• Syarikat: International Capital Markets Pty Ltd
  • Tarikh penubuhan: 2007
  • Local depo/wd Malaysia: Ya
  • Swap Free (Islamic): Ya
  • Bonus: Tiada
  • Instrumen dagangan: Forex, Indice, Future, Stock, Bond, Commodity, Cryptocurrency CFD
  • Min. Deposit: $200
  • Max. Leverage: 1:500
  • Spread: dari 1.0 pips, dari 0.0 pips untuk ECN account
  • Pricing Decimal: 5 digit
  • Platform: MT4, cTrader, MAM/PAMM
  • Regulation: ASIC

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila buka:

IC Markets Review

IC MarketsSatu lagi broker ternama dari Australia iaitu IC Markets. Bukan sahaja popular di negara asalnya, malahan seluruh dunia.

Ditubuhkan pada 2007 jelas menunjukkan mereka dah banyak pengalaman dalam industri ini. Boleh bertahan sampai sekarang memang boleh dikatakan sebagai broker “otai” di AU.

Selepas menggunakan IC Markets, saya dapati memang mantap servis mereka. Apa yang trader luar negara war2 kan memang benar. Spread cantik, depo/wd lancar.

Setakat ini pengalaman saya trading dengan broker under ASIC memang bagus2 belaka. Harap berterusan macam tu…

“IC Markets adalah satu daripada broker True ECN yang menyediakan penyelesaian trading kepada trader aktif harian dan scalper termasuk mereka yang baru dalam pasaran. IC Markets menawarkan pelanggan dengan trading platform canggih, capaian latency rendah dan liquidity terbaik. IC Markets membawa satu revolusi dalam dagangan forex online, pedagang sekarang mendapat akses kepada pricing dan liquidity yang sebelum ini hanya ditawarkan untuk bank pelaburan dan individu berpendapatan tinggi.

Misi IC Markets adalah memberikan persekitaran dagangan yang telus kepada trader runcit dan institusi supaya dapat lebih fokus dalam dagangan. Dibina oleh trader, IC Markets sangat berdedikasi untuk menawarkan spread, execution dan servis yang unggul.”

Baca lagi...

Jenis Akaun

IC Markets menawarkan 3 akaun khas untuk trader berlainan. Anda boleh lihat semua ciri2 akaun dan kelebihannya di bawah:

Standard Account

IC Markets Standard Account menawarkan kondisi tanpa tandingan dari segi execution dan spread serendah 1 pips yang menjadikan akaun ini sesuai untuk semua trader. Kestabilan server dan kebolehpercayaan adalah keutamaan mereka. Server IC Markets terletak di pusat data Equinix NY4 New York. Dengan capaian lebih dari 50 bank dan penyedia liquidity, anda akan merasai pengalaman dagangan yang lebih baik sepanjang hari, setiap hari.

  • Capaian True ECN
  • Spreads dari 1.0 Pips
  • Level II Pricing – Market depth
  • One click trading
  • Order execution ultra pantas
  • Tiada sekatan dalam trading – Scalping dibenarkan
  • Saiz lot fleksibel
  • 64 Currencies & Metals + 15 CFDs
  • Leverage sehingga 1:500
  • Denominasi akaun dalam beberapa matawang major
  • Pelbagai pilihan cara deposit & withdrawal

True ECN Account

True ECN Account menawarkan antara spread terendah. Purata spread EUR/USD adalah 0.1 pips, dengan hanya $3.50 caj komisen per lot. Seperti akaun standard, liquidity juga dari 50 bank dan dark pool liquidity yang sesuai untuk day trader, scalper dan EA. Sever akaun True ECN ini juga terletak di pusat data Equinix NY4 New York menjadikan latency sangat rendah.

  • Kelebihan True ECN sepenuhnya
  • Capaian True ECN
  • Spread bermula dari 0.0 pips
  • Level II Pricing – Market depth
  • One click trading
  • Order execution ultra pantas
  • Tiada sekatan dalam trading – Scalping dibenarkan
  • Saiz lot fleksibel
  • 64 Currencies & Metals + 15 CFDs
  • Leverage sehingga 1:500
  • Denominasi akaun dalam beberapa matawang major
  • Pelbagai pilihan cara deposit & withdrawal

cTrader ECN Account

Akaun ini dikhaskan untuk platform cTrader yang terbaik untuk memanfaatkan keupayaan dagangan ECN. cTrader dibina khas untuk mengendalikan persekitaran True ECN dan apabila digabungkan dengan pricing IC Markets menjadikan execution lebih pantas.

