungsi yang ada pada MetaTrader 4.
Cara menggunakan order MetaTrader
Instant Execution
- Untuk membuka order, klik icon New Order atau,
- Right click pada chart > Trading > New Order atau,
- Anda boleh tekan F9 pada keyboard sebagai shortcut key.
- Pilih symbol pair yang ingin didagangkan.
- Kemudian tentukan saiz volume (lot) dagangan anda.
- Setkan Stop Loss dan Take Profit. Kalau nak biarkan kosong pun tidak mengapa. Ia boleh diset kemudian.
- Comment boleh diisi jika anda ingin remark apa-apa nota pada trade tersebut. (optional)
- Pilih Type: Instant Execution.
- Akhir sekali tentukan Sell atau Buy. Jika berlaku “Off Quotes” yang berterusan, sila semak talian internet anda atau cuba guna MetaTrader broker lain.
Pending Order
- Cara membuka order adalah sama seperti di atas (instant execution).
- Tentukan symbol pair, Volume, Stop Loss dan Take Profit (boleh diset kemudian).
- Pilih Type: Pending Order
- Pada bahagian Pending Order Type ada 4 jenis yang boleh dipilih. Fungsinya ada diterangkan pada pelajaran pertama; Asas Forex.
- Buy Limit
- Sell Limit
- Buy Stop
- Sell Stop
- Masukkan pada price berapa anda hendak setkan order tersebut.
- Expiry date boleh diset jika anda ingin hadkan tempoh tertentu. Apabila cukup tempoh, pending order tersebut akan dipadam secara automatik.
- Setelah selesai semua, klik pada button Place.
Close & Modify order
- Right click order pada window Terminal (View > Terminal atau tekan button Ctrl+T pada keyboard).
- Popup akan keluar dan pilih Close Order atau Modify. Untuk arahan Delete pula, hanya pending order yang belum execute sahaja boleh di delete.
- Sebagai alternatif, anda boleh click icon X pada bahagian paling kanan untuk menutup atau delete order.
Cara menggunakan technical tools
Membuka new chart window
- Untuk membuka chart window yang baru anda hanya perlu right click pada pair yang diinginkan, kemudian klik Chart Window.
- Cara lain adalah dengan klik File > New Chart > pilih pair.
Menukar chart properties
- Right click pada chart > Properties atau,
- Tekan F8 pada keyboard.
- Anda boleh tukar color mengikut citarasa sendiri atau menggunakan Color scheme yang telah ditetapkan.
- Setting pada tab Common juga boleh ditukar jika perlu.
- Sebaiknya enable fungsi Auto Scroll dan Chart Shift untuk visual yang lebih baik.
Memasukkan indicator
- Pada bahagian Navigator, klik Indicators.
- Pilih jenis indicator yang anda ingin cuba.
- Kemudian right click > Attach to a chart.
- Popup akan keluar untuk menukar setting indicator.
- Klik Ok dan ia akan muncul pada bahagian bawah chart.
- Anda boleh right click pada indicator yang telah dimasukkan untuk delete atau menukar setting properties. Atau right click pada chart > Indicators List (CTRL+I) > pilih indicator > Edit.
Save dan load template
- Anda boleh save chart yang telah diedit dan dimasukkan indicator.
- Ianya disimpan sebagai template dan boleh kita load pada mana-mana chart.
Cara setting indicator forex
Setting yang optimum untuk indicator adalah agak subjektif. Tambahan pula setiap indicator mempunyai fungsi yang berbeza. Ramai trader beranggapan setting default dalam MT4 adalah yang paling optimum untuk trading.
Untuk mengetahui setting apakah yang paling sesuai, anda perlu try & error sendiri.
Biasanya ada setting yang “cepat” dan “lambat”. Yang “cepat” akan terdedah dengan lebih banyak noise, manakala yang “lambat” pula adalah sebaliknya, lebih smooth tetapi signalnya agak ketinggalan (lagging).
Contohnya setting popular:
Moving Average
- 20
- 50
- 100
- 200
- 365
Stochastic
- 5,3,3
- 8,3,3
- 14,3,3
RSI
- 14
- 21
- 34
MACD
- 12,26,9
- 12,24,9
- 8,12,9
- 5,10,5
Ada juga yang menggunakan nombor2 Fibonacci sequence dalam setting indicator mereka, contohnya: 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144
Terpulang kepada pilihan masing2 kerana tiada setting indicator yang benar2 terbaik. Pasti ada pro & con.
