ExnessExness atau “broker kuning” kata rakan-rakan trader, merupakan antara forex broker yang popular di Malaysia terutamanya untuk kaki scalping. Spread yang rendah dan leverage sehingga 1:2000 adalah sebab utama Exness masih menjadi pilihan sampai sekarang.

Update: Leverage sekarang dah jadi 1:UNLIMITED!

Exness memang dah terkenal di peringkat antarabangsa. Jika anda perasan selalu ada iklan broker ini di website ForexFactory.com.

Spesifikasi

SyarikatExness (CY) Ltd.
Tarikh Penubuhan2008
HQLimassol, Cyprus
RegulatorCySEC
Deposit Minimum$1
Leverage Maksimum1:Unlimited
Jenis AkaunCent, Mini, Classic, ECN, Demo, Contest
SpreadVariable/Floating (0.1 pips)
Pricing Decimal5 digit
PlatformMT4/MT5: PC & Mobile (Android/iOS), Webtrader
Trading InstrumentsForex, CFD, Gold, Silver
Deposit / WithdrawalLocal Payment (Excard), Wire Transfer, Internal Transfer, Credit/Debit (Visa, Mastercard), Perfect Money, WebMoney, Neteller, Skrill, cashU, Ukash, FilsPay
Bonus
Servis lainTrading Account Monitoring, Quotes History, VPS Hosting
Malaysia Local IB

Download

Cara Buka Akaun

Ingin cuba trading di broker Exness? Jom buka akaun sekarang.

Langkah-langkah membuka akaun

Paparan di bawah mungkin sedikit berbeza apabila ada update dari Exness.

Selepas klik link di atas, sila pilih jenis akaun anda.

choose trading account

1. Creating An Account
2. Security Confirmation
3. Security Settings
4. Bonus

Contoh paparan akaun yang telah siap di daftar.

new exness account

Local Depo/WD

Apa itu Excard?

excard exnessKonsep yang digunakan Excard adalah sama seperti kad prepaid telefon. Anda beli nombor kod Excard dan gunakannya untuk deposit ke akaun trading anda.

Kelebihan Excard:

  • Pantas dan mudah.
  • Menggunakan nilai tukaran matawang semasa.
  • Boleh dibeli dalam nilai matawang tempatan (RM).
  • Urusan jual beli menggunakan bank tempatan.
  • Caj yang murah berbanding kaedah lain seperti bank wire, credit card dan sebagainya.

Saya dah sediakan tutorial bagaimana menggunakan Excard, teruskan membaca.

Perhatian! Prepaid Excard hanya boleh dibeli dari dealer (IB) yang berdaftar dan tersenarai di dalam website Exness. Sekiranya Excard anda bermasalah, sila hubungi IB tersebut atau client support Exness secepat mungkin.
Bagaimana urusan pembelian Excard dijalankan?
Bank apa yang digunakan?
Langkah-langkah membeli dan deposit Excard
Cara withdraw Excard
Review

Pros

  • Boleh buka beberapa akaun dengan satu email.
  • Floating spread yang sangat rendah.
  • Tiada scalping rules.
  • Ada akaun ECN.
  • Penggunaan Excard yang mudah dan cepat.
  • Local IB Exness Malaysia yang mesra pelanggan.

Cons

  • Slippage yang agak besar walaupun jarang berlaku.
  • Leverage bertukar menjadi 1:200 lima jam sebelum market tutup. Kembali ke setting asal dalam tiga jam selepas pasaran dibuka.

Pengalaman saya dengan Exness

Satu perkara yang menarik perhatian saya tentang Exness dahulu adalah fungsi automatic withdrawal. Tak perlu request, tunggu pengesahan dan sebagainya. Kelebihan ini sangat berguna kepada pemilik akaun Liberty Reserve (LR) pada masa tersebut. Withdrawal boleh dibuat secara instant! Klik withdraw dan terus duit dipindahkan ke dalam akaun LR.

Tapi yang sedihnya, tak lama kemudian LR telah ditutup untuk selamanya. Seingat saya sekitar 400 usd juga modal saya hanyut bersama LR. Namun saya masih bersyukur sebab beberapa hari sebelumnya saya sempat membuat deposit sebahagian besar modal ke akaun Exness menggunakan LR. Baki 400 usd tersebut memang bukan rezeki saya agaknya.

Untuk pengetahuan anda, LR tiada kaitan dengan Exness. LR hanyalah satu sistem bayaran elektronik seperti yang lain. Kejadian itu adalah satu pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan electronic payment system. Pastikan syarikat tersebut regulated seperti Paypal, Skrill, Neteller dan lain-lain.

Pada pertengahan tahun 2013, Excard telah diperkenalkan oleh Exness sebagai alternatif yang lebih selamat. Ia merupakan satu langkah yang sangat bijak untuk mengelakkan kebergantungan dengan syarikat luar yang tidak diketahui statusnya. Sejak itu Excard digunakan secara meluas untuk urusan deposit dan withdrawal Exness hingga kini.

Bagaimana keadaan trading di Exness?

Bagi saya Exness memang sesuai sangat untuk scalping. Spread kadang-kadang boleh turun ke 0.1 pips di EUR/USD.

Oleh kerana spread adalah jenis variable/floating, maka ia juga boleh melonjak ke paras yang tidak dijangka terutamanya semasa news release. Pernah saya tengok spread menjadi sebesar 30 pips semasa NFP. Jadi kalau boleh elakkan trading semasa event besar sedang berlansung. Jika anda guna leverage kaw-kaw, silap haribulan boleh kena margin call masa tersebut.

Jika anda kaki swing seperti saya, maka anda boleh abaikan masalah slippage, spread dan sebagainya.

Kesimpulan

Saya berpuas hati trading di broker Exness kerana sistem deposit/withdrawal yang pantas. Layanan IB Malaysia pula sangat baik. Hujung minggu pun boleh buat withdrawal dengan mereka (Excard).

Happy trading! 🙂

Summary
Review Date
Reviewed Item
Exness
Author Rating
41star1star1star1stargray