MocazOk, kali ini nak cerita tentang Mocaz pula. Jika anda orang lama dalam Forex, mungkin anda tahu siapa trader otai Malaysia yang menjadi tunjang kepada broker ini.

Pada permulaan penubuhan broker ini saya agak skeptical sebenarnya. Sebab dah ada sejarah beberapa broker yang di asaskan anak tempatan sebelum ini kecundang hilang entah ke mana.

Tapi kali ini ternyata sangkaan saya meleset sama sekali.

Pertama kali saya lihat broker “local” yang sangat bagus dari semua sudut; pengurusan, sokongan, komuniti, trading condition, dsb.

Dan yang paling penting sentiasa ada pembaharuan dibuat. Semakin lama semakin bagus. Website pun dah semakin cantik sekarang, senang nak navigate.

Update: Sekarang dah boleh guna Google Authenticator sebagai security tambahan di Smart Vault (account cabinet). Satu fungsi yang saya sendiri dah lama tunggu. Biasa saya guna di hosting/wordpress sahaja, tapi kali ini di broker forex pulak. Hihi memang best!

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila buka website rasmi

Spesifikasi Mocaz

SyarikatMocaz Financial Markets Limited
Tarikh Penubuhan2011
HQKingstown, St. Vincent and the Grenadines
RegulatorSVGFSA
Deposit Minimum$10
Leverage Maksimum1:500
Jenis AkaunBasic Micro, Basic Mini, Premium Mini, Premium Standard, Pro Standard, ECN, Demo
SpreadVariable/Floating (2.0 pips)
Pricing Decimal5 digit
Trading PlatformMT4, NetStation, Clear Pro
(pc/android/iOS/webtrader)
Trading InstrumentsForex, Commodities, CFDs
Deposit / WithdrawalLocal Depositor, Bank Transfer, Credit/Debit Card (Visa/Mastercard), Neteller, Fasapay
Bonus
Servis lainAutocopyTrade, RealTrader Community (RTC), Partnership
Malaysia Local IB

Mocaz Review

Pros

  • Spread rendah & execution pantas.
  • Social trading + copy trade.
  • Pilihan jenis akaun yang banyak.
  • Local depo/wd.
  • Extra layer security; Two-factor authentication.

Cons

  • Tak pasti lagi apa yang tak bagus kerana saya masih setahun jagung trading di sini. Banyak benda yang tak best sebelum ini mereka dah upgrade menjadi lebih baik.

Happy trading! 🙂