Analisa fundamental Forex adalah kajian terhadap data makroekonomi dan kesannya kepada nilai mata wang sesebuah negara. Lebih dikenali sebagai FA (Fundamental Analysis), membolehkan trader melihat secara keseluruhan apakah trend yang sedang berlaku dan membuat jangkaan hala tuju sesuatu currency untuk jangka masa panjang.
Majoriti trader baru tak suka trade dengan FA, kerana lebih seronok bermain serta modify technical tools di dalam chart. Namun realitinya anda takkan boleh lari dari FA kerana turun naik pasaran adalah berpunca dari faktor fundamental.
Seringkali kita mendengar trader mengatakan FA adalah trading news. Fakta ini kurang tepat sebenarnya kerana trading news hanyalah sebahagian kecil dari FA.
Central Bank
Central bank adalah pemegang peranan terbesar dalam ekonomi sesebuah negara. Secara asasnya tugas mereka adalah mengarah dasar kewangan (dasar monetari) negara untuk mencapai sasaran tertentu.
Central Bank = Bank Pusat = Bank Negara
Di Malaysia kita ada BNM (Bank Negara Malaysia). Berikut adalah senarai central bank yang berkaitan dengan major currency:
Negara | Bank Pusat |
---|---|
United States | Federal Reserve (Fed) |
United Kingdom | Bank of England (BOE) |
European Union | European Central Bank (ECB) |
Japan | Bank of Japan (BOJ) |
Australia | Reserve Bank of Australia (RBA) |
New Zealand | Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) |
Switzerland | Swiss National Bank (SNB) |
Canada | Bank of Canada (BOC) |
China | People's Bank of China (PBOC) |
Central bank beroperasi sama seperti organisasi lain, iaitu ada ketua (leader, chairman, governor dan sebagainya). Tugas mereka adalah sebagai wakil yang akan melaporkan perubahan dalam dasar kewangan. Pembentangan ini termasuk perubahan interest rate, perkembangan dan hala tuju ekonomi.
Hawkish
- Central bank memilih langkah yang agresif menaikan interest rate untuk memerangi inflasi walaupun terpaksa memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan.
- Beranggapan inflasi memberikan kesan besar dan berisiko tinggi.
- Market sentimen: Bullish
Dovish
- Central bank memilih untuk tidak agresif dalam kenaikan (atau mengekalkan) interest rate dan lebih mementingkan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan.
- Beranggapan inflasi memberikan kesan minimum dan berisiko rendah.
- Market sentimen: Bearish
Fiscal dan Monetary Policy
Fiscal policy merujuk kepada matlamat ekonomi yang diharapkan oleh kerajaan berkenaan cukai, perbelanjaan dan pinjaman.
Monetary policy adalah satu set tindakan yang digunakan oleh central bank untuk mencapai Fiscal policy. Perubahan dalam monetary policy dilakukan secara berperingkat dan perlahan kerana central bank mahukan kestabilan, bukannya kejutan. Tujuannya adalah untuk mengawal:
- Interest rate.
- Kenaikan inflasi.
- Bekalan wang.
- Keperluan rizab ke atas bank-bank.
- Pinjaman diskaun kepada bank perdagangan.
Terdapat tiga dasar kewangan:
Dasar menguncup
Mengurangkan saiz aliran wang atau meningkatkan interest rate.
- Memperlahankan pertumbuhan ekonomi.
- Inflasi meningkat dengan perlahan.
- Pinjaman wang lebih sukar dan lebih mahal.
- Mengurangkan perbelanjaan dan perlaburan pengguna serta perniagaan.
Dasar mengembang
Meningkatkan saiz aliran wang atau menurunkan interest rate.
- Mewujudkan pertumbuhan ekonomi.
- Inflasi meningkat dengan cepat.
- Pinjaman wang lebih senang dan murah.
- Meningkatkan perbelanjaan dan pelaburan.
Dasar neutral
Tidak menggalakkan pertumbuhan atau mengurangi inflasi.
- Biasanya berlaku apabila kadar inflasi yang disasarkan telah dicapai.
- Kurang campur tangan dari central bank, mereka membiarkan market mengimbangi kadar inflasi.
Interest Rates
Interest rate merupakan kadar faedah yang dikenakan kepada bank komersial apabila membuat pinjaman dari central bank. Walaupun terdapat pelbagai panggilan mengikut negara masing-masing, ia tetap merujuk kepada perkara yang sama.
