10 Taktik Penipuan Forex – Awas!

Penipuan Forex tak pernah berhenti, apatah lagi di zaman duit sekarang. Tekanan hidup adalah alasan utama kita terjebak dengan perkara sebegini.

Tujuan saya menulis topik ini adalah sebagai peringatan bersama, tiada niat untuk memburukan nama sesiapa.

awas penipuan forex
Scam = Penipuan

Sasaran mudah adalah mereka yang baru hendak bermula dan masih tidak tahu apa-apa. Tidak kurang juga mereka yang sudah lama tetapi masih mencari cara bagaimana untuk berjaya.

Kes penipuan Forex selalunya berpunca dari kita sendiri yang lalai, tamak dan terlalu mudah percaya.

Yang lebih teruk adalah sikap tak pernah serik orang kita. Setiap tahun ulang perkara yang sama, kena tipu skim cepat kaya itu ini.

Ego, tidak mahu mendengar nasihat dan teguran orang lain.

Saya cukup anti dengan kaki scam ini kerana merekalah menyebabkan persepsi orang ramai terhadap Forex turut berubah dan menganggapnya sebagai “pelaburan haram”.

Sekali lagi saya ingatkan trading forex bukanlah pelaburan goyang kaki ok.

Jika anda pernah menjadi mangsa tipu, maka sebarkanlah berita tersebut sebagai peringatan kepada yang lain.

Perkara yang selalu dijanjikan

  • Keuntungan tetap, berlipat kali ganda dengan cara mudah sambil goyang kaki.
  • Jaminan tak akan loss dalam apa jua keadaan market.
  • Pengetahuan atau teknik baru yang power dan belum terdedah.

Senang cerita kalau benda tu “too good to be true” bunyinya, maka berhati-hatilah.

Senarai penipuan Forex yang biasa terjadi

Walaupun bukan semuanya tipu, tetapi kebarangkalian untuk terjadi adalah sangat tinggi. Jadi eloklah sekiranya anda sentiasa berwaspada sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan percaya bulat-bulat, sentiasa persoalkan sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Pengurus akaun

Mereka mengiklankan servis dengan janji manis beserta bukti dan testimonial (yang tidak pasti betul atau tidak) yang membuatkan pelabur mudah terpedaya. Banyak terjadi dalam keadaan offline kerana majoriti sasaran mereka adalah orang yang tidak tahu langsung tentang Forex. Wang akan dikumpulkan dibawah satu akaun (pool account) dan mereka akan trade, katanya.

Banyak terjadi kes bawa lari duit, dan apabila ditanya jawapannya cukup mudah iaitu sudah loss (kononnya). Pelaburan haram seumpama ini adalah salah disisi undang-undang negara kita.

Sekiranya ingin melabur gunakanlah platform yang betul seperti akaun PAMM atau Copy Trade. Di situ kita dapat membuat penilaian, pemantauan dan bebas untuk menguruskan dana akaun masing-masing. Walaupun begitu, persoalkan juga apakah syarikat broker tersebut betul atau baru setahun jagung yang tiba2 muncul entah dari mana. Jangan lupa yang scammer zaman sekarang dah semakin bijak.

Namun saya masih sarankan supaya trading sendiri, dan cuba elakkan segala jenis “pelaburan” atau “managed forex account” yang ada. Dengan trading sendiri kita akan berusaha untuk belajar dan secara tidak lansung melatih mindset kita untuk menjauhi pelaburan scam tersebut.

Ebook Forex

Jika anda sudah lama dalam bidang ini (Forex), mesti anda perasan majoriti ebook hampir sama kandungannya dengan ebook lain serta laman web yang boleh diakses secara percuma. Kadangkala ebook yang dijual terlalu mahal. Sedangkan apa yang diajar adalah perkara asas sahaja. Ada juga yang menambah “perisa” dengan teknik rahsia kononnya. Cuba fikirkan secara logik, mengapa perlu jual ebook jika ada teknik rahsia yang boleh menjana keuntungan?

Tetapi bukan semuanya tak elok, jangan salah faham pula.

