Belajar Forex: Analisa Teknikal

Analisa teknikal Forex sebaiknya dilakukan secara mudah dan logik. Walaupun ia bukannya tepat 100%, tetapi masih banyak membantu semasa trading.

Chart yang bercelaru dengan pelbagai jenis indicator bewarna-warni seharusnya dielakkan kerana boleh menyukarkan untuk membuat keputusan. Ingat, tiada siapa boleh meramal masa depan termasuklah indicator.

Apa itu analisa teknikal?

Analisa teknikal (TA – Technical Analysis) bermaksud menggunakan perkara asas iaitu historical chart dan cuba memahami tindak balas price (price action) untuk menjangka turun naik pasaran. Ia sudah mencukupi untuk trading jika difahami dengan baik dan digunakan bersama analisa fundamental (bab seterusnya).

Jenis chart

Terdapat tiga jenis chart yang biasa digunakan, iaitu:

  • Line chart
  • Bar chart
  • Candlestick chart

Bar candlestick line chart

Terpulang kepada anda untuk menggunakan yang mana satu. Kebanyakan trader gemar menggunakan candlestick chart kerana ia menunjukkan lebih banyak maklumat berbanding yang lain.

Swing High Low

Buka mana-mana chart di MetaTrader 4. Cuba zoom in/out mengikut tahap selesa mata anda. Perkara paling penting anda boleh mengenalpasti puncak (peak) dan lembah (valley) dengan jelas. Kemudian cuba tandakan high low pada chart tersebut. Jika anda garis/sambung high low tersebut, ia akan mewujudkan pattern zigzag (turun naik).

Swing high low

Mudahkan? Cuba buka chart yang lain pula dan tandakan high low sehingga anda betul-betul mahir.

Support & Resistance

Kalau dah pandai cari high low, maka tiada masalah untuk anda mencari level support & resistance (SR). Support & Resistance adalah zone, bukannya level yang spesifik. Price cenderung untuk retest level ini, sama ada boleh bertahan atau tidak.

Kekuatan S&R dapat diukur dengan melihat kekerapan price kembali (retest) pada zone tersebut. Semakin kerap, maka semakin kurang kebarangkalian untuknya bertahan dan cenderung untuk berlaku breakout. Pastikan anda trade pada zone yang fresh sahaja.

analisis teknikal support resistance zone

  • Support = Zone di bawah market price (Low).
  • Resistance = Zone di atas market price (High).

Kawasan S&R inilah yang kita tunggu untuk trade sebab kebarangkalian price reject zone ini sangat tinggi, sejarah telah membuktikannya. Cuba anda tengok level S&R yang sebelum-sebelum ini. Mesti ada tindakbalas di situ kan?.

Jadi apa position untuk trade jika price retest level ini?

Buy low, Sell high

  • Buy at support
  • Sell at resistance

S&R flip

Berlakunya breakout akan menukar peranan (role reversal) S&R menjadi sebaliknya. S&R flip juga dikenali sebagai Price Pivot Zone (PPZ).

S&R Flip support become resistance
Support become Resistance
S&R Flip resistance become support
Resistance become Support

Struktur pasaran

Price bergerak dalam wave, bukannya bergerak secara lurus sahaja. Wave tersebut boleh kita bahagikan kepada dua momentum, iaitu:

impulsive corrective wave

Impulsive wave

  • Pergerakan arah utama.
  • Perubahan besar dalam masa yang singkat (cepat) = volatility tinggi.

Corrective wave

  • Pergerakan sementara yang juga dikenali sebagai retracement.
  • Perubahan kecil dalam masa yang lama (perlahan) = volatility rendah.

Setelah kenal dengan dua wave tersebut maka boleh kita lihat dengan struktur yang lebih besar, iaitu:

Trending

Jika diperhatikan secara kasar, trend kelihatan seperti tangga di mana price bergerak ke satu arah secara keseluruhan secara berperingkat.

Technical tools yang paling sesuai untuk melukis trend adalah Trendline dengan semudah menyambungkan dua titik high atau low. Anda boleh cuba sendiri di dalam chart. Namun begitu trendline agak subjektif kerana bergantung dengan perspektif masing-masing.

Makna singkatan high low:

  • H = High
  • L = Low
  • HH = Higher High
  • LL = Lower Low
  • HL = Higher Low
  • LH = Lower High

Terdapat dua jenis trend, iaitu:

uptrend downtrend

Uptrend

Semasa uptrend price sentiasa membuat high yang baru (HH) dan juga HL.

Downtrend

Semasa downtrend pula price sentiasa membuat low yang baru (LL) dan juga LH.