Negara | Interest Rate |
---|---|
US | Federal Funds Rate |
UK | Official Bank Rate |
EU | Minimum Bid Rate |
Japan | Discount Rate |
Australia | Cash Rate |
New Zealand | Official Cash Rate |
Switzerland | Overnight Rate |
Canada | Libor Rate |
Interest rate ditetapkan oleh central bank untuk mengawal kadar inflasi supaya berada ditahap yang stabil dengan perkembangan ekonomi.
Sekiranya central bank ingin memerangi inflasi, mereka akan meningkatkan interest rate.
Manakala untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, mereka akan menurunkan interest rate.
Jadi boleh dikatakan data interest rate adalah indicator utama dalam analisa fundamental.
Rate Hike
- Memperlahankan kadar pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
Rate Cut
- Menggalakkan kadar pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
Anda boleh mendapatkan data interest rate yang lebih detail di http://www.fxstreet.com/economic-calendar/world-interest-rates/
Inflasi & Pekerjaan
Kadar interest rate tidak boleh berada di tahap rendah untuk terlalu lama, suatu ketika ia perlu dinaikkan semula. Sebagai contoh, pengguna senang untuk berbelanja dengan membuat pinjaman kerana kadar faedah yang rendah. Ini membolehkan mereka membuat perancangan untuk membeli barangan besar seperti rumah dan kereta.
Logiknya untuk menampung permintaan yang semakin banyak, pembuat barangan tersebut memerlukan lebih ramai pekerja dan menyebabkan kos semakin meningkat. Ini sekaligus akan mempercepatkan peningkatan harga barangan tersebut. Inilah sebabnya interest rate rendah boleh mempercepatkan kadar inflasi pada masa yang sama. Jika keadaan ini tidak terkawal, boleh menyebabkan hiperinflasi.
Jadi central bank sebenarnya menyasarkan kestabilan dalam perkembangan ekonomi, lebih banyak pekerjaan dan lebih ramai pembayar cukai. Manakala pengguna pula lebih yakin berbelanja dengan tiada kenaikan mendadak harga barangan.
Quantitative Easing
Pada masa sekarang kita kerap mendengar berita tentang QE pada currency sesebuah negara.
Apakah QE ini sebenarnya?
QE adalah salah satu daripada dasar kewangan (dasar mengembang) untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan dengan meningkatkan aliran wang (money supply) ke dalam pasaran. QE dijalankan apabila kaedah menurunkan interest rate yang konvensional (membeli short-term government bond) tidak lagi efektif untuk dilaksanakan. Keadaan ini biasanya berlaku apabila interest rate berada di paras atau menghampiri 0% tetapi kemelesetan ekonomi masih tetap berlaku.
QE merupakan jalan terakhir untuk meransang pertumbuhan ekonomi.
QE juga dikenali sebagai “printing money” walaupun ia bukanlah bermaksud mencetak wang dalam bentuk fizikal dan menaburkannya ke seluruh negara.
Central bank akan mewujudkan sejumlah wang dan menggunakannya untuk membeli aset (longer maturity government bond) dari bank komersial dan institusi kewangan lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan money supply kepada institusi kewangan tersebut dengan hasil jualan aset bagi membolehkan mereka memberikan pinjaman dengan interest rate yang rendah. Ini menggalakkan pengguna dan perniagaan untuk membuat pinjaman. Kadar perbelanjaan yang meningkat akan meransang aktiviti ekonomi menjadi lebih rancak.
Bergantung dengan skala QE tersebut, walaupun menggalakkan pertumbuhan ekonomi tetapi peningkatan money supply yang terlalu cepat boleh menyebabkan inflasi yang tinggi. Itulah sebabnya QE dilakukan secara berperingkat.
Tapering
Sekiranya keadaan ekonomi telah menjadi semakin baik dengan kadar inflasi dan pengangguran terkawal, Tapering akan dilaksanakan untuk meredakan QE dari central bank. Jika tapering dilakukan terlalu awal, ia akan boleh membawa kepada kegawatan ekonomi. Manakala jika tidak dilaksanakan lansung, kadar inflasi pula akan meningkat. Oleh itu ia dilakukan secara beransur-ansur. Sama ada untuk diteruskan atau tidak, pelaksanaan tapering banyak bergantung dengan keadaan ekonomi semasa.
Negative interest rates
Negative interest rate adalah senjata baru dalam monetary policy untuk memerangi deflasi dan meransang ekonomi. Maksud yang paling senang untuk digambarkan adalah mengenakan caj kepada penyimpan wang termasuk bank. Ini menyebabkan bank tiada pilihan lain dan terpaksa memberikan pinjaman kepada pengguna dan perniagaan. Pinjaman akan menjadi lebih menarik kerana faedah yang rendah. Strategi ini juga akan memaksa penyimpan wang untuk berbelanja kerana ia lebih baik daripada dikenakan caj faedah menyimpan wang.
Matlamat negative interest rate adalah sama dengan QE, iaitu meningkatkan aliran wang di pasaran. Namun tiada siapa pasti tentang keberkesanan strategi ini.
Faktor yang mempengaruhi nilai mata wang
Perkembangan ekonomi
- Ekonomi yang kukuh = Pengguna dan perniagaan lebih yakin untuk berbelanja. Perniagaan pula dapat meraih keuntungan dan membolehkan mereka membayar cukai kepada kerajaan. Nilai mata wang akan meningkat dengan perkembangan ekonomi yang positif.
- Ekonomi yang lemah = Hanya kerajaan yang berbelanja kerana pengguna dan perniagaan takut untuk mengeluarkan wang. Mereka lebih suka menyimpan kerana kurang yakin dengan keadaan ekonomi. Nilai mata wang akan menurun ekoran kurangnya aliran dalam pasaran.
Aliran tunai
- Sekiranya ekonomi negara tersebut kukuh dan interest rate yang tinggi, lebih ramai pelabur luar akan melabur. Ini mewujudkan lebih banyak demand terhadap mata wang negara tersebut.
- Keadaan sebaliknya jika ekonomi yang kurang baik dan interest rate rendah. Supply melebihi demand dan menurunkan nilai mata wang tersebut.
Trade balance
- Positif (surplus) = Lebih banyak eksport berbanding import. Nilai mata wang meningkat kerana banyak tukaran wang dari negara pengimport.
- Negatif (deficit) = Lebih banyak import berbanding eksport. Nilai mata wang menurun kerana lebih banyak tukaran wang kepada negara pengeksport.
Politik
- Keadaan politik yang stabil mewujudkan keyakinan terhadap ekonomi yang boleh mempengaruhi hubungan dengan negara luar selaku pengimport atau pengeksport.
- Keadaan politik kurang stabil membawa kesan sebaliknya.
Kalendar Ekonomi
Kalendar ekonomi merupakan satu jadual laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh negara bagi currency yang terlibat. Antara kalendar terbaik dan senang digunakan adalah kalendar di ForexFactory.com kerana interface yang ringkas dan padat dengan info.
Sebelum itu, pastikan anda telah setkan jam kalendar tersebut supaya selari dengan timezone di tempat anda. Jika anda tinggal di Malaysia, gunakan GMT +8 dan pastikan DST off (daylight saving time).
- Sekiranya anda bukan ahli di ForexFactory.com, setting time zone tersebut adalah sementara sahaja. Ia perlu diset semula sekiranya anda clear history/cache browser.
- Manakala untuk member, anda hanya perlu login dan setting yang telah dibuat sebelum ini akan load secara automatik. Klik http://www.forexfactory.com/join.php untuk mendaftar (percuma).
Economic Indicator
Beige Book
Laporan dari Fed dua minggu sebelum Federal Open Market Committee (FOMC) meeting (berkenaan interest rates) untuk memaklumkan ahli tentang perubahan ekonomi sejak meeting terakhir.
Philadelphia Fed Survey
Kaji selidik prospek perniagaan yang digunakan sebagai trend indicator dalam sektor pembuatan di Philadelphia. Juga dikenali sebagai Philly Fed Manufacturing Index.
Consumer Confidence Index (CCI)
Ukuran terhadap tahap optimistic (banyak berbelanja) atau pessimistic (kurang berbelanja) pengguna dalam ekonomi dalam masa terdekat.
Consumer Credit Report
Laporan hutang pengguna dalam membeli barangan dan perkhidmatan yang bukan berbentuk pelaburan iaitu barangan cepat susut nilai. Ia juga termasuk perbelanjaan yang dibuat dengan kad kredit dan pinjaman.
Consumer Price Index (CPI)
Perubahan harga barangan dan perkhidmatan (kos hidup). Kenaikan cepat dalam masa singkat menandakan peningkatan inflasi, manakala penurunan CPI dalam tempoh singkat menandakan berlakunya deflasi.
Durable Good Orders
Kadar tempahan baru kepada pengeluar dalam negeri untuk menghantar barangan tahan lama bagi pengilangan.
Employment Cost Index (ECI)
Laporan suku tahunan oleh Jabatan Buruh US bagi mengukur pertumbuhan kos pampasan pekerja (gaji dan faedah).
Employment Situation Report
- The Unemployment Rate = Peratusan pengangguran.
- Non-Farm Payroll Employment = Kadar pekerja dalam sektor industri (tidak termasuk sektor pertanian).
- Average Workweek = Purata jam seminggu bekerja dalam sektor industri.
- Average Hourly Earnings = Purata pendapatan setiap jam untuk industri utama.
Existing Home Sales
Kadar permintaan dalam sektor hartanah sedia ada.
Factory Orders
Laporan tahap dolar untuk tempahan baru kilang bagi kedua-dua jenis barang tahan lama dan tidak tahan lama. Boleh dipecahkan kepada 4 bahagian:
- New Orders = Peningkatan atau penurunan tempahan.
- Unfilled Orders = Kadar tunggakan dalam pengeluaran.
- Shipments = Kadar jualan semasa.
- Inventories = Menunjukkan kekuatan pengeluaran semasa dan masa hadapan.
Gross Demestic Product (GDP)
Nilai kewangan bagi semua barang siap dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara untuk tempoh tertentu, biasanya dikira pada asas tahunan.
Housing Starts
Bilangan projek kediaman baru yang dimulakan setiap bulan.
Building Permits
Kadar perubahan jumlah isu permit pembinaan.
Building Approvals
Kadar perubahan jumlah pembinaan yang diluluskan.
Industrial Production (IPI)
Laporan bulanan terhadap jumlah output industri pengilangan, perlombongan, elektrik dan gas.
Initial Claims
Jumlah individu yang memfailkan tuntutan insuran pengangguran untuk pertama kali. Tuntutan yang tinggi menunjukkan kelemahan dalam ekonomi (pekerjaan). Juga dikenali sebagai Claimant Count Change, Jobless Claims dan Unemployment Claims.
Money Supply
Stok keseluruhan mata wang dan instrument lain dalam ekonomi sesebuah negara pada masa tertentu.
Fund Flow
Kadar bersih aliran tunai masuk dan keluar dari pelbagai aset.
ISM Non-Manufacturing Index
Indeks bancian oleh ISM (The Institute for Supply Management) berdasarkan pembelian dan bekalan yang dibuat pengurus lebih daripada 400 syarikat bukan perkilangan dalam 60 sektor di seluruh negara.
Personal Income and Outlays
Ukuran terhadap pendapatan peribadi dan perbelanjaan bulanan.
Producer Price Index (PPI)
Indeks harga belian dan jualan barangan dan perkhidmatan daripada pengeluar.
Productivity
Ukuran output (inventori perniagaan) per unit input (buruh dan modal). Menunjukkan trend pertumbuhan buruh, tahap gaji dan peningkatan teknologi.
Purchasing Managers Index (PMI)
Petunjuk kepada sektor pembuatan yang terdiri dari 5 asas utama; tempahan baru, tahap inventori, pengeluaran, penghantaran pembekal dan persekitaran pekerjaan.
Retail Sales
Kadar agregat jualan barangan runcit di seluruh negara dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Trade Balance
Kadar perbezaan import dan eksport sesebuah negara untuk bulan sebelumnya.
Wholesale Trade (WPI)
Indeks harga borong barangan.
Anda boleh dapatkan data indicator ekonomi yang lengkap di sini: http://www.tradingeconomics.com/
Perkara penting dalam kalendar ekonomi
- Bilakah masa news release?
- Apakah mata wang terlibat?
- Berapa kuat kesannya?
- Merah = Kuat
- Oren = Sederhana
- Kuning = Lemah
- Actual = Data sebenar
- Forecast = Jangkaan umum
- Previous = Data sebenar yang sebelumnya
Cara mentafsir laporan ekonomi
- Actual > Forecast = Good for currency
- Actual < Forecast = Bad for currency
- Actual > Forecast > Previous = Very good for currency
- Actual < Forecast < Previous = Very bad for currency
- Actual = Forecast = Neutral
Masihkah anda ingat Forex didagangkan dalam pair? Sebagai contoh data actual untuk USD adalah positif. Maka EUR/USD akan menurun kerana USD lebih kuat berbanding EUR.
News & Market data
Berita dan data ekonomi boleh diakses secara percuma. Terlalu banyak jika anda pandai mencari dan memanfaatkannya. Antara sumber yang boleh digunakan:
Buka Google.com dan search “forex news” atau nama currency (contoh: USD) atau pair (contoh: EURUSD). Perhatikan ruangan “In the news” dan klik “More news for …”.
Website lain: