- Syarikat: InstaForex Group
- Tarikh penubuhan: 2007
- Local depo/wd Malaysia: Ya
- Swap Free (Islamic): Ya
- Bonus: Ada
- Instrumen dagangan: Forex, Futures and Indices CFD, Metal, Cryptocurrency, Binary Option
- Min. Deposit: $1
- Max. Leverage: 1:1000
- Spread: dari 3 pip (fixed)
- Pricing Decimal: 4 digit
- Platform: MT4, MT5
- Regulation: SVGFSA
Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila buka:
InstaForex Review
Contents

Salah satu broker forex di Malaysia yang kontroversi. Haha.
Ada yang kata tipu la, tak boleh withdraw la…
Tapi selama saya join Insta selama ini (banyak tahun dah), tak pernah sekalipun ada masalah withdrawal. Semuanya dibayar penuh.
Kadang-kadang lambat tu biasa la, IB pun ada urusan masing-masing. Biasanya dalam sehari (24jam) dah settle.
Pengalaman saya
InstaForex adalah broker yang paling lama telah saya gunakan. Jadi saya memang sentiasa mengikuti perkembangan broker ini dari dulu lagi. Saya pun dah tak berapa ingat, tapi sekitar 2007-2008 saya kenal InstaForex melalui satu forum tempatan. Memang terbaiklah promosi InstaForex pada masa tu dengan pelbagai bonus. Sampai sekarang pun saya kagum dengan cara marketing mereka.
Bagaimana servis mereka sekarang?
Dulu Insta memang ada masalah server yang suka requote. Tapi itu kisah lama, sekarang tiada lagi masalah server. Dah terlalu banyak server InstaForex sekarang. Trader Malaysia boleh pilih server paling hampir di Asia.
Sekarang hampir setiap negeri ada IB InstaForex. Tetapi tiada sekatan untuk menggunakan mana-mana IB, terpulang kepada anda untuk berurusan dengan siapa.
Soalan wajib setiap trader;
Boleh percaya ke broker ni?
Jika anda buka website InstaForex, anda akan lihat pelbagai events mereka jadi sponsor. Yang paling besar setakat ini kerjasama dengan F1 team, Czech Airlines dan kelab bola sepak Liverpool. Secara logiknya jika sesebuah company tiada brand yang kuat dan kewangan kukuh, ia tidak akan mampu membuat semua itu.
IB Instaforex antara yang paling ramai. Mereka semestinya ada pengetahuan luas dalam bidang forex. Cuba fikirkan, mengapa mereka yakin untuk menjadi wakil broker ini?
Setiap tahun, InstaForex menganjurkan Grand Dinner untuk semua yang terlibat dalam Forex termasuk IB, trader dan investor. Anda boleh lihat sendiri dalam galeri Grand Dinner.
Bagaimana keadaan trading di InstaForex?
Tak ada masalah kalau anda trade dengan cara normal di InstaForex. Tapi jika anda banyak scalping, saya rasa kurang sesuai kerana ada rule 5 minit. Maksudnya order mesti close setelah 5 minit baru dikira. Lagi satu spread fixed ini memang tak sesuai untuk scalping. Untuk scalping saya prefer broker yang guna floating spread, tak susah sangat nak profit sebab selalunya spread agak kecil (masa market normal).
Nasib baiklah saya sendiri jarang sangat scalping ini. Tak larat nak monitor trade setiap masa. Saya lebih suka trade secara santai. Kadang2 teringin untuk scalping atau news trade, saya buka MT4 broker lain yang lebih sesuai. Simple…
Kalau nak cari broker all-in-one yang terbaik dari semua segi memang tak akan jumpalah.
Lagi yang best saya rasa adalah tentang akaun di InstaForex. Walaupun nama akaun tu “Standard” tapi sebenarnya satu akaun untuk semua. Tak perlu dah guna akaun berasingan; Micro, Mini, Standard seperti di broker lain. Ini kerana boleh buka lot serendah 0.01 (sama nilai $0.01) hingga berapa yang anda mampu. Senang nak kira risiko masa trade.
Kesimpulan
Jika anda inginkan satu “ekosistem” broker yang lengkap, bolehlah join InstaForex. Terlalu banyak servis mereka. Benda ini pun ada negatifnya, terutama trader baru mesti pening nak pilih macam2 benda kat website tu. Hehe
Sehingga ke hari ini, saya masih setia dengan broker ini kerana customer servis yang mantap. Live chat broker ini paling saya suka kerana tak perlu nak isi form bagai, just klik link terus boleh chat.
Tentang local IB pula sangat pantas buat urusan, jika withdraw tak sampai 5 minit duit telah ditolak dari akaun trading. Biasanya paling lambat pun duit akan dipindahkan ke akaun bank anda dalam masa kurang dari 24 jam. Kalau lebih dari tu, just mesej IB semula bagitahu duit belum masuk lagi. Kadang2 saya juga buat macam ni, mungkin IB terlepas pandang atau terlupa kot.
Update! Sekarang dah ada cara depo “online banking” guna payment gateway. Lagi pantas dari guna IB (pemindahan tempatan). Rate ikut rate semasa USD/MYR dan tanpa caj.
Update!
Setelah beberapa tahun meneliti data dari analytic pengunjung, saya dapati terdapat beberapa cara kegemaran trader kita membuka akaun.
Mungkin boleh menjadi panduan atau shortcut untuk anda membuka akaun baru. Tak perlu pening2 lagi untuk memilih. :)
- Pilihan 1: Buka akaun dan dapatkan bonus 30% setiap kali deposit
- Pilihan 2: Buka akaun tanpa apa2 program/bonus
- Pilihan 3: Buka akaun khas rebate dan join program rebate 1.5 pips
Promosi/Bonus
- Welcome Bonus 30% – Setiap kali deposit (kesukaan ramai kerana tiada syarat pelik2)
- The 100% LFC Partnership Bonus – Bonus sempena kerjsama dengan Liverpool FC
- 55% Bonus – Untuk setiap deposit (leverage maksimum – 1:200)
- InstaForex Club bonus (+10%) – Bonus tambahan untuk ahli InstaForex Club
- Chancy deposit – Buat deposit untuk memenangi $1,000 hingga $10,000
- Servis VPS percuma
- $1500 Startup – Bonus tanpa deposit
Klik sini untuk perbandingan dan senarai bonus yang uptodate.
Disclaimer: Pendapat peribadi sahaja, bukan nasihat pelaburan.