Ranging (sideway)

ranging sideway

  • Tiada arah, pergerakan yang mendatar (flat).
  • Jumlah kenaikan lebih kurang sama dengan penurunan.
  • Susunan high low yang tidak sekata.

Chart Pattern

Chart pattern tidak semestinya berbentuk sempurna seperti dalam gambarajah. Kadang kala sahaja ia akan berbentuk sempurna seperti itu. Chart pattern terbahagi kepada dua jenis:

Continuation pattern

Continuation chart pattern

  • Bullish Flag
  • Bearish Flag
  • Bullish Pennant
  • Bearish Pennant
  • Rising Wedge
  • Falling Wedge
  • Bullish Rectangle
  • Bearish Rectangle
  • Symmetrical Triangle
  • Ascending Triangle
  • Descending Triangle

Reversal pattern

Reversal chart pattern

  • Head and Shoulder
  • Double Top
  • Double Bottom
  • Triple Top
  • Triple Bottom
  • Ascending Wedge
  • Descending Wedge
  • Bullish 123
  • Bearish 123
  • Bullish 2B
  • Bearish 2B

Candlestick

Candlestick (CS) adalah satu jenis indicator yang paling banyak digunakan. Walaupun nampak agak rumit pada mulanya, percayalah ia sangat mudah bila dah terbiasa nanti. Candlestick chart ada disertakan di dalam semua jenis trading platform termasuk MetaTrader 4.

Komponen candlestick

bullish bearish open high low close shadow body candlestick

Candlestick Anatomy

1. Body

  • Body panjang = sentimen kuat
  • Body pendek = sentimen lemah

2. Shadow

  • Shadow panjang = rejection kuat
  • Shadow pendek = rejection lemah

Sama panjang atau pendek = buyer dan seller sama kuat atau lemah.

3. Open

  • Price permulaan bagi setiap candlestick.

4. Close

  • Bullish CS close mesti di atas.
  • Bearish CS close mesti di bawah.
  • Tempoh pembentukan CS adalah bergantung dengan time frame yang digunakan.

5. High

  • Price tertinggi yang telah dicapai.

6. Low

  • Price terendah yang telah dicapai.

Candlestick pattern

Terdapat terlalu banyak candlestick pattern yang ada jika anda google. Tapi sebenarnya tidak perlu pun hafal semua pattern tersebut. Malahan jika anda ingin menamakan sendiri pun tiada masalah. Apa yang penting adalah memahami perkara yang berlaku disebalik candlestick tersebut kerana setiap pattern menunjukkan sentimen yang berbeza.

Berikut adalah senarai antara pattern yang biasa digunakan:

  • Hammer (Bullish Pinbar)
  • Shooting Star (Bearish Pinbar)
  • Hanging Man
  • Inverted Hammer
  • Doji
  • Harami (Inside Bar)
  • Dark Cloud Cover
  • Piercing Pattern
  • Bullish Engulfing (Bullish Outside Bar)
  • Bearish Engulfing (Bearish Outside Bar)
  • Morning Star
  • Evening Star

Untuk memudahkan pemahaman tentang candlestick, saya sarankan anda belajar dari video ini: https://www.youtube.com/playlist?list=PL1D544527ED8D7A05

Forex gap

Apa itu Forex gap? Ia adalah perbezaan price antara permulaan minggu baru berbanding dengan penutup minggu sebelumnya. Sebab itu ia lebih dikenali sebagai “weekend gap“. Jika anda perhatikan pada chart, akan nampak pattern lubang atau terputus seperti di bawah.

forex weekend gap

Bagaimana ia boleh terjadi?

Walaupun broker tutup pada hujung minggu, tetapi aktiviti tukaran wang (forex) tidak pernah berhenti. Jadi jika ada perkara besar yang berlaku ke atas ekonomi pada masa tersebut, logiknya price akan berubah. Pada pembukaan minggu baru iaitu hari Isnin, broker anda akan update mengikut price terkini dan semestinya berbeza dari penutup minggu sebelumnya. Maka terjadilah gap!

Liquidity gap

Berbeza dengan weekend gap, liquidity gap biasanya terjadi semasa berita ekonomi yang penting/besar sedang diumumkan. Majoriti trader berada di dalam status menunggu untuk mengelakkan risiko pasaran. Ini menyebabkan tiada liquidity (atau sedikit/kurang) di dalam pasaran sebelum pengumuman dibuat.

Setelah berita diumumkan, semua trader akan memberi reaksi untuk buy atau sell dan price yang boleh diberikan oleh broker mungkin tersasar dari price semasa kerana tiada liquidity pada price tersebut.

Dah tutup atau belum?