Agak susah sebenarnya nak jumpa ebook yang betul-betul berbaloi untuk dibeli. Penulis ebook yang bagus biasanya banyak memberikan sumbangan ilmu di forum atau media sosial. Jadi secara tidak lansung kita sudah tahu kredabiliti trader/penulis tersebut.

Kelas/Seminar Forex

Walaupun trend kelas Forex semakin berkurang untuk tipu duit orang, tetapi masih ada juga yang masih berani melakukannya. Tak kisahlah kelas online atau pun offline, bayaran bukan main mahal sampai RM40k pun ada. Apa yang diajar hanyalah perkara basic yang majoriti semua orang sudah tahu. Kebanyakannya menggunakan kelas sebagai batu loncatan untuk mengumpul duit para pelabur. Paling tidak pun untuk mengumpul komisen affiliate.

Nak jumpa trader yang sebenar untuk mengajar merupakan satu perkara yang sangat rare. Logiknya buat apa nak buka kelas kalau dah boleh trade sendiri yang lebih menguntungkan dan menjimatkan masa.

Bukan semua ok. Cuma pastikan ilmu yang diberikan adalah setimpal dengan yuran yang dikenakan.

Robot Forex (Expert Advisor)

Scam robot banyak berlaku semasa industri Forex mula meletup suatu ketika dahulu. Ramai trader terpedaya dengan screenshot keuntungan yang tidak masuk akal dalam masa singkat. Dah tu autopilot pula, tengah tidur pun robot menjana duit tanpa henti, mesin ATM pun kalah kalau begitu.

Setakat ini saya belum jumpa lagi EA yang konsisten. Kalau ada pun pemiliknya tidak akan mendedahkan kepada umum, apatah lagi untuk menjualnya.

Perompak Online

Sebenarnya saya tak tahu nak gelarkan mereka sebagai apa. Yang paling hampir, penciplak lah kot. Kerap terjadi pada ebook atau EA. Beli atau dapatkan dari mana-mana sumber, kemudian jual semula dengan harga yang jauh lebih murah tanpa pengetahuan atau persetujuan pemilik asal.

Ada juga yang lebih advanced compile benda free lepas tu jual semula. Low risk high return katanya…

Kepada perompak online (dan juga pembeli barang rompakan), hormatilah hasil kerja orang lain (pemilik asal).

Tak berkat kerja macam tu…

Signal Forex

Masih ada ke orang menjual signal pada masa sekarang? Saya pun tak pasti, tapi rasanya dah jauh kurang berbanding dahulu.

Syukur, ini menunjukkan golongan trader dah semakin pandai dan yakin dengan kebolehan diri sendiri. Untuk memilih signal provider tidaklah susah, pastikan mereka ada track record (atau investor password) yang baik dalam jangka masa lama serta mendapat rating tinggi dari pelanggan yang lain.

Broker

Jangan ingat semua broker itu jujur, ada juga broker penipu besar. Ini biasa terjadi pada broker yang masih baru. Mereka memberikan servis yang baik pada mulanya. Kemudian timbul bermacam masalah dengan pelbagai alasan. Akhirnya mereka hilang begitu sahaja.

Ingat, awas jika ada broker baru yang mencurigakan dengan menawarkan pelbagai pelan pelaburan pelik keuntungan tetap dan cari downline ala MLM. Ini adalah red flag paling besar. Kalau ada lari jauh2. lol

Bagi saya regulated top tier atau tidak, itu perkara kedua. Cuba tengok apa dah jadi dengan FXCM. Broker otai macam tu pun tak boleh dipercayai. Macam-macam boleh jadi, jadi diversify modal dalam beberapa broker adalah jalan terbaik.

Trend zaman sekarang kita lihat semakin ramai artist atau influencer menjadi “duta” broker. Ini kerana mereka sudah mempunyai cukup ramai pengikut. Pada pendapat saya ia adalah cara marketing yang kurang sihat kerana menggunakan orang yang bukan pada bidangnya.

MLM/Skim Piramid/HYIP

Ya, scammer pun dah berevolusi, semakin advance orang kata. Memang mengelirukan apabila servis ala-ala broker tapi sebenarnya adalah MLM atau pun skim ponzi. Biasanya ada “pelan pelaburan” ditawarkan dengan keuntungan tetap mengikut tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan dan sebagainya. Jika anda perasan marketing mereka bukannya ditujukan kepada trader, tetapi lebih menjurus untuk mencari investor. Agak berbeza dengan cara marketing broker sebenar.