  • cTrader platform
  • Inverse spreads
  • Level II Pricing – Market depth
  • Order execution ultra pantas
  • Tiada sekatan dalam trading – Scalping dibenarkan
  • Saiz lot fleksibel
  • 64 Currencies & Metals + 13 CFDs
  • Leverage sehingga 1:500
  • Denominasi akaun dalam beberapa matawang major

Platform Dagangan

MetaTrader 4

MetaTrader 4 adalah trading platform paling popular di dunia. MT4 membolehkan dagangan dilaksanakan dengan antaramuka mesra pengguna dan boleh diubah mengikut citarasa, penuh dengan fungsi, dan mampu menjalankan dagangan automatik (Expert Advisor – EA). Fungsi carta dan pengurusan order yang inovatif memastikan anda dapat memantau pasaran dengan pantas dan efisyen. MT4 True ECN dihubungkan terus ke server di Equnix NY4 yang memberikan prestasi dagangan yang tiada tandingan.

cTrader

cTrader adalah platform yang menyokong ECN dan direka khas untuk mengendalikan dagangan Forex dan CFD lain. Memanfaatkan kepantasan ECN, liquidity multi-bank dan fungsi termaju. cTrader adalah platform yang sangat berkuasa dengan terbina fungsi “depth of market” dan VWAP trading. Kepantasan True ECN dipacu oleh server yang terletak di Equinix LD5.

Multi Account Manager – MAM/PAMM

MAM menggabungkan kaedah pengumpulan fleksibel dana pelaburan. Menawarkan laporan prestasi masa nyata melalui antaramuka mudah. Perisian MAM berhubung terus dengan server MT4, dan pengurus akaun hanya perlu memantau satu akaun induk (master account) semasa berdagang. Penggunaan EA juga dibenarkan dalam MAM.

FIX API

Akses data pasaran dan urus dengan mudah semua order dengan FIX API. Kepantasan ultra dan latency rendah semasa execution menjadikan FIX API IC Markets adalah penyelesaian tepat untuk trader volume tinggi yang memerlukan persekitaran integrasi dagangan dan akses deep liquidity. Pemilik akaun sebenar boleh memohon untuk mencuba demo FIX API dalam pasaran semasa.

Trading Server

Server MT4 dan cTrader IC Markets terletak di pusat data NY4 (New York) dan LD5 IBX Equinix (London), menawarkan pelanggan dengan execution sepantas mungkin. Pusat data Equinix terkenal di seluruh dunia dengan infastuktur yang selamat dan latency rendah.

Deposit/Withdrawal

IC Markets menawarkan lebih dari 14 cara deposit & withdrawal. Terdapat 10 matawang yang boleh digunakan semasa transaksi.

  • Credit & Debit Cards
  • Paypal
  • Neteller
  • Neteller VIP
  • Qiwi
  • Skrill
  • UnionPay
  • WebMoney
  • Wire Transfer
  • Local Bank Transfer
  • Bpay
  • FasaPay
  • Broker to Broker
  • Poli
  • Thai Internet Banking

Proses bayaran

Untuk proses yang pantas, IC Markets menyarankan semua pemilik akaun supaya deposit melalui Secure Client Area. Dari situ anda boleh mengisi dana menggunakan pelbagai cara yang telah dinyatakan.

Keselamatan dana

Wang milik pelanggan disimpan terasing di Segregated Client Trust Accounts – National Australia Bank (NAB) dan Westpac Banking Corporation (Westpac). Kedua-dua bank ini merupakan bank bertaraf AA di Australia. Teknologi SSL digunakan untuk mengekrip data transaksi. Semua maklumat pelanggan hanya digunakan untuk tujuan deposit/withdrawal sahaja.

Bayaran bank

IC Markets tidak mengenakan apa2 caj semasa deposit/withdrawal. Walaupun begitu caj tertentu mungkin dikenakan oleh institusi bank antarabangsa. IC Markets tidak bertanggungjawab terhadap caj bank tersebut.

Bayaran pihak ketiga

IC Markets tidak menerima bayaran dari pihak ketiga. Pastikan anda deposit ke akaun trading menggunakan nama yang sama dengan akaun bank. Bayaran dari akaun bank bersama boleh diterima dengan syarat anda adalah salah seorang dari pemilik akaun tersebut.

Khidmat Pelanggan

Website IC Markets menyediakan beberapa cara untuk meninggalkan maklum balas, bertanya soalan, dah chat dengan staf mereka. Telefon secara terus wakil tempatan juga ada untuk sesetengah negara dimana broker tersebut beroperasi.