Mesti anda ada terdengar trader bercakap tentang gap dah tutup ke belum? Maksudnya price telah berpatah balik ke paras sebelum gap (price penutup minggu sebelumnya).

gap filled

Perkara yang harus diambil perhatian

Tiada siapa pasti sama ada setiap gap akan tutup atau tidak. Gunakannya sebagai peringatan supaya jangan meninggalkan trade berlarutan ke hujung minggu. Jika anda ada SL sekalipun, price opening hari Isnin akan digunakan oleh broker.

Contoh:

  • Anda Buy EUR/USD pada 1.3050 dan SL pada 1.3000 = 50 pips.
  • Katakan ada gap dengan price pembukaan 1.2950. Trade anda akan ditutup pada price tersebut.
  • Sekarang anda telah rugi 100 pips! (1.3050-1.2950).

Indicator asas

Indicator boleh digunakan sebagai alat bantu semasa trading Forex. Kalau anda tak nak guna pun tidak mengapa.

Hakikatnya ramai yang terpedaya dengan indicator kerana terlalu bergantung harap dengannya. Sifat indicator adalah lagging (lambat) kerana memerlukan market price untuk membuat kiraan. Biasanya data kiraan diambil dari open, close, high atau low candlestick.

Indicator ada kegunaan yang tersendiri dan ada kelemahan masing-masing. Ada yang hanya sesuai semasa market trending, ada yang hanya sesuai ketika market ranging. Setiap indicator ada setting tersendiri yang boleh diubah. Tetapi setting yang asal pun sudah memadai untuk berdagang.

Indicator asas metatrader

Senarai indicator di dalam MetaTrader 4

Trend

  • Average Directional Movement Index (ADX)
  • Bollinger Bands (BB)
  • Envelopes
  • Ichimoku Kinko Hyo
  • Moving Average (MA)
  • Parabolic SAR
  • Standard Deviation
  • Heiken Ashi

Oscillators

  • Average True Range (ATR)
  • Bears Power
  • Bulls Power
  • Commodity Channel Index (CCI)
  • DeMarker
  • Force Index
  • MACD
  • Momentum
  • Moving Average of Oscillator (OSMA)
  • Relative Strength Index (RSI)
  • Relative Vigor Index (RVI)
  • Stochastic Oscillator
  • Williams’ Percent Range
  • Volumes
  • Accumulation/Distribution
  • Money Flow Index (MFI)
  • On Balance Volume (OBV)
  • Volumes

Bill Williams

  • Accelerator Oscillator
  • Alligator
  • Awesome Oscillator (AO)
  • Fractals
  • Gator Oscillator
  • Market Facilitation Index

Itu hanya indikator asas yang dah terbina dalam MT4, ada banyak lagi indikator custom yang boleh ditambah ke dalam MT4. Cuba lihat contoh di sini.

Antara indicator popular:

Moving Average (MA)

MA sangat sesuai digunakan ketika market trending. Kelemahan utama MA adalah ketika market ranging, banyak false signal kerana sifatnya yang terlalu lagging (bergantung dengan setting).

Moving Average trend support resistance
MA bertindak sebagai penentu trend serta support & resistance (SMA 50)
Moving Average cross
Moving Average cross (EMA 62 vs EMA 21)

Bollinger Bands (BB)

BB sesuai digunakan ketika market ranging untuk menentukan sama ada market oversold atau pun overbought. Semasa market ranging swing high low dapat dilihat dengan jelas pada upper dan lower band.

  • Upperband bertindak sebagai resistance.
  • Lowerband bertindak sebagai support.
  • Ketika kurang votality, bollinger bands akan menguncup.
  • Ketika market trending, bollinger bands akan mengembang.

Bollinger Bands

Stochastic

Stochastic adalah indicator untuk mengenalpasti momentum atau lebih dikenali sebagai oscillators (leading indicator). Biasanya dipaparkan di bahagian indicator window, bukannya chart window seperti dua indicator sebelum ini (MA/BB).

  • Ada level overbought dan oversold (80/20).
  • Boleh digunakan untuk mencari divergence (topik seterusnya).

Stochastic

Divergence

Fungsi utama analisis divergence adalah untuk mengukur momentum market sama ada semakin melemah atau menguat. Divergence boleh dikatakan sebagai leading indicator kerana kita dapat mengenalpasti lebih awal tanda-tanda perubahan momentum market.

Untuk mencari divergence anda boleh gunakan oscillator seperti RSI, MACD, stochastic, CCI atau lain-lain. Jika price menaik atau menurun sepatutnya oscillator pun ikut sama. Jika tidak, itulah yang dikatakan divergence.

Divergence = Perbezaan antara price dan ocsillator.