Apabila dah semakin kurang pelabur baru, maka wang tidak akan dapat rolling dengan baik. Jadi timbul lah masalah seperti; sistem kena hack, masalah hosting provider, akaun kena block, business partner belot, kena rush dengan FBI dan sebagainya.

Walaupun ada berbagai alasan tidak logik, tapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur… orang kita tidak pernah serik.

ETA

Ini adalah satu trend baru pada masa sekarang di Malaysia. ETA merupakan program popular untuk kaki emas suatu ketika dahulu. Tetapi orang ambil idea tersebut untuk Forex pulak, pandaikan? Duit pelabur akan diambil dahulu, kemudian dalam tempoh tertentu akan dikembalikan beserta keuntungan dalam bentuk barangan atau wang. Tapi kebanyakannya habuk pun tak ada, semua lesap entah ke mana.

Cloud Mining

Saya rasa yang cloud mining ini pun patut masuk dalam senarai. Ramai yang ambil kesempatan di atas populariti Bitcoin (Cryptocurrency) setahun dua ini. Persoalannya macam mana nak sahkan company yang buat mining tu betul-betul buat kerja tu? atau hanya rolling duit macam money games yang lain?

Tahun lepas (2016) sahaja dah berapa ramai yang tersungkur. Kesian, harap belajar dari kesilapan. :( Kalau nak juga mining bitcoin (atau alt coin lain), tak ada cara paling selamat selain dari setup equipment sendiri.

Cara mengelak dari terkena tipu

  • Belajar, belajar, belajar! Penuhkan ilmu di dada. Kita senang ditipu kerana terlalu jahil dalam sesuatu perkara.
  • Membuat perbincangan di forum-forum Forex, Facebook dan sebagainya.
  • Baca review dari banyak tempat/sumber.
  • Cuba google tentang masalah produk/servis tersebut.
  • Rajinkanlah diri untuk berusaha dengan belajar menggunakan material yang ada. Jangan terlalu menganggap yang berbayar adalah terbaik.

Apa-apa pun, duit masing-masing, risiko masing-masing. Tepuk dada tanya selera poket…

50 thoughts on “10 Taktik Penipuan Forex – Awas!”

  1. Saya berminat dalam bidang ni, tapi saya tak faham apa pun. Walau saya baca, pon still tak faham. Ada ke yg sudi nak guide? Sy nk mulakn dgn hanya bermodalkn rm500 atau minimum 100. Saya minat sangat tapi dah baca tetap tak faham. Apakah itu forex..

  2. Salam.terima kasih untuk info belajar forex.saya ikut nasihat yang diberikan.saya terus belajar dan belajar.masalah yang tinggal adalah surrounding saya tidak ada orang di dalam bidang forex ini.saya mencari orang yang boleh membantu saya…menjadi sifu, master, guru, yoda untuk membimbing saya. Dimanakah saya boleh mencari mereka ini?.

    1. Wsalam. Cara paling mudah bagi saya adalah di laman sosial (fb, twitter, etc…) atau forum. Tuan boleh cuba search “forum forex” di google.com.my

  3. Info yang sangat berguna. Saya telah trade bersama InstaForex beberapa tahun. setakat ni,tiada sebarang masalah. Cara untuk deposit dan withdrawals juga sangat mudah dan cepat.

  4. Salam tuan…terima kasih kerana menciptakan blog ini…banyak info basic dan berguna tuan telah berikan….banyak membantu buat yang baru nak menceburi bidang forex…rasanya info tuan ini org kalau org lain dah mintak bayaran dah nie.( ebook lah kelaslah padahal benda yang sama )..hahahahah tapi saya tabik tuan kerana mencipta blog ini….banyak ilmu berguna tuan bincangkan tanpa bayaran…terima kasih saya ucapkan..semoga tuan maju jaya…

    1. Sama-sama. Terima kasih kerana sudi melawat blog yang dah bersawang ni. :)

      2016 tahun yang sangat sibuk bagi saya. Insyallah tahun ini (2017) saya akan update lagi blog ini untuk rakan-rakan trader semua.

