• Syarikat: Primus Global Ltd, Primus Markets INTL Limited, Primus Africa (Pty) Ltd
  • Tarikh penubuhan: 1999
  • Local depo/wd Malaysia: Ya
  • Swap Free (Islamic): Ya
  • Bonus: Ada
  • Instrumen dagangan: Forex, Precious Metals, Energies, Equities, Cryptocurrencies, Indices, Futures
  • Min. Deposit: $100
  • Max. Leverage: 1:3000
  • Spread: dari 0.1 pips
  • Pricing Decimal: 5 digit
  • Platform: MT4
  • Regulation: CySEC, VFSC, FSCA

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila buka:

FXPrimus Review

fxprimusFXPrimus terkenal dengan misinya untuk menyediakan satu tempat yang paling selamat untuk wang anda. Sebab tu dalam iklan FXPrimus mesti ada diselitkan tentang perkara tersebut. Service mereka sangat reliable dan antara broker forex terbaik di Malaysia.

Mungkin feature ini tak berapa penting sangat jika trade modal kecilan seperti saya. Tapi mengapa tidak kan? Ada benda extra sebegitu boleh juga kurangkan kegelisahan dalam hati. Hehe.

Tentang pengalaman trade di FXPrimus saya memang terbaik kerana spread yang cukup rendah dan server yang sangat stabil. Jarang sangat MT4 broker ini disconnect sendiri. Nak trade pun senang hati kerana tiada rule pelik dikenakan. Tradelah apa teknik atau cara sekalipun, semuanya dibenarkan.

Sejak dari review ini mula2 ditulis beberapa tahun lepas saya ada mengatakan tentang kekeliruan dalam website FXPrimus yang agak menyusahkan. Sehingga sekarang (2017) masih belum ada lagi perubahan pada laman perbandingan akaun (account comparison). Tiada maklumat detail tentang ciri2 setiap akaun. Maklumat itu masih lagi tersorok di laman FAQ mereka.

Lagi satu terdapat percanggahan maklumat minimum deposit. Di laman account comparison tertulis $1,000. Manakala di laman account funding pula $100 sahaja.

Semoga ada IB atau pihak hq sendiri yang baca tentang perkara ini dan saya harap FXPrimus dapat buat perubahan. Nampak macam benda kecil dan remeh, tapi saya percaya impaknya besar terutamanya untuk client yang baru. Saya dah banyak kali komplen direct ke support mereka, tapi tiada apa2 perubahan sehingga kini.

Itu sahaja saya rasa patut dikritik. Tapi dalam servis memang FXPrimus antara broker tip top untuk trading.

Update – Mid 2018

Selama ini tak pernah ada masalah langsung dengan FXPrimus, tapi kali ini semasa nak buat withdrawal mereka request untuk update dokumen pengesahan alamat pulak.

Akaun ini dah fully verified bertahun lamanya (sejak 2011). Katanya dah expired, ntah saya pun tak berapa faham.

Setelah bertahun2, tiba2 ada request macam ni memang nervouslah jadinya.

Tapi tak ada apa pun sebenarnya. Saya just ikut arahan dan upload dokumen baru. Dalam hari yang sama selesai semua termasuk withdrawal.

Kemudian, tak habis lagi rupanya… haha

Seminggu lepas tu saya buat withdrawal lagi. Kali ini diorg request ID/IC yang baru pulak. Katanya yang lama resolusi rendah. Aik dah bertahun baru mereka sedar ke? :)

Kali ini saya scan bagi besar sikit. Tak nampak lagi tak tahulah macam mana.

Sama macam sebelumnya, semua kembali macam biasa setelah proses upload dan verifikasi selesai.

Nampaknya peraturan mereka semakin ketat. Bagus juga untuk tingkatkan keselamatan.

Tapi itulah boleh buat jadi nervous, betul2 waktu nak withdraw duit.

Namun trading di FXPrimus masih sama macam dulu. Antara yang terbaik!

Promosi/Bonus

  • 100% Bonus On All Deposits – Terima sehingga $10,000 serta $4 rebate untuk setiap lot yang telah didagangkan.
  • 30% Trading Bonus – Bonus sehingga $1,500 untuk pelanggan baru atau lama.
Baca lagi...