Regular divergence

regular divergence

  • Menunjukkan momentum semakin melemah, market ingin bertukar trend (reversal).

Hidden divergence

hidden divergence

  • Menunjukkan momentum semakin menguat, market ingin sambung trend (continuation).

Analisa Multiple Time Frame

Analisa multiple time frame (MTF) adalah proses analisa satu pair dengan time frame (TF) yang berbeza. Price tetap sama di mana-mana TF, yang berbeza adalah perspektif kita.

Di TF kecil (Lower TF: LTF) kita dapat melihat secara lebih detail apa yang berlaku di sebalik TF besar (Higher TF: HTF).

Tujuan trading begini adalah untuk memastikan kita trade sehaluan dengan trend HTF. HTF digunakan untuk mengenalpasti trend dan TP, manakala LTF digunakan sebagai entry dan SL.

Trade with bigger picture!

  • Jika HTF uptrend, maka trade LTF signal buy sahaja. Abaikan signal sell.
  • Jika HTF downtrend, maka trade LTF signal sell sahaja. Abaikan signal buy.

Trading dengan mtf dapat meningkatkan ratio risk:reward kerana:

  • Stop loss dapat dikecilkan dengan entry di LTF.
  • Take profit dapat dibesarkan dengan target di HTF.

Berapa banyak time frame nak guna?

Tak kisahlah berapa banyak yang anda nak guna kerana konsepnya tetap sama. Tetapi saya sarankan 2 TF, maksimum 3 TF. Lagi banyak time frame diguna, lagi keliru dibuatnya.

Senarai time frame MT4

M1, M5, M15, M30, H1, H4, D1, W1 & MN

  • M = Minute
  • H = Hour
  • D = Day
  • W = Week
  • MN = Month

Contoh gabungan time frame, boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing:

  • M1 + M15
  • M15 + H4
  • H1 + D1
  • D1 + MN

Contoh analysis MTF

1. Kenalpasti signal di HTF dan tandakan zone S&R termasuk TP.

MTF analysis HTF

2. Kemudian, tukar ke LTF. Tunggu sehingga terbentuk signal yang sama di LTF. Buat entry, tetapkan SL dan TP.

MTF analysia LTF

3. Sasaran mengena!

MTF analysis target

Breakout & Fakeout

Trading strategi yang sesuai adalah bergantung dengan volatility market.

Breakout

Breakout

  • Banyak berlaku ketika market trending.
  • Jangka masa untuk break S&R adalah cepat dengan perubahan yang banyak.
  • Boleh dikenal pasti dengan melihat body candlestick yang panjang semasa breakout.

Fakeout

Fakeout

  • Banyak berlaku ketika market sideway.
  • Beberapa cubaan untuk break S&R dengan perubahan sedikit sahaja dan price berpatah balik semula.
  • Boleh dikenal pasti dengan melihat spike (shadow) candlestick.

Round number

Round number adalah level psikologi yang boleh bertindak sebagai support & resistance (decision level). Di sinilah tempat banyaknya order atau reaksi daripada trader. Ini disebabkan kita secara lumrahnya lebih alert dengan nombor bulat, simple dan senang untuk dikenal pasti. Begitu juga pedagang pasaran yang lain kerana mereka juga manusia seperti kita.

Kita boleh menggunakan round number sebagai confluence dengan kaedah lain dalam analisa teknikal. Anda boleh melabel sendiri round number dengan horizontal line atau download indicator khas untuk kegunaan tersebut.

Contohnya pair EUR/USD:

  • Round number (RN) = 1.3100, 1.2800, 1.4200 dan sebagainya.
  • Big round number (BRN) = 1.3000, 1.5000, 1.7000 dan sebagainya.

Average range

Ramai yang tidak tahu tentang pentingnya purata gerakan pair dalam tempoh tertentu. Tempoh yang biasa kita ambil adalah purata harian (Average Daily Range: ADR). Tetapi ada juga trader yang menggunakan mingguan (AWR) atau bulanan (AMR). Terpulang kepada strategi masing-masing.

Selepas sesuatu pair mencapai had purata hariannya, ia lebih cenderung untuk ranging sehinggalah berakhir sesi trading hari tersebut. Jika anda ada trade, bolehlah mengambil kira range ini untuk menetapkan target atau pun menutup trading pada hari tersebut.

Pada masa sekarang sudah ada banyak indicator yang boleh mengira average range secara automatik. Jadi tak perlulah bersusah payah untuk membuat kiraan sendiri.

p/s: Anda boleh download indicator untuk Round Number dan Average Range di ruangan blog – 8 Indicator Wajib (MT4)