Sebelum belajar forex atau terlibat dengannya, ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan.
Berikut adalah REALITI yang anda perlu jawab secara jujur dengan diri sendiri sebelum memulakan langkah pertama ke dalam bidang ini:
Jangan trade Forex jika anda…
Pemalas dan cepat putus asa
Ok, anda seharusnya berhenti di sini. Ini adalah untuk kebaikkan anda sendiri. Jika anda teruskan juga, saya 100% pasti anda akan lebih kecewa nanti kerana tiada benda cepat & senang di sini. Hanya orang yang betul-betul rajin dan tabah sahaja boleh bertahan.
Tak mahu rugi langsung, satu sen pun tak nak
Mana ada business yang tak rugi, masing-masing ada risiko. Dalam 10-100 kali trade mesti ada trade yang rugi. Mustahil nak perfect 100%. Pasang surut dalam perniagaan tu biasalah kan. Jika anda tak mampu terima kerugian, baik jangan mula.
Sedang dalam kesusahan dan ada masalah kewangan yang teruk
Forex adalah perniagaan berisiko tinggi. Jadi sebaiknya trade bila dah ada duit lebih untuk buat modal dan tidak membebankan kehidupan anda.
Anggap Forex sebagai skim cepat kaya dan semudah ABC
Memang tak mustahil untuk cepat kaya atau jadi jutawan Forex. Tapi skill dan pengalaman itu bukan boleh dapat dalam sehari sahaja. Semua kena belajar dan praktis sampai betul-betul faham.
Tiada ketahanan mental dan ada penyakit kronik
Orang yang mudah terganggu emosi dan ada masalah jantung tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam bidang ini.
Ada plan untuk scam orang lain
Dah banyak terjadi kes penipuan ini kat Malaysia. Tak kurang juga yang buat Forex macam MLM, skim ponzi, dsb. Golongan inilah yang banyak mencemarkan nama Forex. Biasanya “sifu” yang pung-pang sana sini sibuk promote skim itu ini adalah berpotensi scammer. Tak semua, tapi selalunya macam tu lah.
Masyarakat kita sudah terlalu biasa dengan bermacam jenis skim pelaburan sampaikan menganggap Forex adalah salah satu dari cabang pelaburan tersebut (yang biasanya berakhir dengan kejadian scam).
Maaf, di sini kita hanya cerita tentang trading, tiada cara senang melabur dan goyang kaki.
Nak senang, kenalah usaha.
Kelebihan Forex
Ok, jika anda BEBAS daripada perkara di atas, bolehlah mula tengok apa yang best sangat tentang forex sehingga menyebabkan ramai berangan nak jadi full time forex trader.
- Majoriti ilmu di sini juga boleh digunakan untuk berdagang pasaran lain seperti saham dan kripto. Tak rugi pun belajar.
- Boleh buat di mana-mana yang anda suka, janji ada internet. Sekarang trade di handphone pun boleh.
- Tiada bos yang arah itu ini. Anda sendiri bos, anda sendiri kuli.
- Nak buat full time atau part time ikut suka masing-masing.
- Tiada orang tengah. Tak perlu cable-cable, bodek sana-sini.
- Modal kecil dan kos transaksi murah.
- Modal minima, keuntungan tanpa batas. (jangan lupa rugi pun ada)
- Boleh buat bila-bila anda suka, pasaran buka 24 jam sehari.
- Tiada persaingan seperti perniagaan konvensional. Maksudnya tak perlu nak berebut-rebut pelanggan.
- Tiada siapa boleh monopoli market. Ingat senang ke nak pusing market $5 trilion tu?
- Risiko terhad. Anda hanya boleh rugi modal yang didagangkan sahaja.
- Banyak material percuma; kelas forex online, download ebook (buku pdf), ada demo account untuk praktis, video tutorial dan ada juga broker yang bagi account bonus percuma tanpa deposit.
Menarik bukan?
Tapi anda harus ingat, proses belajar Forex haruslah dilakukan secara berperingkat (step by step). Tak boleh main lompat-lompat (skip) atau terjun macam tu jer.
Forex jika kita lihat on paper memang nampak senang. Tapi realitinya agak susah.
Apakah tujuan sebenar belajar Forex?
Untuk mengetahui bagaimanakah cara membuat keputusan yang betul, dan untuk meminimumkan kerugian.
Ramai yang abaikan perkara ini kerana terlalu fokus bagaimana nak buat untung.
Berapa lama belajar forex? Bila baru boleh trade betul2?
Semestinya kena korbankan banyak masa. Kejayaan takkan datang tanpa usaha yang keras.
Berdasarkan pengalaman sendiri dan juga rakan2, majoritinya 6 bulan ke atas demo trade barulah boleh cuba trade akaun real.
Itu hanya contoh, bukannya satu tempoh tetap. Bergantung dengan usaha dan rezeki masing2 juga, ada yang boleh berjaya dalam masa singkat dan ada yang perlahan.
Risiko atas tangan masing2.