ForexMart – Bagus atau tak?

  • Syarikat: Tradomart SV Ltd.
  • Tahun Penubuhan: 2015
  • Jenis Akaun: Classic, Pro, Cents, Zero Spread
  • Leverage Maksimum: 1:500
  • Deposit Minimum: 15 USD (convert to MYR)
  • Local Depo/Wd: Ya
  • Depo/Wd Kripto: Ya
  • Tanpa Swap: Ya
  • Copy Trade: Ya
  • Bonus: Ya
  • Spread: Floating/Variable
  • Platform: MT4, Mobile App, Webtrader
  • Margin Call / Stop Out: 30% / 10%
  • Contact: [email protected] atau + 442 030 976 697
  • Lesen/Kawal Selia: Tradomart SV Ltd.; FSA(SVG) – no. pendaftaran 23071, no. lesen IBC 2015

ForexMart Review

Forexmart

ForexMart adalah nama dagangan syarikat Tradomart Ltd. iaitu firma pelaburan yang berpangkalan di Saint Vincent and the Grenadines.

ForexMart sangat komited dalam menawarkan perisian dagangan terbaik, pengalaman dagangan yang selesa, menjaga keselamatan akaun dari aktiviti penipuan dan memberikan ilmu trading yang lengkap kepada semua pelanggan.

Baca lagi...

Jenis Akaun

ForexMart menawarkan dua jenis akaun iaitu ECN dan Micro. Nikmati kadar spread yang rendah, trading platform yang lancar dan pelaksanaan order segera. Semua akaun trading ForexMart adalah terasing dan dilindungi di bawah perjanjian Investor Compensation Fund.

ECN Standard – Akaun universal yang sesuai untuk trader berpengalaman atau baru. Pelanggan baru disarankan untuk bermula dengan akaun ini kerana bonus tanpa deposit hanya diberikan untuk akaun ini sahaja.

  • Tiada minimum deposit
  • Micro lot
  • 150 instrumen dagangan
  • Tiada caj

ECN Zero Spread – Akaun ini tidak mengenakan sebarang spread. Oleh itu nilai Bid dan Ask adalah sama, membolehkan trader menganalisa pasaran dengan lebih tepat. Semua pending order dilaksanakan tepat pada nilai harga yang telah ditetapkan. Akaun ini disarankan untuk pemula, scalper atau mereka yang menggunakan expert advisor (EA).

  • Tiada minimum deposit
  • Micro lot
  • Semua robot (EA) dibenarkan
  • 0 spread

Micro – Dikhaskan untuk tujuan pembelajaran dalam dagangan Forex. Trader boleh menimba pengalaman dalam pasaran sebenar dengan hanya deposit yang kecil untuk menjalankan urusniaga dalam nilai sen. Akaun bagus sebagai perpindahan dari akaun demo ke akaun sebenar tanpa perlu risiko yang tinggi. Juga bagus untuk mereka yang ingin menguji strategi trading.

  • Tiada minimum deposit
  • Order volume bermula 0.01 cent lot
  • Akses kesemua instrumen dagangan
  • Spread rendah

Platform Dagangan

MT4 dekstop – Platform paling berkuasa dan senang dikendalikan. MT4 membolehkan anda memantau beberapa carta/graf secara serentak, pelaksanaan order secara terus dari graf tersebut. Perisian ini adalah percuma dan mudah dipasang pada komputer.

  • Serasi dengan Windows dan Mac OS
  • Saiz dagangan fleksibel
  • Lebih dari 40 indikator teknikal
  • Antaramuka boleh diubah

Platform Mobile – Direka untuk berdagang secara mudah alih dimana2 tempat dan bila2 masa yang dikehendaki. Anda boleh mengakses graf dan akaun hanya dengan gadget dan telefon pintar.

  • Tersedia untuk Android dan iOS
  • Download percuma
  • Pantau data pasaran semasa
  • Navigasi dan quotes terkini

Web Terminal – Buka di browser dan terus trade. Semua alatan dagangan dan pengurusan akaun dapat dicapai tanpa perlu pemasangan apa2 perisian. Anda tidak perlu risau tentang keselamatan kerana semua transaksi telah di enkrip.

  • Sesuai untuk semua OS
  • Synchronize dengan platform lain
  • Quotes pasaran semasa

Deposit/Withdrawal

ForexMart tidak mengenakan sebarang caj komisen untuk deposit. Walaupun begitu bayaran mungkin dikenakan oleh sistem bayaran yang digunakan, begitu juga semasa pengeluaran dana.

  • Bank Transfer
  • Visa/Mastercard
  • Skrill
  • Neteller
  • Payco
  • Qiwi
  • MegaTransfer
  • Paxum
  • UnionPay
  • Sofort
  • Moneta.ru
  • Fasapay

Insurans Deposit

ForexMart adalah ahli kepada Investor Compensation Fund, yang bertujuan untuk melindungi dana pelanggan mengikut terma yang terkandung dalam Section 17, Investment Services and Activities and Regulated Markets Law of 2007. Pelanggan boleh membuat tuntutan gantirugi sekiranya syarikat gagal mematuhi perjanjian dagangan.

Bayaran haruslah disalurkan terus kepada pelanggan yang terkesan. Individu yang terlibat dalam penipuan dilarang untuk membuat tuntutan mengikut terma dalam Prevention and Suspension of the Legislation of Proceeds from Criminal Activities Law of 2007.

Khidmat Pelanggan

Pelanggan boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan email, telefon dan live chat. Servis panggilan semula juga ada disediakan, hanya perlu melengkapkan borang di website. Sokongan diberikan selama 24/5 untuk membantu menyelesaikan isu dan menjawab pertanyaan pelanggan. Website ForexMart juga mengandungi beberapa bahasa untuk kemudahan semua.

Pertandingan

Money Fall – Pertandingan demo mingguan yang bermula dari hari Isnin 00:00 hingga hari Jumaat 23:59:59 (jam trading terminal).

Servis lain

Account Monitoring (Copytrade) – Fungsi ini membenarkan anda untuk memilih 3 akaun live terbaik di ForexMart. Anda boleh monitor aktiviti dagangan, menjangka keuntungan, risiko, order, kerugian dan sejarah prestasi mereka.

Dagangan akan dijalankan secara automatik apabila anda subscribe (melanggan) kepada akaun tersebut. Proses “meniru” dagangan akan bermula sebaik sahaja anda subscribe.

VPS percuma – Untuk mendapatkan VPS percuma, anda mesti deposit minimum 500 USD. Juga perlu berdagangan sekurang-kurangnya 0.5 lot setiap bulan untuk mengekalkan kelebihan tersebut.

Disclaimer: Pendapat peribadi sahaja, bukan nasihat pelaburan.
T.A.Y.O.R – Trade at Your Own Risk