• Syarikat: IKO Limited
  • Tarikh penubuhan: 2009
  • Local depo/wd Malaysia: Ya
  • Swap Free (Islamic): Ya
  • Bonus: Ada
  • Instrumen dagangan: Forex, Metals, CFD
  • Min. Deposit: $1
  • Max. Leverage: 1:1000
  • Spread: dari 2 pips (fixed)
  • Pricing Decimal: 4 digit
  • Platform: MT5
  • Regulation: VFSC

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila buka:

IkoFx Review

IkofxTak banyak nak diperkatakan tentang IkoFx. Merupakan salah satu broker forex terbaik di malaysia kerana jarang benar kita mendengar trader melaporkan apa-apa isu tentang broker ini. Mungkin sebab support dan servis yang cemerlang dari IkoFx.

Pengalaman saya

Saya mula kenal dengan IkoFx melalui satu forum tempatan, sekitar tahun 2009-2010. Masa itu tengah heboh tentang teknik bakul (basket) atau teknik kuda dan Intermarket Analysis (IA). Jika anda belum tahu, teknik ini memerlukan kita trade beberapa pair dengan serentak.

Sebenarnya bukan trade pair, konsepnya lebih kepada trade currency group. Jadi di sinilah memerlukan trade execution yang pantas. Atas recommendation trader otai, satu-satunya broker terbaik adalah IkoFx, memang laju trade tanpa ada requote. Apa lagi, terus saya buka akaun.

Trading dengan cara tersebut memang banyak bergantung dengan kepantasan broker. Bayangkan apa yang boleh terjadi semasa cuba open/close trade untuk 26 pair serentak tiba-tiba ada pair yang “tertinggal”, mesti tertanggu trading.

Untuk pengetahuan anda asalnya dulu hanya boleh trade 10 sen per pip, tapi kini dengan akaun Mini boleh trade 1 sen per pip dan leverage juga telah dinaikkan ke 1:1000.

Itu dulu trading main ikut trend semasa. Mana2 teknik tengah hot pasti nak di cuba. Tapi sekarang trade guna teknik biasa2 jer di broker ni dan prestasinya masih tidak berubah, mantap lagi.

Bagaimana keadaan trading di IkoFx?

Walaupun execution pantas, bagi saya IkoFx masih kurang sesuai untuk scalping kerana rules 2 minit dan fixed spread yang agak besar. Tak pasti jika akaun ECN, saya belum pernah cuba.

Sehingga sekarang saya tak pernah ada masalah di broker ini. Rasa aman sangat trading di sini.

Cuma saya pelik mengapa rate local IB masih kekal seperti dahulu walaupun nilai RM dah jatuh teruk sekarang. Siapa yang banyak withdrawal memang untunglah guna fixed rate ni.

Kesimpulan

IkoFx merupakan broker yang agak klasik, seperti Exness. Tetapi kini mereka sudah ada servis social trading sendiri (fxcoliseum). Saya sendiri belum pernah menggunakannya. Jadi tak dapat nak komen bagus atau tak.

Walaupun broker ini kurang sesuai untuk scalping tetapi untuk trading intraday memang tiada masalah. Sangat sesuai jika anda seorang yang suka trade long term seperti saya.

Update!

2019 saya rehatkan broker ini seketika. Tak sempat nak trade banyak2 broker. Lagipun saya dapati dah macam agak ketinggalan sebenarnya broker ini. Tiada feature atau update baru. Cuba tengok website mereka, sama seperti dulu. Manakala broker2 lain rancak update sana sini untuk tarik pelanggan.

Tiada masalah pun sebenarnya broker ini. Trading di IkoFx masih lancar dan withdrawal diproses dengan cepat.

Promosi/Bonus

  • 40% Deposit Bonus
Cara buka akaun

Cara Buka Akaun

Ingin cuba kelajuan execution IkoFx? Jom buka akaun.

Langkah-langkah membuka akaun

Paparan di bawah mungkin sedikit berbeza apabila ada update dari IkoFx.

Selepas klik link di atas, klik pada Live Account.

ikofx open account link

1. Masukkan email dan Captcha Code.

Klik Submit.

open ikofx live account

Anda akan mendapat mesej yang menyatakan bahawa pendaftaran akaun IkoFx telah berjaya.

2. Semak email anda. Sila save maklumat yang dihantar.

Klik link yang diberikan di dalam email tersebut.

ikofx email confirmation

3. Login ke account cabinet.

Login ke cabinet menggunakan Login ID dan password yang diberikan tadi.

ikofx cabinet login

4. Isi borang pendaftaran.

Isikan borang pendaftaran (Personal Profile) tersebut dengan lengkap. Pastikan anda mengisi profile dengan betul kerana hanya no. telefon sahaja yang boleh di tukar semula nanti.

  • Name: (nama penuh seperti dalam IC)
  • Identity No./Passport: (nombor IC)
  • Address: (alamat kediaman)
  • Country: (negara)
  • City: (bandar)
  • State: (negeri)
  • Zip Code: (poskod)
  • Phone: (nombor telefon)
  • Account Type: (pilih jenis akaun)
  • Leverage: (pilih leverage)
  • Islamic Account (swap free): (tandakan jika tidak mahu dikenakan caj swap)
  • Bonus Type: (pilih jenis bonus)

Jenis akaun dan leverage boleh ditukar kemudian di dalam cabinet > Trading Account Settings.

Klik Submit

ikofx personal profile registration

Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila save segala maklumat yang diberikan. Maklumat yang sama juga dihantar ke email anda.

Login ID dan password ini untuk login trading platform (metatrader). Manakala yang diberikan dalam email mula-mula tadi untuk login cabinet di website.

ikofx live account registered successfully

Anda boleh verify account dengan submit scan IC dan bil/penyata yang mengandungi nama dan alamat anda seperti yang didaftarkan tadi. Boleh dibuat kemudian.

Panduan local deposit/withdrawal

Local Depo/WD

Jika di broker lain saya telah mencuba bermacam cara untuk deposit/withdrawal. IkoFx pula dari mula hingga sekarang saya hanya menggunakan servis local deposit/withdrawal.

Berdasarkan pengalaman saya menggunakan servis IB IkoFx, urusan sentiasa lancar dan tidak pernah ada masalah. IB yang saya maksudkan lebih dikenali dengan nickname ikofxmalay.

Terpulang kepada anda untuk menggunakan mana-mana IB.

Deposit

* Tidak wajib verify akaun untuk deposit.

* Pilih cara deposit dengan betul kerana untuk withdrawal mesti menggunakan cara yang sama. Jika tidak, withdrawal tidak akan diproses.

* Sila buka akaun baru dengan email lain jika ingin menggunakan cara lain.

Withdrawal

* Anda wajib verify akaun untuk withdrawal.

* Pastikan cara yang sama dengan deposit. Contoh; deposit menggunakan local depositor, maka withdrawal mestilah menggunakan local depositor juga.

* Pastikan nama pemilik akaun IkoFx dan nama pemegang akaun bank adalah sama. Withdrawal ke akaun “third party” dilarang sama sekali.

Cara deposit

1. Login ke trader cabinet.

2. Klik Fund Deposit.

3. Deposit Via Local Depositor.

ikofx-malaysia-local-deposit

Dapatkan maklumat IB untuk deposit dan ikut arahan yang dinyatakan.

Antara maklumat yang harus diambil perhatian:

  • Apakah contact IB tersebut?
  • Bilakah masa bekerja IB?
  • Berapa rate deposit dan withdrawal?
  • Apakah bank yang digunakan?
  • Apakah langkah yang perlu dibuat?
  • Berapa had minimum?
  • Berapa lama masa yang diambil?

Sekiranya anda ada soalan lain atau ada perkara di atas yang tidak dinyatakan di dalam laman web, sila hubungi IB tersebut dan tanyakan secara direct.

Cara withdrawal

1. Login ke trader cabinet.

2. Klik Fund Withdrawal.

3. Withdraw Through Local Depositor.

ikofx malaysia local withdrawal

4. Lengkapkan detail withdrawal anda dan klik Proceed Withdrawal.

withdrawal via local depositor

Disclaimer: Pendapat peribadi sahaja, bukan nasihat pelaburan.