  5. Memang saya support. saya pun agree. broker saya bagi signal dan ajaran free je. Yang minta bayaran buat apa, dunia ni dah teruk dah.

  6. Syukur, betapa gembira saya bila ketemu blog ini, infonya sangat mudah difahami dan cukup lengkap bagi trader yang baru hendak mengenali forex spt saya. Syabas untuk anda.

  7. Terima kasih atas blog yang penuh informasi dan mudah difahami. Saya sudah menghadiri kelas forex, tapi masi tak faham-faham. Hehehe. Syukur jumpa blog ni. Terima kasih banyak tuan! Semoga dimurahkan rezeki!

  8. Salam n hi semua maaf . Nak tanya octafx ok x ? Dan ada tk yang dekat sini masih berurusan dgn octafx? Boleh bagi pendapat? Terima kasih. Saya masih baru dalam dunia forex .

  9. Boleh syorkan broker yang boleh dipercayai ke? Sekarang saya berdagang dengan broker FBS dan XM… belum tau baik atau tak kerana belum pernah withdraw pasal asyik saja lose….

  10. Tq Tuan atas ilmu2. rajin sungguh menulis. sy bru 3bulan dlm bidang ni..Msih tercari2 teknik y sesuai.. so far bLja2 sdri.. Minx halal dan doakan sy bjaya dunya wal akhirah ????

  11. Assalamualaikum salam perkenalan.. Terima kasih tuan, memang saya jadikan blog tuan sebagai rujukan.. Info dan tips tuan banyak membantu saya melakukan trade dan yg manisnye berjaya mendapat profit walaupun sikit dan saya baru 2-3 bulan menceburi trading forex.. Saya harap tuan banyak lagi update ilmu dan info eapecially bab fundamental n news.. Saya senang faham cara tuan menulis..

    1. Wsalam, tahniah! Harap berterusan profit. :)
      Banyak lagi nak share sebenarnya di sini, tapi saya masih belum berkesempatan nak update lagi (kekangan masa).
      Insyaallah akan cuba publish post lagi nanti.
      Terima kasih kerana melawat.

  12. Assalammualaikum….terima masih Di atas perkongsian ilimu dari pihak boss,Saya masih baru Dan masih lagi belajar selok belok dunia Forex & CFD.Mahu faham betul2 Dan baru start trade nanti.Bloq tuan menjadi hasil rujukan saya selain Dr bahan bacaan yg lain2.Tahniah utk tuan kerana menulis dlm Bahasa M’sia,boleh la kami yg BI tungging langgang ni faham cikit2 makna short name dlm Forex.Tahniah boss!!!

  13. as salam… sy dah lama juga mai demo akaun forex ni… tp sy tak tau mcm mana nak buka real akaun… dan risau takut terkena dengan scammer ni… so broker mana yg betul utk buka akaun forex yg sebenar ni….

  14. macam mana boss bleh igt term term dlm bidng forex ni?kene hafal ke or buat more practises dlm akaun demo? atau mcmne..mohon pencerahan..and lgy satu..akaun demo tu..die tu mcm tmpat utk kite training skill2 forex before pergi real acc xpi guna real market punye situation ke?..mohon pencerahan boss

    1. Tak perlu pun hafal sebenarnya. Just kene faham. Klu praktis selalu automatik akan ingat term2 tu nanti. :)

      Ya demo tetap ikut situasi pasaran sebenar. Yg berbeza hanyalah duitnya bukan yg betul.

  15. Assalamualaikum. Sy nk tanya, perlu ke keluar modal sebanyak RM200 utk buka akaun forex? Utk buat akaun forex perlu dikenakan bayaran ke? Atau forex ni didaftarkan secara percuma?

    1. W’salam. Pendaftaran percuma jer untuk mana2 akaun.
      Kalau nak trade akaun demo, tak perlu bayaran.. free. Just daftar, install trading platform (mt4/mt5) dan terus boleh trade.
      Tapi untuk akaun real, kena deposit berapa modal yang kita nak. Berapa minimum deposit bergantung dengan broker. Boleh refer page broker untuk info lanjut.

Leave a Reply to Bomoh Pip Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *