Tickmill – Jenis akaun trading

  • Syarikat: Tickmill Group
  • Tahun Penubuhan: 2015
  • Jenis Akaun: Pro, Classic, VIP
  • Leverage Maksimum: 1:500
  • Deposit Minimum: 100 USD (convert to MYR)
  • Local Depo/Wd: Ya
  • Depo/Wd Kripto: Ya
  • Tanpa Swap: Ya
  • Copy Trade: Ya (Myfxbook)
  • Bonus: Ya
  • Spread: Floating/Variable
  • Platform: MT4, MT5, Mobile App, Webtrader
  • Margin Call / Stop Out: 10% / 30%
  • Contact: [email protected] atau +852 5808 7849 atau +60 16 299 9449 (MY)
  • Lesen/Kawal Selia:
    • Tickmill UK Ltd; FCA (UK) – no. lesen 717270
    • Tickmill Europe Ltd; CySEC (Cyprus) – no. lesen 278/15
    • Tickmill South Africa (Pty) Ltd; FSCA (South Africa) – no. lesen FSP 49464
    • Tickmill Ltd; FSA (Seychelles) – no. lesen SD008
    • Tickmill Asia Ltd; FSA (Labuan, Malaysia) – no. lesen MB/18/0028

Tickmill Review

Tickmill

Tickmill diwujudkan dengan hasil kerjasama antara trader berpengalaman (dari 1994) yang telah berjaya dalam dagangan pasaran kewangan major di Asia sehingga Amerika utara.

Tickmill menawarkan dagangan dengan spread rendah, tiada requote, telus dan penggunaan teknologi inovatif.

Jika anda pernah menggunakan Armada Markets sebelum ini (2009-2014) automatik anda akan tahu tentang Tickmill. Walaupun baru ditubuhkan, tetapi bagi saya ia bukanlah syarikat baru yang baru “nak test market”.

Ia lebih kepada satu peralihan brand yang mana client Armada Markets telah dipindahkan ke Tickmill pada 2015 yang dikhaskan untuk memberikan servis kepada retail trader. Manakala syarikat asalnya (Armada Markets) pula hanya fokus kepada major player dalam industri.

https://www.financemagnates.com/forex/brokers/armada-markets-exits-retail-market-clients-moved-to-off-shore-entity/

Rating bagus memang dah banyak sebelum ini, jadi tak perlu risau sangat tentang usia broker forex ni.

Secara peribadinya, Tickmill merupakan antara broker kegemaran saya. Setakat ini tak pernah lagi adalah masalah dengan broker ini. Dari trading sehinggalah proses withdrawal sangat2 lancar dan pantas. Semua jenis trading style dibenarkan, connection dengan server pun stabil. Spread ok dan slippage sangat kurang.

Kekurangannya mungkin belum ada servis local depo/wd (semasa artikel ini ditulis). Bagi saya takde masalah sangat perkara ini sebab banyak lagi cara boleh guna. Tapi masih juga berharap agar ada abang2 trader kita tawarkan diri jadi IB/LD broker ini. Senang sikit newbie nak buat urusan.

Update:

Local depo dah lama ada yer. Maaf, saya lupa nak update kat sini.

Disclaimer: Pendapat peribadi sahaja, bukan nasihat pelaburan.
T.A.Y.O.R – Trade at Your Own Risk