Jenis Akaun

FXPrimus Variable Account – Trade forex, commodities, energies dan indices dengan FXPrimus Variable Account dan manfaatkan persekitaran dagangan yang selamat. Sebagai pemilik akaun Variable, anda diberi akses tanpa had kepada sumber pelajaran bagi membantu dalam membuat keputusan dagangan, dan juga pelbagai alatan dagangan ekslusif khas untuk pelanggan FXPrimus sahaja. Akaun ini tidak mengenakan caj komisen.

FXPrimus ECN Premium Account – FXPrimus ECN Premium adalah akaun untuk pelanggan yang deposit lebih dari $500. Anda mendapat kemudahan update dan trading signal melalui SMS. Pemilik akaun boleh menyertai seminar trading yang diadakan pada setiap minggu. Spread akaun ini bermula dari 0 pips.

FXPrimus DEMO account – Tidak perlu diperjelaskan lagi, akaun demo adalah satu platform yang sangat penting untuk mengasah kemahiran trading tanpa perlu merisikokan wang. Akaun ini juga boleh didagangkan melalui WebTrader yang tidak memerlukan proses pemasangan.

Platform Dagangan

MT4 For Windows – Platform MetaTrader 4 sangat sesuai untuk semua peringkat trader. Sangat mudah digunakan, mengandungi fungsi carta dan alatan teknikal. Malahan mampu untuk mengendalikan dagangan secara automatik dengan EA.

MT4 For MAC – MT4 untuk MAC khas untuk pengguna komputer desktop keluaran Apple. Fungsinya adalah sama dengan versi Windows.

MT4 For Mobile – MT4 versi mudah alih boleh dipasang secara percuma untuk pengguna Android dan iOS (iPhone/iPad). Hanya memerlukan capaian internet untuk mengakses akaun trading.

MT4 WebTrader – Platform paling menarik kerana boleh dijalankan pada semua peranti. Tiada muat turun dan pemasangan diperlukan.

Deposit/Withdrawal

FXPrimus menyediakan pelbagai cara untuk deposit & withdrawal. Antaranya:

  • Bank Wire Transfer
  • Local Wire Transfer
  • Credit Cards (VISA/Mastercard/American Express)
  • FXPrimus MasterCard
  • E-Wallets: Neteller, Skrill, GiroPay, Itau, FasaPay, UnionPay, ecoPayz, Bitpay

Khidmat Pelanggan

Khidmat pelanggan boleh dihubungi melalui email, live chat dan telefon. Masa bekerja 24/5 dan ada dalam pelbagai bahasa.

Servis lain

Advanced Trade Protection – Perlindungan Negative balance, pemantauan pengeluaran dana oleh pihak ketiga, insurans sehingga €2.5 juta.

PAMM – Servis PAMM memanfaatkan hubungan antara trader berkemahiran dan pelabur. Servis ini dilancarkan setelah mendapat permintaan banyak dari pelanggan yang ingin menjalankan projek pelaburan dengan mudah.

Platinum API – Produk ekslusif ini menawarkan akses terus pasaran untuk pengguna yang ingin menggunakan protokol FIX dalam dagangan tersendiri. Deposit minimum $50,000 dan margin yang diperlukan untuk Forex, Emas, Perak dan Minyak serendah 1% sahaja.

VPS – VPS (Virtual Private Server) membolehkan anda menjalankan MT4 menggunakan remote computer yang paling hampir dengan server MT4 FXPrimus. Pengalaman dagangan menjadi lebih baik apabila latency antara akaun dan trading server dapat dioptimumkan. Jurang masa pelaksanaan order dapat dipercepatkan dan mempertingkatkan peluang untuk menjana keuntungan.

Bagaimana untuk bermula?

Bagaimana untuk bermula?

Klik sini untuk mengetahui caranya

Cara buka akaun

Cara Buka Akaun

updating…

Panduan local deposit/withdrawal

Panduan local deposit/withdrawal

updating…

Disclaimer: Pendapat peribadi sahaja, bukan nasihat pelaburan.