8 Indikator Forex Wajib (MT4)

Post tentang indikator forex ini ditujukan khas untuk trader baru. Sekiranya anda orang lama atau pro mungkin perkara ini dah biasa dan membosankan. Anda boleh baca artikel lain di ruangan forex blog.

Saya rasa majoriti dari kita menggunakan MT4 untuk trading. Masalahnya MT4 masih kekurangan “tools” yang saya rasa patut dibina terus ke dalam software tersebut.

Jadi untuk itu, alternatif yang kita ada ialah dengan menggunakan custom indicator (.mql4/.ex4). Walaupun ia bukan berfungsi untuk menganalisis atau menghasilkan signal trade, tetapi banyak membantu untuk memberikan info tambahan di skrin komputer anda.

Indikator yang saya share di sini hanya untuk MetaTrader 4 versi desktop (pc/laptop) sahaja. Setahu saya MT4 mobile belum lagi support custom indicator sehingga sekarang (ketika artikel ini ditulis).

Ada beberapa indikator telah saya edit (modified) untuk memberikan visual yang lebih baik. Kredit kepada tuan asal indikator yang sanggup share secara percuma. :)

Di sini saya sertakan beberapa variasi indikator untuk dimuat turun. Sama tapi tak serupa. Sila test dan eksperimen sendiri ok. Adjustlah apa yang patut di ruangan inputs.

Link download saya sertakan di bawah.

8 Indikator Forex Wajib (MT4)

  1. Spread Monitor
  2. Candle Clock
  3. Market Price
  4. Average Daily Range
  5. Line Alert
  6. Round Number
  7. Clean Cut Rectangle
  8. Session

Spread Monitor

Kegunaan indikator ini adalah untuk memantau secara live turun naik spread (floating). Jika anda seorang scalper memang perlu sangat monitor spread untuk mengelakkan entry dibuat semasa spread tengah mencanak.

Candle Clock

Indikator yang sangat simple untuk mengetahui berapa lamakah satu-satu candlestick (atau bar) akan siap sebelum beralih ke candlestick baru yang seterusnya.

Tips untuk melihat kembang-kecut spread pada chart: Right Click > Properties (F8) > Common tab > Show Ask line

Candle Clock Spread

  • BarClock v4 (AAD Mods).ex4 – combo spread dan candle clock
  • P4L CandleTime.mq4 – candle clock sahaja

Market Price

Menghadap chart MT4 dalam jangka masa yang lama memang memenatkan. Lebih-lebih lagi font price pada chart sangatlah halus. Untuk menjimatkan kos anda daripada membeli skrin LCD yang lebih besar, apa kata anda cuba indikator market price ini dahulu. Hehe

Market Price

  • MMPrice THV.mq4
  • Magnified Market Price.mq4
  • ATM_Pure_Market_Price.mq4

Average Daily Range

Seperti yang pernah kita pelajari sebelum ini dalam Siri Belajar Forex, ADR sangat penting untuk mengukur purata gerakan turun/naik sesuatu pair pada hari tersebut. Apabila range yang dianggarkan sudah dicapai, maka bolehlah kita stop trade untuk hari tersebut. Biasanya market akan perlahan dan retrace setelah mencapai purata hariannya.

Untuk pengetahuan anda, Average Range juga boleh digunakan untuk data mingguan (Average Weekly Range – AMR) atau bulanan (Average Monthly Range – AMR).

Pastikan MT4 anda sudah ada history database yang mencukupi untuk indikator membuat kiraan. Caranya, buka time frame berikut: D1, W1 dan MN. Tunggu sehingga candlestick muncul dan status “Waiting for update” hilang dari chart anda.

ADR AWR AMR

  • RANGE_TRADER_9.09 Labais53.mq4 – ada info spread sekali
  • Average Daily Range Pro Calculator.mq4 – boleh generate hi/lo line
  • iADTRCalculator_Pro.ex4 – lebih kurang sama seperti di atas

Line Alert

Duduk termenung tengok chart sambil menunggu level break/touch adalah kerja yang sangat membosankan.

Gunakan indikator line alert untuk mengatasi masalah anda, tak perlu lagi melekat di depan skin komputer. Sangat mudah digunakan.

Selepas insert indikator pada chart, satu horizontal line akan muncul. Double click pada line dan drag untuk mengalihkannya.

Anda boleh memasukkan lebih dari satu garisan ini dengan memasukkan sekali lagi indikator dan edit nama (Inputs > LineName = Tukar value “MyLine_1”) supaya menjadi unik (tidak sama dengan yang lain).