Cara mengendalikan object
Antara senarai object: vertical line, horizontal line, trendline, channel, Fibonacci, text, label, rectangle, arrow dan banyak lagi.
Customizing toolbar
- Senarai icon di dalam Line Studies toolbar boleh ditambah atau dikurangkan.
- Right click pada mana-mana bahagian dalam toolbar tersebut > Customize > paparan di atas akan muncul.
Trendline
- Trendline boleh dimasukkan dengan click icon trendline pada toolbar, kemudian drag pada chart.
- Untuk edit trendline, double click sehingga muncul tiga titik seperti dalam gambar di atas.
- Titik tengah untuk mengalihkan kedudukan trendline, manakala titik hujung untuk mengubah kecondongan.
- Titik tengah juga boleh digunakan untuk duplicate trendline. Tekan Ctrl pada keyboard dan drag titik tengah tersebut.
- Right click pada trendline untuk mengubah properties.
- Untuk menjadikan trendline pendek seperti di atas, Parameters > disable Ray.
Crosshair
- Crosshair boleh digunakan untuk mengukur hubungan price dan masa.
- Jika mouse anda ada button tengah (roller), tekan untuk mengaktifkan crosshair.
- Sebagai alternatif, anda juga boleh klik pada icon crosshair di dalam toolbar.
Cara memasang custom indicator, script atau EA
Format fail yang support adalah MQL4 atau EX4. Anda boleh cari dan download fail ini dari laman web, forum dan sebagainya secara percuma.
Cuba lihat indikator custom yang telah saya senaraikan. Klik sini
- Di MetaTrader, klik File > Open Data Folder.
- Copy fail yang anda ingin install.
- Paste dalam folder yang betul:
- Indicator = folder Indicators (contoh dalam gambar di atas)
- Script = folder Scripts
- EA = folder Experts
- Nak masukkan dalam sub folder pun boleh. Contoh; \Indicators\Custom
- Kemudian restart MT4 anda.
- Cari fail yang telah dipasang tadi pada bahagian Navigator.
Cara disable One Click Trading
Saya dapati fungsi One Click Trading ini agak mengganggu trading apabila ada banyak order sedang aktif. Masalahnya adalah ketika kita cuba untuk modify atau delete object di dalam chart, dengan tidak sengaja akan terklik line order tersebut dan popup modify/delete order akan keluar.
Ada dua penyelesaian:
Terlebih dahulu sila buka Tools > Options atau tekan Ctrl+O
Cara 1: Enable Alt key. Maksudnya kena tekan key “Alt” baru boleh drag line order tersebut.
Cara 2: Disable terus fungsi One Click Trading.
Cara install portable MT4
MetaTrader versi sekarang (Build 600 ke atas) agak merumitkan, cuba lihat struktur folder di bawah. Pening kan?
Versi yang sebelumnya lebih mudah untuk dijadikan portable, hanya perlu copy fail yang telah dipasang pada pc. Tujuan aplikasi portable adalah untuk memudahkan ianya dibawa atau dipindahkan. Jadi untuk tutorial ini sila sediakan pendrive atau external hard disk.
Langkah-langkah membuat portable MT4 versi Build 600 ke atas:
1. Buat folder baru di dalam pendrive anda. Terpulang kepada anda untuk meletakkan nama apa.
2. Install MT4 ke dalam folder tadi.
Pastikan anda disable perkara berikut:
- Create a desktop shortcut.
- Open MQL5.community website.
- Launch program after successful installation.
3. Setelah siap install, buka folder tadi dan right click pada terminal (Application) > Create shortcut.
4. Right click pada shortcut yang baru dibuat > Properties. Pada ruangan Target sila tambah /portable (pastikan ada space). Klik Ok.
5. Double click pada shortcut untuk membuka MT4. Ingat, gunakan shortcut ini setiap kali membuka MT4. Untuk menyemak berjaya atau tidak, di MT4 sila klik File > Open Data Folder. Cuba lihat adakah folder yang betul (portable) dibuka.
Anda boleh ulang langkah 3 hingga 5 untuk aplikasi MetaEditor jika ia berguna untuk anda.