Servis lain

ZuluTrade – Social Trading Platform

Dagangan auto adalah penyelesaian paling ideal untuk trader yang tidak mempunyai masa dan juga untuk mengelakkan ganguan emosi dalam trading.

Pilih antara 100,000 Zulu Trader yang berbakat lebih dari 192 negara dan ikuti trading signal mereka secara percuma.

Antara ciri2 dan sebab mengapa harus memilih Zulu Trader:

  • Zulu Rank – algorithm yang sofistikated digunakan untuk mengenalpasti tahap Signal Provider dengan menganalisa prestasi, kestabilan, kematangan, risiko, dan modal minimum diperlukan.
  • Zulu Guard – perlingdungan akaun yang sangat maju untuk memantau prestasi trader 24/7 dan bertindak apabila diperlukan untuk melindungi dana anda.
  • Simulation – alatan yang sangat berkuasa untuk menguji potensi keuntungan atau kerugian sebelum melaksanakan dagangan sebenar.

Myfxbook AutoTrade

AutoTrade adalah generasi baru teknologi peniruan dagangan (copy trade). Servis ini dijalankan oleh Myfxbook membolehkan anda meniru apa2 sistem secara terus ke dalam akaun IC Markets anda. Dengan AutoTrade anda tidak perlu membayar caj berdasarkan volume, atau memasang perisian kompleks. Ianya semudah menghubungkan akaun Myfxbook dan pilih sistem yang ingin diikuti.

Apa yang menjadikan Myfxbook AutoTrade berbeza:

  • Hanya sistem terbaik dan menguntungkan akan dipaparkan – Tidak perlu mencari lebih dari 1000 sistem kerana sistem yang menguntungkan telah disusun secara manual.
  • Akaun sebenar sahaja – Pemilik akaun demo tidak boleh menjadi Signal Provider.
  • Tiada insentif – Tiada insentif berdasarkan volume ditawarkan. Ini untuk memastikan pengurus sistem berdagang dengan lebih baik, bukannya semata-mata mahukan insentif.
  • Statistik tepat – Statistik kerugian yang tidak masuk akal tidak akan dipaparkan.
  • Bayaran telus – Tiada caj tersembunyi.
  • Kawalan sepenuhnya – Anda boleh menambah atau membuang sistem dari akaun bila2 masa.

Advance Trading Tools

Untuk menambahbaik pengalaman dagangan pelanggan, IC Markets telah memperkenalkan 20 trading tool yang sebelumnya tiada pada platform MT4. Dengan bantuan alatan ini, menjadikan platform tersebut lebih bagus dan memberikan trader kelebihan.

Trading tool berikut adalah ekslusif untuk pemilik akaun sebenar IC Markets:

  • Alarm Manager – Pembantu perdagangan peribadi yang boleh memberitahu pedagang atau pengikut mereka di media sosial.
  • Correlation Matrix – Memberi maklumat pasaran pedagang pada skala masa yang berlainan dan membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih baik.
  • Correlation Trader – Membolehkan peniaga membandingkan korelasi dan perbezaan antara dua simbol.
  • Trade Terminal – Alat perdagangan dan analisis perdagangan yang kaya dengan ciri yang menawarkan ketepatan, order template dan banyak lagi.
  • Market Manager – Memberi kawalan penuh ke atas senarai pantauan simbol dan semua order dari satu tetingkap yang kecil dan mudah.
  • Mini Terminal – Untuk memaparkan order yang sama seperti Trade Terminal dalam konteks carta dagangan tertentu.
  • Sentiment Trader – Menunjukkan sentimen berdasarkan posisi dagangan; bilangan peniaga yang kini long atau short.
  • Session Map – Memberi peniaga gambaran keseluruhan pasaran dunia dan zon masa mereka.
  • Smart Lines – Tambahan kepada aplikasi Mini Terminal, terdapat dalam versi EA atau skrip di MT4.
  • Stealth Orders – Membolehkan peniaga menyembunyikan pending order dari peserta pasaran lain dan lebih banyak fungsi lain.
  • Tick Chart Trader – Memaparkan pelbagai carta, termasuk carta garis tradisional, carta masa, dan bar/candlestick.

Dan banyak lagi indikator eksklusif di IC Markets.

Bagaimana untuk bermula?

Bagaimana untuk bermula?

Klik sini untuk mengetahui caranya

Cara buka akaun

Cara Buka Akaun

updating…

Panduan local deposit/withdrawal

Panduan local deposit/withdrawal

updating…

Disclaimer: Pendapat peribadi sahaja, bukan nasihat pelaburan.