Hline Alert

  • HLine Alert mod.mq4 – untuk horizontal line (popup + bunyi)
  • TLine Alert.mq4 – untuk trendline (bunyi sahaja)
  • TrendLine Alert.mq4 – semi-auto untuk kedua-dua jenis line. Anda lukis line macam biasa, kemudian masukkan indikator pada chart. Bila price kena mana-mana line anda, alert akan berbunyi.

Round Number

Satu lagi kelemahan yang ketara dalam MT4 adalah fungsi grid yang tidak berguna.

Tips; tekan CTRL+G untuk turn on/off grid dalam chart MT4 anda.

Sekiranya anda lihat dalam trading platform lain mereka lebih cenderung untuk menggunakan grid dalam bentuk nombor yang sudah dibundarkan atau lebih dikenali sebagai nombor bulat (round number).

Dalam trading, round number boleh digunakan sebagai support & resistance terutamanya BRN (Big Round Number) kerana ada faktor psikologi di situ.

Round Number

  • SweetSpots GOLD.mq4
  • SweetSpots GOLD mod v1.mq4
  • SweetSpots GOLD mod v2.mq4
  • Grid_v2.ex4

Clean Cut Rectangle

Walaupun indikator ini untuk SnD, tetapi saya sendiri banyak menggunakannya untuk melukis zone SnR. Ia berfungsi untuk memanjangkan kotak ke hujung chart secara automatik. Chart menjadi lebih kemas dah teratur.

Indikator ini bertindak secara semi-auto. Anda perlu lukis zone secara manual terlebih dahulu menggunakan “rectangle”. Tak jumpa rectangle? Klik sini.

Supply Demand Rectangle

  • SD_Rectangle_v1.1_Dark.ex4
  • SD_Rectangle_v1.1_Light.ex4
  • GilbenCleancutCubev102.ex4

Session

Indikator session berfungsi untuk menandakan waktu bermula dan berakhirnya sesi ekonomi utama dunia seperti Asia (Sydney/Tokyo), Frankfurt, London dan US.

Yang ini agak tricky sedikit kerana bergantung dengan time zone server broker anda. Jadi anda perlu buat pelarasan dalam setting indikator tersebut.

Pastikan anda menggunakannya di time frame M15 ke bawah untuk mendapat visual yang lebih jelas.

Istilah & singkatan yang biasa digunakan:

Frankfurt Open – FO
London Open – LO
New York Open – NYO
London Close – LO

Session

  • Xi-VLines v1.02 mod.mq4
  • Session Open V-Line Indi mod.mq4
  • i-ParamonWorkTime mod.mq4

Alternatifnya anda boleh guna session/market di forexfactory.com. Saya lebih prefer guna yang FF ni kerana saya tak suka tempek macam-macam dalam chart, serabut.

Download (percuma)

Akhir sekali setelah selesai setting sana-sini dan anda puas hati dengan setup chart anda, maka jangan lupa untuk save as template (.tpl).

Jadi nanti tak perlu dah nak setting semula. Hanya load template yang telah anda save tadi. Malah kalau anda nak share .tpl tu dengan rakan-rakan lain pun boleh. Tapi jangan lupa sertakan indikatornya sekali.

Sila ke ruangan belajar forex – metatrader jika anda tak tahu bagaimana nak install dan masukkan indikator MT4.

Saya juga sarankan anda supaya enable Auto Scroll dan Chart Shift di MT4.

Auto Scroll Chart Shift Mt4

Tips; jika indikator masih ada selepas anda delete dari chart, cuba tukar-tukar timeframe untuk menghilangkannya. Ada juga objek lain seperti rectangle atau garisan perlu dibuang secara manual.

Semoga bermanfaat!

10 thoughts on “8 Indikator Forex Wajib (MT4)”

  1. Semoga Allah memberkati Tuan sekeluarga.

    Banyak yang saya belajar disini. Harap Tuan halalkan semua.

    Teruskanlah usaha Tuan yang mulia ini.

    Alhamdulillah dan Terima Kasih

  2. Terima kasih byk tuan,Saya baru bermula 4 hari yg lalu,nfo yg ada kat cni cukup brguna buat sy belajar.

    Trm ksh skali lg.

  3. saya budak baru belajar

    selamat sejahtera encik Bomoh Pip. saya baru nak berjinak-jinak belajar Forex ni, nak try cari duit sampingan. walaupun saya tak berapa faham sangat tapi saya cuba jadikan website encik ni sebagai rujukan saya lepas ni. terima kasih banyak atas tunjuk ajar encik dalam ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *