Senarai Taktik Penipuan Forex – Awas!

Penipuan Forex tak pernah berhenti, apatah lagi di zaman duit sekarang. Tekanan hidup adalah alasan utama kita terjebak dengan perkara sebegini.

awas penipuan forex

Scam = Penipuan

Sasaran mudah adalah mereka yang baru hendak bermula dan masih tidak tahu apa-apa. Tidak kurang juga mereka yang sudah lama tetapi masih mencari cara bagaimana untuk berjaya.

Kes penipuan Forex selalunya berpunca dari kita sendiri yang lalai, tamak dan terlalu mudah percaya.

Yang lebih teruk adalah sikap “tak pernah serik” orang kita. Setiap tahun ulang perkara yang sama, kena tipu skim itu ini.

Ego, tidak mahu mendengar nasihat dan teguran orang lain.

Saya cukup anti dengan kaki scam ini kerana merekalah nama Forex menjadi busuk. Persepsi orang ramai terhadap Forex turut berubah dan menganggapnya sebagai pelaburan haram. Forex bukanlah pelaburan, tetapi perniagaan!

Jika anda pernah menjadi mangsa tipu, maka sebarkanlah berita tersebut sebagai peringatan kepada yang lain.

Perkara yang selalu dijanjikan

  • Keuntungan berlipat kali ganda dengan cara mudah sambil goyang kaki.
  • Jaminan tak akan loss dalam apa jua keadaan market.
  • Pengetahuan atau teknik baru yang power dan belum terdedah.

Senarai penipuan Forex yang biasa terjadi

Walaupun bukan semuanya tipu, tetapi kebarangkalian untuk terjadi adalah sangat tinggi. Jadi eloklah sekiranya anda sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan percaya bulat-bulat, sentiasa persoalkan sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Pengurus akaun

Mereka mengiklankan servis dengan janji manis beserta bukti dan testimonial (yang tidak pasti betul atau tidak) yang membuatkan pelabur mudah terpedaya. Banyak terjadi dalam keadaan offline kerana majoriti sasaran mereka adalah orang yang tidak tahu langsung tentang Forex. Wang akan dikumpulkan dibawah satu akaun (pool account) dan mereka akan trade, katanya.

Banyak terjadi kes bawa lari duit, dan apabila ditanya jawapannya cukup mudah iaitu sudah loss (kononnya). Pelaburan haram seumpama ini adalah salah disisi undang-undang negara kita.

Pada pendapat saya, sekiranya ingin melabur gunakanlah platform yang betul seperti akaun PAMM atau Copy Trade. Di situ kita dapat membuat penilaian, pemantauan dan bebas untuk menguruskan dana akaun masing-masing. Alternatif lain, carilah trader yang sudah ada track lama menjadi fund manager, bukannya setahun jagung.

Ebook Forex

Jika anda sudah lama dalam bidang ini (Forex), mesti anda perasan majoriti ebook hampir sama kandungannya dengan ebook lain serta laman web yang boleh diakses secara percuma. Kadangkala ebook yang dijual terlalu mahal. Sedangkan apa yang diajar adalah perkara asas sahaja. Ada juga yang menambah “perisa” dengan teknik rahsia kononnya. Cuba fikirkan secara logik, mengapa perlu jual ebook jika ada teknik rahsia yang boleh menjana keuntungan?

Kebanyakkan penulis ebook ini bukanlah trader sebenar tetapi hanyalah seorang internet marketer.

Tetapi bukan semuanya tak elok, jangan salah faham pula.

Agak susah sebenarnya nak jumpa ebook yang betul-betul berbaloi untuk dibeli. Penulis ebook yang bagus biasanya banyak memberikan sumbangan ilmu di forum atau media sosial. Jadi secara tidak lansung kita sudah tahu kredabiliti trader/penulis tersebut.

Kelas Forex

Walaupun trend kelas Forex semakin berkurang untuk tipu duit orang, tetapi masih ada juga yang masih berani melakukannya. Tak kisahlah kelas online atau pun offline, bayaran bukan main mahal sampai RM40k pun ada. Apa yang diajar hanyalah perkara basic yang majoriti semua orang sudah tahu. Kebanyakkannya menggunakan kelas sebagai batu loncatan untuk mengumpul duit para pelabur. Paling tidak pun untuk mengumpul komisen affiliate.

Nak jumpa trader yang sebenar untuk mengajar merupakan satu perkara yang sangat rare. Logiknya buat apa nak buka kelas kalau dah boleh trade sendiri yang lebih menguntungkan dan menjimatkan masa.

Bukan semua ok. Cuma pastikan ilmu yang diberikan adalah setimpal dengan yuran yang dikenakan.

Robot Forex (Expert Advisor)

Scam robot banyak berlaku semasa industri Forex mula meletup suatu ketika dahulu. Ramai trader terpedaya dengan screenshot keuntungan yang tidak masuk akal dalam masa singkat. Dah tu autopilot pula, tengah tidur pun robot menjana duit tanpa henti, mesin ATM pun kalah kalau begitu.

Setakat ini saya belum jumpa lagi EA yang konsisten. Kalau ada pun pemiliknya tidak akan mendedahkan kepada umum, apatah lagi untuk menjualnya.

Perompak Online

Sebenarnya saya tak tahu nak gelarkan mereka sebagai apa. Yang paling hampir, penciplak lah kot. Kerap terjadi pada ebook atau EA. Beli atau dapatkan dari mana-mana sumber, kemudian jual semula dengan harga yang jauh lebih murah tanpa pengetahuan atau persetujuan pemilik asal.

Ada juga yang lebih advanced compile benda free lepas tu jual semula. Low risk high return katanya…

Kepada perompak online (dan juga pembeli barang rompakan), hormatilah hasil kerja orang lain (pemilik asal).

Tak berkat kerja macam tu…

Signal Forex

Masih ada ke orang menjual signal pada masa sekarang? Saya pun tak pasti, tapi rasanya dah jauh kurang berbanding dahulu. Syukur, ini menunjukkan golongan trader dah semakin pandai dan yakin dengan kebolehan diri sendiri. Untuk memilih signal provider tidaklah susah, pastikan mereka ada track record (atau investor password) yang baik dalam jangka masa lama serta mendapat rating tinggi dari pelanggan yang lain.

Broker

Jangan ingat semua broker itu jujur, ada juga broker penipu besar. Ini biasa terjadi pada broker yang masih baru. Mereka memberikan servis yang baik pada mulanya. Kemudian timbul bermacam masalah dengan pelbagai alasan. Akhirnya mereka hilang begitu sahaja.

Ingat, awas jika ada broker baru yang mencurigakan dengan menawarkan pelbagai pelan pelaburan pelik.

Bagi saya regulated atau tidak, itu perkara kedua. Cuba tengok apa dah jadi dengan FXCM. Broker otai macam tu pun tak boleh dipercayai. Macam-macam boleh jadi, jadi diversify modal dalam beberapa broker adalah jalan terbaik.

MLM/Skim Piramid/HYIP

Ya, scammer pun semakin bijak. Memang mengelirukan apabila servis ala-ala broker tapi sebenarnya adalah MLM atau pun skim ponzi. Biasanya ada “pelan pelaburan” ditawarkan dengan keuntungan tetap mengikut tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan dan sebagainya. Jika anda perasan marketing mereka bukannya ditujukan kepada trader, tetapi lebih menjurus untuk mencari investor. Agak berbeza dengan cara marketing broker sebenar.

Apabila dah semakin kurang pelabur baru, maka wang tidak akan dapat rolling dengan baik. Jadi timbul lah masalah seperti; sistem kena hack, masalah hosting provider, akaun kena block, business partner belot, kena rush dengan FBI dan sebagainya.

Walaupun ada berbagai alasan tidak logik, tapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur… orang kita tidak pernah serik.

ETA

Ini adalah satu trend baru pada masa sekarang di Malaysia. ETA merupakan program popular untuk kaki emas suatu ketika dahulu. Tetapi orang ambil idea tersebut untuk Forex pulak, pandaikan? Duit pelabur akan diambil dahulu, kemudian dalam tempoh tertentu akan dikembalikan beserta keuntungan dalam bentuk barangan atau wang. Tapi kebanyakkannya habuk pun tak ada, semua lesap entah ke mana.

Cloud Mining

Saya rasa yang cloud mining ini pun patut masuk dalam senarai. Ramai yang ambil kesempatan di atas populariti Bitcoin (Cryptocurrency) setahun dua ini. Persoalannya macam mana nak sahkan company yang buat mining tu betul-betul buat kerja tu? atau hanya rolling duit macam money games yang lain?

Tahun lepas (2016) sahaja dah berapa ramai yang tersungkur. Kesian, harap belajar dari kesilapan. 🙁 Kalau nak juga mining bitcoin (atau alt coin lain), tak ada cara paling selamat selain dari setup equipment sendiri.

Cara mengelak dari terkena tipu

  • Membuat perbincangan di forum-forum Forex, Facebook dan sebagainya.
  • Baca review dari banyak tempat/sumber.
  • Cuba google tentang masalah produk/servis tersebut.
  • Rajinkanlah diri untuk berusaha dengan belajar menggunakan material yang ada. Jangan terlalu menganggap yang berbayar adalah terbaik.

Apa-apa pun, duit masing-masing, risiko masing-masing. Tepuk dada tanya selera poket…

20 Comments

  1. IFX KL November 11, 2015
    • Bomoh Pip November 30, 2015
  2. nirwana January 17, 2016
    • Bomoh Pip January 19, 2016
  3. Saff March 19, 2016
    • Bomoh Pip June 7, 2016
  4. InstaForex Kuala Lumpur June 2, 2016
    • Bomoh Pip June 7, 2016
  5. Aafx June 24, 2016
  6. Ahmad September 25, 2016
    • Bomoh Pip November 7, 2016
  7. Dydy December 16, 2016
    • Bomoh Pip January 10, 2017
  8. NiO January 13, 2017
  9. cge January 30, 2017
    • Bomoh Pip January 30, 2017
  10. Mai February 16, 2017
    • Bomoh Pip February 23, 2017
  11. ariffin silan March 5, 2017
    • Bomoh Pip March 6, 2017

Leave a Reply